Friday, April 10, 2009

Selamat Bersara Pn. Hajah Rahimah!

Hari ini 10 April 2009, Cikgu Hajah Rahimah Mohd. Nor bersara. Aku sempat menghadiri jamuan yang dia anjurkan sempena persaraannya di Restoran Anjung, Seri Serdang sebelum solat Jumaat tadi. Dia jemput semua guru-guru dan staf sekolah dia di samping kenalan rapat yang pernah bertugas bersama. Dia ni merupakan GB di SK Seksyen 1 Bandar Kinrara iaitu berjiran dengan sekolah aku. Walau macam manapun sebenarnya aku dengan dia pernah mengajar di sekolah yang sama pada tahun 1992 di SM Seri Kembangan.
Terima kasih atas undangan dan di kesempatan ini nak ucap Selamat Bersara... semoga diberikanNya kesihatan yang baik, usia yang panjang dan bahagia bersama keluarga tercinta.

No comments: