Monday, November 14, 2011

Selamat berjaya Syam

Hari ini kalender peperiksaan awam menunjukkan bermulanya peperiksaab SPM. anak kedua aku Ira Syamira akan bersama calon2 lain mendudukinya dengan kertas Bahasa Melayu menjadi subjek pertama pagi ini. Aku tak sempat hantar dia masuk ke dewan peperiksaan pagi tadi, hanya sekadar sempat bberjemaah subuh di surau sekolahnya di SSP Cyberjaya. Selamat berjaya sayang. Semoga lancar dan dipermudahkan oleh Allah SWT dalam menjawab soalan2 peperiksaan dan memepereh kejayaan cemerlang.

Mak dan bapak datang rumah

Semalam masa aku tengah hi tea di Palm Garden bersama warga SKTPP, rupa2 mak dengan bapak datang ke rumah. Misah dengan adik yang bawak dia orang sampai ke Bukit Cherakah. Bila aku sampai ke rumah tengok2 dia orang sedang menikmati minum petang.

Monday, November 7, 2011

Al Fatihah buat sahabatku....

Mohd. Said bin Ahmad merupakan bekas rakan sekolah menengah aku di SMSJ. Aku baru sahaja dimaklumkan oleh bekas rakan sekelas aku Member Hj. Siraj yang Said telahpun menghembuskan nafas terakhirnya tadi kira2 jam 3.30 petang. Setelah terpisah kira2 30 tahun, aku bertemu semula dengan arwah pada mini reunion yang diadakan di restiran Pelita, Subang Jaya pada tahun 2008. Dari situ, bekas SPM/MCE 1978 bertemu dalam Majlis Reunion yang ketuainya di Prime City Hotel, Kluang. Selepas daripada itu, kerap juga kami bertemu. Pernah dia dan anknya Erfan tidur di rumah aku di samping datang open house pada hari raya 2010 lalu. Arwah memang suka sangat dalam hal-hal berkaitan kebajikan. Dia sanggup datang ke KL dari JB dan balik pada malam yang sama semata-mata untuk bertemu rakan lama. Kali terakhir aku berjumpa arwah sewaktu hari raya aidil fitri di rumahnya di Taman Mawar, Pasir Gudang. Takziah buat Sameha yang juga merupa junior kami di sekolah itu serta 3 orang anak2nya. Semoga rohnya tergolong di kalangan mereka yang beriman. Al- Fatihah.

Kenyataan Akhbar Menteri Pelajaran: PELAKSANAAN SOFT-LANDING PPSMI

KENYATAAN AKHBAR YAB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA DAN MENTERI PELAJARAN MENGENAI PELAKSANAAN SOFT-LANDING PPSMI

Kerajaan pada tahun 2009 telah mengambil keputusan untuk memansuhkan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan menggantikannya dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).
Dengan pemansuhan PPSMI, murid di sekolah rendah akan mengikuti pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Malaysia di Sekolah Kebangsaan, Bahasa Cina di SJKC dan Bahasa Tamil di SJKT. Manakala di sekolah menengah, Bahasa Malaysia akan digunakan sepenuhnya dalam pengajaran Matematik dan Sains.

Untuk membolehkan murid menyesuaikan diri dengan perubahan bahasa dalam tempoh peralihan dasar, Mesyuarat Jemaah Menteri pada bulan Julai 2009 juga telah membenarkan Kementerian Pelajaran melaksanakan pendekatan soft-landing.

Berdasarkan keputusan tersebut, Kementerian Pelajaran pada tahun 2010 telah menetapkan dasar MBMMBI dimulakan pada tahun 2011 di mana murid Tahun 1 pada tahun ini mengikuti pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Malaysia sepenuhnya. Sebagai langkah intervensi untuk mempercepatkan proses peralihan daripada bahasa Inggeris ke bahasa Malaysia di semua peringkat persekolahan, Kementerian juga memutuskan bermula tahun 2012, murid Tingkatan 1 akan mengikuti pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa Malaysia sepenuhnya.

Walaubagaimanapun, peralihan kepada bahasa Malaysia pada Tingkatan 1 bermula tahun hadapan telah menimbulkan kerisauan ibubapa kerana dibimbangi anak-anak mereka yang telah mengikuti pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris selama enam tahun di sekolah rendah tidak dapat menyesuaikan diri dengan peralihan bahasa secara mendadak.

Setelah mengambil kira pandangan ibu bapa, kabinet pada hari ini memutuskan untuk membenarkan murid sekolah rendah kohort PPSMI untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris sepenuhnya, bahasa Malaysia sepenuhnya atau dalam kedua-dua bahasa apabila mereka memasuki Tingkatan 1 bermula tahun hadapan.

Ini bermakna semua murid kohort PPSMI yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris dibenar untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris sehingga tamat Tingkatan 5.

Perlu diperjelaskan di sini juga, murid Tahun 3 hingga Tahun 6 2012 dibenarkan untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris, bahasa Malaysia atau kedua-dua bahasa di sekolah kebangsaan ; bahasa Inggeris, bahasa Cina atau kedua-dua bahasa di SJKC; dan bahasa Inggeris, bahasa Tamil atau kedua-dua bahasa di SJKT seperti yang diputuskan oleh jemaah Menteri pada bulan Julai 2009.

Bagi murid yang telah mengikuti pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Malaysia atau dalam kedua-dua bahasa, mereka dibenar mengikuti pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Malaysia sepenuhnya.

Dengan keputusan ini, pemansuhan PPSMI adalah kekal. Kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan semula PPSMI seperti yang dituntut oleh sesetengah pihak.
Bagaimanapun, kerajaan berharap keputusan yang membenarkan murid kohort PPSMI, iaitu murid Tahun 2 hingga Tingkatan 5 tahun ini untuk meneruskan pembelajaran dalam BI sehingga tamat tingkatan 5 dapat melegakan hati ibubapa. Kerajaan yakin dengan keputusan ini pencapaian murid kohort PPSMI dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM tidak akan terjejas.

Dengan pendekatan soft-landing ini, pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains di sekolah rendah akan dilaksanakan dalam bahasa Malaysia sepenuhnya pada tahun 2016. Manakala di sekolah menengah, penggunaan bahasa Malaysia sepenuhnya bagi kedua-dua matapelajaran ini adalah pada tahun 2021.

Kajian Kementerian Pelajaran ke atas semua sekolah di bawah Kementerian menunjukkan bahawa kebanyakan sekolah telah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Malaysia.

Dapatan kajian menunjukkan, kurang 5 peratus daripada jumlah kelas di 7,495 buah sekolah rendah menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains. Manakala di peringkat sekolah menengah, kurang 9 peratus daripada jumlah kelas di 2,192 buah sekolah menggunakan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains. Berdasarkan dapatan ini, kebanyakan murid mengikuti pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa Malaysia.Dapatan kajian ini membuktikan bahawa PPSMI tidak dapat dilaksanakan sepertimana yang dihasratkan.

Hasil kajian lapangan yang dijalankan oleh Kementerian dengan mengumpulkan maklumat melalui pemerhatian di dalam kelas, pengalaman guru dan amalan di bilik darjah serta temubual murid-murid mendapati murid sukar memahami matapelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris. Murid mengambil masa yang lama untuk memahami konsep matematik dan sains kerana mereka tidak faham bahasa Inggeris. Ini memaksa guru-guru untuk mengajar dalam bahasa Malaysia supaya murid dapat memahami kedua-dua matapelajaran tersebut. Masalah seperti ini bukan sahaja dialami oleh sekolah-sekolah di luar bandar, tetapi juga di bandar. Oleh yang demikian, sekiranya PPSMI diteruskan, sebahagian besar murid di negara kita tidak akan dapat menguasai ilmu matematik dan sains dengan baik dan mereka akan terus ketinggalan.

Pemansuhan PPSMI tidak bermakna kerajaan mengabaikan kepentingan penguasaan bahasa Inggeris. Di bawah dasar MBMMBI, Kementerian sedang melaksanakan pelbagai inisiatif baru yang lebih efektif untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid.

Antara inisiatif tersebut ialah penambahan masa pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris, penambahbaikan kurikulum bahasa Inggeris di bawah pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), penyediaan guru, pengambilan penutur jati bagi meningkatkan kapasiti pensyarah dan guru Bahasa Inggeris, penyediaan bahan sokongan yang berkualiti seperti bahan bacaan tambahan dan bahan digital bagi menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Kementerian Pelajaran juga sedang mengkaji beberapa inisatif baru untuk dilaksanakan seperti program Oracy Skills (OPS-ENG) yang bertujuan untuk meningkatkan penguasaan lisan dalam kalangan murid, kelas berdasarkan Sistem Set, peningkatan kualiti dan kepelbagaian bahan pengajaran, pembangunan profesionalisme guru dan kecekapan pengurusan panitia bahasa Inggeris di sekolah.
Kerajaan berharap pemansuhan PPSMI dan pelaksanaan dasar MBMMBI dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris, ilmu sains dan matematik di kalangan pelajar serta mendaulatkan bahasa kebangsaan.

Pejabat YAB Timbalan Perdana Menteri 4 November 2011

Saturday, November 5, 2011

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua. Bagi mereka yang ahli keluarganya menunaikan ibadah haji, didoakan semoga dipermudahkan oleh-Nya segala urusan dan mendapat haji mabrur. Maaf zahir dan bathin....

SIR ALEX EXTENDS WARM WELCOME

E-mel dari Manchester United.

The manager is forecasting a good reception for Sunderland's former Reds when they return to Old Trafford on Saturday.

Unfortunately, injury has robbed John O'Shea of the chance to share in the acclaim but manager Steve Bruce, Wes Brown, Kieran Richardson and Phil Bardsley are all expected to be involved. The summer deal to sell O'Shea and Brown to the Black Cats was approved by Sir Alex, who will be guaranteed a rousing welcome himself on the eve of the 25th anniversary of his appointment.

"We've had so many ex-players at Sunderland over the last few years, it's been quite interesting," he revealed. "We had Jonny Evans up there, we had Danny Welbeck up there on loan, Phil Bardsley, Kieran Richardson and now Wes and John have joined Brucey.

"It's quite a connection. And of course they'll get a good reception at Old Trafford. In Wes Brown and John O'Shea, you couldn't have asked for two more loyal players at United in my time. They were fantastic characters too. It was one of these difficult situations when you're starting to make changes and bring in young players, like Chris Smalling last season and then Phil Jones this summer.

"The last thing you want to do is have players like Wes and John continually just sitting and watching the games. They're better than that and they deserve to have good careers elsewhere."

HotFM memang hot

Aku dengar hampir setiap pagi radio HotFM dalam perjalanan ke tempat kerja. Selain aku suka Panggilan Hangit, gelagat penyampainya memang mencuit hati. Tak ketinggalan kalau topik paginya best dan cerita2 pendengarnya pun kelakar. Pagi tadi tajuknya "Perkara yang paling pelik dibuat masa kecik2 dulu". Macam2 cerita yang keluar. Ada yang aku gelak panjang, ada yang gelak pendek dan ada yang ngeri. Antara yang aku masih ingat:

1- budak perempuan umur 8 tahun terjun dari bas yang bapak dia pandu.

2- budak yang sentiasa ingin tahu apabila asyik melihat jarum mesin jahit nenek (?) dan akhirnya letak jari pada jarum tu ketika neneknya tengah menjahit

3- budak lelaki yang ingin nak tahu apa rasa bila kena elektrik. Dia ambil multiplug yang dah terbuka dan pasang pada punca elektrik lalu menyentuhnya

4- budak lelaki yang mintak dari emaknya untuk bersunat. Emak dia tak benarkan. Akhirnya dia masuk ke bilik, ambil gunting dan 'potong' sendiri.ntapi tak putus, guntingnya melekat dan keluar banyak darah. Dia keluar dari bilik dan bila emak dia nampak, emaknya terus bawak ke klinik. Di klinik doktor terus sunatkan dia. Dia punyalah bangga bila dah sunat.

5- ada sorang budak ni pulak tangkap binatang terbang yang berbunyi dan sumbatkan dalam hidung. Tetiba binatang tu termasuk ke dalam lubang hidung. Tapi dia buat donno je. Malam tu bila tidur, abang dia pelik sebab ada bunyinkeluar dari hidung adik dia. Bila tanya, adik dia jawab tak ada apa2. Tapi bunyi pelik tetap keluar dari hidung adik dia. Dia pelik kenapa ada bunyi pelik dari hidung adik dia tu. Akhirnya dia beritau kepada emaknya dan emaknya bawak gi klinik untuk keluarkan binatang tu.

Friday, November 4, 2011

Sekolah diingatkan tidak kutip yuran yang telah dimansuhkan

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan pihak pentadbiran sekolah kerajaan supaya tidak menuntut segala bentuk yuran yang sudah dimansuhkan termasuk yuran peperiksaan, kertas peperiksaan dan ko-kurikulum daripada pelajar. Beliau berkata pemansuhan yuran yang membabitkan peruntukan sebanyak RM150 juta itu kini diambil alih sepenuhnya oleh kerajaan sebagaimana diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2012 baru-baru ini. "Kerajaan akan mengambil alih segala kos yang biasa dikenakan untuk peperiksaan, untuk membeli kertas-kertas, untuk ko-kurikulum dan sebagainya. Jadi saya harap sekolah-sekolah tidak akan menuntut bayaran sebegini kerana semuanya akan ditanggung kerajaan. "Kita harap dengan pemansuhan ini juga akan dapat mengurangkan beban ibu bapa dan membantu anak-anak ke sekolah," katanya ketika berucap di majlis meraikan pelajar-pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) anjuran akhbar harian berbahasa Tamil, Malaysia Nanban di sini. Seramai 185 pelajar India yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM tahun lepas dan mendapat A dalam mata pelajaran bahasa Tamil diraikan pada majlis itu. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata beliau berharap pencapaian di sekolah-sekolah Tamil di seluruh negara akan menjadi setanding dengan pencapaian sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah kebangsaan. "Bagi kita, pendidikan adalah wahana paling penting dalam melahirkan modal insan berilmu dan berkemahiran tinggi yang akan menjadi faktor penentu kemajuan negara. "Dalam soal ini kita tidak membeda-bedakan antara kaum dalam negara kita untuk mendapat hak dalam soal pendidikan. Oleh sebab itu setiap kaum kita berikan tumpuan. Kita ada hampir 10,000 sekolah di seluruh negara dan lebih 500 daripada jumlah itu adalah sekolah Tamil," katanya. Muhyiddin berkata pihaknya akan meneliti cadangan yang dibuat Shafee Zaman yang dalam ucapan aluannya menyarankan supaya bahasa Tamil dijadikan mata pelajaran wajib diduduki oleh pelajar India dalam peperiksaan SPM. "Kita akan meneliti perkara itu kerana kementerian juga perlu mengambil kira mata pelajaran bahasa lain dan ia akan diputuskan selepas diteliti kementerian," katanya. -- BERNAMA BERNAMA: 3 November 2011

Vocab

Nak, nak - hendak Na nak - tak nak Tu - itu Papa Mama Ti - roti Tade- tak ada

Saturday, October 29, 2011

Tetiba teringin lak.....

Dulu kawan aku Hj. Onn dari PSPN WPKL memang terer pasal HTML. Tapi masa tu aku langsung tak teringin belajar. Tapi ntah nape tetiba ni nak main dengan html lak. Laju. sederhana Slow NasrNasrNasrNasrNasrNasrNasrNasrNasrNasrNasrNasrNasrNasrNasrNasrNasrNasrNasrNasrNasr

HTML codes

Jadual Perlawanan MU

October 2011

18 Oct UEFA Champions League Otelul Galati A 19:45 2 - 0 23 Oct Barclays Premier League Man City H 13:30 1 - 6 25 Oct Carling Cup Aldershot Town A 19:45 3 - 0 29 Oct Barclays Premier League Everton A 12:00

November 2011

02 Nov UEFA Champions League Otelul Galati H 19:45 05 Nov Barclays Premier League Sunderland H 15:00 19 Nov Barclays Premier League Swansea City A 17:30 22 Nov UEFA Champions League Benfica H 19:45 26 Nov Barclays Premier League Newcastle United H 15:00

December 2011

03 Dec Barclays Premier League Aston Villa A 17:30 07 Dec UEFA Champions League FC Basel A 19:45 10 Dec Barclays Premier League Wolves H 15:00 18 Dec Barclays Premier League Queens Park Rangers A 12:00 21 Dec Barclays Premier League Fulham A 20:00 26 Dec Barclays Premier League Wigan H 15:00 31 Dec Barclays Premier League Blackburn H 12:45

January 2012

04 Jan Barclays Prem'ier League Newcastle United A 20:00 14 Jan Barclmays Premier League Bolton H 15:00

ROONEY CAN HANDLE THE JEERS

Petikan dari laman MU

Sir Alex is backing Wayne Rooney to handle the hostile atmosphere at Goodison Park on Saturday.

The United striker has been jeered on every return to his former club following his big-money move to Old Trafford and it will be no different this weekend. After starting on the bench for the previous trip to his native Merseyside earlier in the month, Rooney will be hoping to start this time around and the boss is expecting the England international to deliver the goods. "Wayne's had mixed success going to Everton," explained the manager. "He's scored a couple of goals there. "He gets booed as normal. He got booked in one game and I took him off because he'd been yellow-carded and there was no way I was going to give the referee an opportunity to send him off. "That's where the hype around the ground in terms of him getting booed every time he makes a challenge comes into it. He's had mixed fortunes there but he's scored a couple of goals and done well in some of the games and hopefully that'll be the case tomorrow." More: Young doubtful for trip | Park seeks Goodison cure

CLEVERLEY BUZZING TO BE BACK

https://mail.google.com/mail/mu/mp/788/#cv/Inbox/1334b215b3f1bd5b

CLEVERLEY BUZZING TO BE BACK

Tom Cleverley discusses his return to fitness with Gemma Thompson ...

You must be delighted to be back after spending six weeks on the sidelines? Definitely. The injury was bad timing. I was in the team, I was playing well and enjoying myself. These things happen in football though and you've just got to work hard on getting yourself fit, listen to what the physios say and stay upbeat.

How good did it feel to be back in action against Aldershot? It felt great. It helps when you've got fantastic players around you as you can bed yourself in and work your way up to being 100 per cent.

A lot of fans have said how much they feel the team has missed you in recent weeks - that must be nice to hear but does it put extra pressure on you? It's always nice to hear, but there's a bit of pressure [on everyone] anyway because last weekend's game was a bad result. At the start of the season, the whole team was very fluent and we were playing fantastic football. The games have been harder in recent weeks and it's very flattering to hear fans say they've missed me.

What do comments like that say about how far you've come this season? It's been brilliant. Things went a little better than I expected at the start of the season and then I was disappointed to get injured, but I'm buzzing to be back now and hopefully we can get back to winning ways on Saturday.

Is there a positive feeling in the camp despite the derby result? Yes definitely. We've got a great team spirit. We'll regroup and go forward from here.

Tom was talking at a Megastore book signing . Look out for more footage on MUTV.

More: Boss boosted by Tom return | Irwin: Reds will respond

Sunday, October 16, 2011

Syamir hari ini

Pagi-pagi dia dapat mandi kat pool. Bukan main suka lagi dia. Mak cik dia, Misah yang banyak temankan dia. Hari ini dia gila nak cium papa dengan mama dia. Tiap kali nak cium, sikit punya panjang muncung mulut dia. Sekarang ni masa aku tengah menulis posting ni, dia asyik datang dengan muncung dia nak cium. Alamak penuh dengan ngences la pulak budak ni.
Balik dari IOI petang tadi, pool masih belum disimpan. Apa lagi bila si kecik ni ternampak maka sibuklah nak main air lagi. Menangis-nangis tak sabar. Masalahnya on the way balik tadi dia ek ek. Lum basuh lagi. Sepanjang nak bersihkan dia, bukan main kuat lagi dia 'menyanyi'. Bila dah masuk air, sukalah dia. Mama diapun join masuk dalam pool. Tapi......akhirnya bila nak suruh keluar dari pool tu, 'hujan lebat' turun lagi. Bukan main kuat lagi.
Masa makan malam tadi, mama dia masakkan kuetiau sup. Sebelum makan dia dah habiskan sebiji buah pear. Jadi aku ingatkan dia taklah lapar sangat. Tambahan pulak tadi masa kat IOI mall, dia dah makan roti dengan sup. Tapi rupa-rupanya sangkaan aku meleset sama sekali. Dia macam orang tengah kebulur. Apa lagi kelam-kabutlah aku dibuatnya. Sup kuetiau tu masih panas, jadi aku kena tiup dulu sebelum suap dia. Tiap kali suap dia terus ngap. Belum sempat aku tiup yang baru, mulut dia dah nganga besar. Tapi bila agak lama, sup tu dahpun sejuk. Jadi tak payahlah aku tiup lagi sebelum suap dia. Jadi akupun senduk dan terus suap. Tapi si kecik ni lain pulak. Bukannya dia terus makan. Kali ni dia pulak yang tiup kuetiau sup tu. Fuh, fuh dia tiup. Dah puas dia tiup, baru dia makan. Pulak!

Emak, bapak, misah dan adik datang rumah

Semalam adik aku Kori buat kenduri potong jambul anak ketiga dia di rumah mertua dia kat Kg LB Johnson, Negeri Sembilan. Emak, bapak dan Misah pergi ambil adik kat Melaka untuk hadir ke kenduri tu. Aku bertiga dari Kinrara. Kita orang berjumpa kat LBJ. Selesai kat situ, aku hantar dia orang Ke rumah aku. Aku bertiga ada undangan minum petang di rumah kawan aku di Presint 18, Putrajaya. Pagi tadi orang rumah aku masak sarapan nasi lemak berlaukkan rendang ayam. Sedapnya. Kita orang berenam makan macam tak ingat dunia. Sebelum balik ke Melaka dan Johor, kita orang bawak dia orang jumpa mertua aku di Banting Baru. Balik dari situ sempat bawak mak shopping kerepek di Sg. Lang dan gerai jual buah-buahan tepi jalan di Olak Lempit. Dia orang ni kalau kereta tak penuh, macam tak sah dibuatnya. Orang rumah aku baru telefon Misah, rupanya dia orang lama singgah di Melaka. Ni tak sampai lagi Johor.

Saturday, October 15, 2011

Report: Liverpool 1 United 1

Substitute Javier Hernandez came up trumps with a late equaliser at Liverpool to earn a precious point for the champions. United were forced to come from behind and battle hard for a point after Steven Gerrard broke the deadlock with a free-kick and Chicharito's predatory header after Danny Welbeck headed on a Nani corner meant a lot more than his consolation at Anfield in last season's fixture. The manager sprung a few surprises with his team selection with Wayne Rooney and Nani left on the bench, Phil Jones playing in midfield and Danny Welbeck starting in a lone attacker's role. Skipper Nemanja Vidic missed out despite representing Serbia in midweek. There were a lot of misplaced passes in a frenetic first half with neither side really able to stamp too much influence on the proceedings. United's first glimpse of goal came after a quarter of an hour when Welbeck's positive play eventually led to Patrice Evra crossing from the left and Phil Jones heading into the side-netting. The Reds limited the chances at the other end but Gerrard's dangerous cross evaded everybody in the middle before the clearest opening of the first period came on 35 minutes. Charlie Adam's shot bounced kindly into the path of Luis Suarez, who turned Jonny Evans but could only shoot straight at David De Gea, who made a vital save. Darren Fletcher and Ji-sung Park were off target with speculative efforts as Sir Alex will have been pleased with his side's contribution to a tight opening 45 The second half instantly had a more open feel to it with Ashley Young coming into the game with dramatic effect, mustering three shots in the opening six minutes. Liverpool replied with a hopeful handball shot against Jonny Evans when Dirk Kuyt got his head to a corner and a Suarez effort that was comfortably saved by De Gea. Although Suarez remained a constant threat, the Reds looked in control until Rio Ferdinand was penalised for a trip on Adam, even though replays showed any contact was minimal. Gerrard stepped up to find a gap in the wall and place a shot into the net past De Gea. Sir Alex had planned to introduce Rooney and Nani in any case and the duo immediately replaced Young and Park. Nani slashed a wild attempt well wide before Hernandez strengthened the attack even further by coming on for Jones. Jose Enrique escaped a handball in the box when Nani kicked the ball at him but the pressure started to build and the substitutes made an impact. Nani's corner was headed on by Welbeck for Hernandez to divert into the net and plunder the equaliser with nine minutes left. With the match bubbling into life in extraordinary fashion, De Gea had to pull off a marvellous save to deny Kuyt following a superb delivery by Downing from the left. There was another scare from Adam's corner but Nani eventually cleared and both teams looked for the winner in the closing stages, with the hosts building up a head of steam. Jordan Henderson tested De Gea's reflexes with a late volley after Downing fizzed a drive well wide and a desperate scramble in injury time saw Martin Skrtel slash wide following a brilliant clearing header by Rooney to frustrate Suarez. The final opportunity fell to Henderson whose header just cleared the bar with United hearts in their mouths. But this was a job well done by the champions, who can be pleased with a share of the spoils from one of the most testing fixtures on the calendar.

Liverpool Previews: BOSS WANTS COOL HEADS

Sir Alex is determined United will keep calm in the Anfield cauldron on Saturday and finish the game with 11 men on the pitch. Sendings off have seriously hindered the Reds' hopes in recent years and the manager has also acknowledged Liverpool's improvement under Kenny Dalglish.
"In my time, we've had about nine players sent off in games there which is unusual for Manchester United," declared the boss. "That is down to the atmosphere which can be created there. It's something you have to deal with.
"Last season, we were playing really well in the game and made two really bad errors to give the goals away. It was hard to overcome that. In the previous two seasons, we had players sent off. There are issues you have to deal with - your temperament and composure in these situations to make sure you handle these sorts of things."
Dalglish will bid to outdo his old adversary with the two Scots on the touchline again this weekend.
"He's what the fans wanted and I think there has been an improvement," added Sir Alex. "They've bought a lot of players. They've gone for it financially and the owners have supported Kenny very well. At the end of the day you would always expect Liverpool to be challenging at least for a Champions League place."

Liverpool Previews: RIO SEEKS RIGHT INGREDIENTS FOR ANFIELD 

Rio Ferdinand believes the right blend of youth and experience is crucial as United head to Liverpool without several elder statesmen who were at the club last term.
"It is just another part of the youngsters' learning curve. It is great for these young guys to be able to go to Anfield with Manchester United, to feel the environment and atmosphere that is put in front of you. To become top players, you have to be able to adapt and apply yourself in different environments. This is a hostile place, but one there is no better place to win at as a United player. Our manager is the best in the business at mixing youth and experience. If he feels we need youth and experience mixed in, then great. Experience is valuable, so is youth. The mixture will be vital.
"I would say it's the biggest game for the players. We have played a couple of the teams who are normally around us in the league at home, but this is away. Regardless of what part of the season it is, going to Anfield is always huge for us. It's a game we look forward to and one I'm sure the fans are really excited about."

Thursday, October 13, 2011

Minggu yang memenatkan

Sejak akhir minggu lepas hinggalah esok, jadual aku terlalu padat. Mesyuarat pemurnian e-Sspel di Jabatan, menjadi panel dalam forum di Seminar Pengurusan PBS di IAB diikuti dengan menjadi ahli dalam Makmal PBS di KL hingga hari Sabtu. Hari Isnin aku terpaksa bercuti khusus untuk menghadiri perbicaraan di mahkamah, berbincang singkat mengenai e-Sspel di SK Sri Subang Jaya dan bertemu peguam di Shah Alam. Sebelah malam, hingga ke awalnpagi aku menguji aplikasi e-Sspel. Hari Selasa aku kembali ke sekolah, namun detik2 masa aku dipenuhi dengan pelbagai aktiviti. Bermula dengan Perasmian Hari Kanak-kanak, memberi kursus kepada guru di makmal komputer, membaiki e-Sspel bersama Jeffrey, mesyuarat Hari Graduasi Tahun 6, melancarkan Hari Kanak-kanak sesi petang dan sambung membaiki e-Sspel. Guru dan staf yang berurusan dengan akupun terpaksa berurus di makmal komputer. Sebelah malam hingga ke awal pagi akummenguji e-Sspel. Hari Rabu, semalam aku hadir sesi temujanji di hospital Putrajaya. Pertama kali dalam hidup aku kena imbas menggunakan teknologi ultrasound. Dulu aku selalu tengok orang rumah aku yang diimbas untuk melihat perkembangan baby tapi semalam giliran aku. Selepas itu aku terus ke Jabatan Pelajaran untuk bersama ahli pasukan KIK ez-Spex dalam sesi persiapan akhir sebelum mempersembahkan e-Sspel di hadapan Pengarah Pelajaran dan barisan panelnya. Sebelah malam aku menguji e-Sspel hingga awal pagi. Hari ini kami mempersembahkan e-Sspel di bilik mesyuarat pengarah tepat jam 9 pagi. Pengarah, Timbalan Pengarah, beberapa Ketua Sektor hadir untuk mendengar tentang e-Sspel. En. Zahri, Maznah, Nurulbadar, Noorman, Nizam, Jeff dan aku mewakili ez-Spex. Aku kena terangkan bahagian aplikasi sementara Maznah pula bahagian dokumentasi. Alhamdulillah e-Sspel diterima semua yang hadir. Malah Pengarah dan Timbalan menunjukkan keterujaannya terhadap aplikasi ini. Sebelah tengah hari aku dengan Zahri, Nurulbadar dan Maznah singgah di SK Seksyen 9 untuk menguji pakai e-Sspel dalam kursus PBS KSSR Tahun 2 DST. Seronok apabila mereka juga teruja menggunakannya. Bila kembali ke kereta, barunaku sedar yang iPhone aku hilang! Aduhai.... Kelam-kabut masng-masing cuba mencari tapi tak jumpa. Balik ke JPN, dengan menggunakan iPad 2 Zahri dan perisian Find iPhone, aku dapat mengesan lokasi iPhone aku. Di Mahligai! Zahri sangat membantu. Aku segera ke Celcom untuk mematikan SIM cardnya dan mengambil yang baru. Dalam perjalanan, aku telefon sekolah SK Seksyen 9 untuk meminta membuat pengumuman agar sesiapa yang menjumpainya memulangkannya. Namun dengan. Tidak disangka Pn. Zan yang menjawab tmelefon memberitahunyang murid telah menjumpainya dan menyerahkan kepada guru. Guru tersebut telahpun menyerahkannyanke pejabat. Alhamdulillah! Aku batalkan perjalanan ke Celcom dan terus ke sekolah tu. Sekarang ni aku sedang siapkan Hujah Bertulis untuk diserahkan ke mahkamah kerana deadlinenya esok. Dan esok aku ada 2 mesyuarat di PPD dan sebelah malam perasmian pskpp dinseri puteri. Aku pulak pengurus badminton daerah sepang. Adohai....

Monday, October 10, 2011

Hujung Minggu yang dinanti

Para peminat Manchester City sudah pasti tidak sabar menantikannya. Mereka berpeluang merampas takhta liga dari jiran setempat Manchester United. Sudah pasti perlawanan antara Liverpool dan Manchester United menjadi perlawanan tumpuan. Andainya Man U tewas dan City pula berjaya menumpaskan Aston Villa maka impian tersebut akan menjadi kenyataan. Tapi mampukah The Red menewaskan The Red Devils. Jika dilihat prestasi semasa, harapan tersebut agak samar. Man Utd 7 19 Man City 7 19 Chelsea 7 16 Newcastle 7 15 Liverpool 7 13 Tottenham 6 12 Aston Villa 7 11 Stoke City 7 9 Norwich City 7 8 Swansea City 7 8 QPR 7 8 Fulham 7 7 Everton 6 7 Wolves 7 7 Arsenal 7 7 Sunderland 7 6 WBA 7 5 Wigan Athletic 7 5 Blackburn 7 4 Bolton 7 3

Saturday, October 1, 2011

United vs Norwich

Dipetik dari sini

United v Norwich

Story updated 30/09/11, 10:07

United look to get back to winning ways against newly-promoted Norwich...

Form Guide United are still unbeaten in 2011/12 but have drawn the last two games - 1-1 at Stoke and 3-3 against Basel in midweek. The Canaries moved into the top half of the table with a deserved 2-1 triumph over Sunderland on Monday evening, their second win on the trot after beating Bolton 2-1 at the Reebok Stadium. Paul Lambert's side will be hoping for another good day in the North West, having also drawn 1-1 at Wigan on the opening day.

Ins and Outs Javier Hernandez and Wayne Rooney were both declared fit by Sir Alex Ferguson in his Friday morning press conference. The boss also hopes to have Jonny Evans back to bolster a back four still missing Chris Smalling (groin) and longer-term absentees Nemanja Vidic and Rafael. Meanwhile, the midfield ranks look healthy with only two - Tom Cleverley and Darron Gibson - ruled out. Norwich are without Reds loanee Ritchie De Laet and knee-injury victim James Vaughan. Steve Morison was preferred to captain Grant Holt as a lone attacker against Sunderland.

Last Meeting In April 2005, the Reds crashed to an embarrassing 2-0 defeat at Carrow Road - not even bringing Cristiano Ronaldo, Wayne Rooney and Ruud van Nistelrooy off the bench could yield an upturn in fortunes. Dean Ashton and Leon McKenzie got the goals against an under-strength and under-par United side.

Top Man Marc Tierney has come up the hard way and is making up for lost time at the top level. The shaven-headed defender was outstanding in the win

Manager has to be king

SIR ALEX: MANAGER HAS TO BE KING

Sir Alex Ferguson has reiterated his long-held belief that nobody is more important than the manager at a football club.

The United boss, who is approaching a remarkable 25 years in his post, has praised both his Manchester City counterpart Roberto Mancini for his handling of the Carlos Tevez situation this week and also Saturday's opposite number Paul Lambert for his work at Norwich.

Although not wishing to be drawn on the Tevez saga, Sir Alex did state: "I can see Mancini is showing strength and character. Strength is important in today's management. We all experience our own difficulties in management and you cope with it the best you can. In my own experience, strong management is important. No-one is more important than the manager at a football club."

Paul Lambert is the latest fellow Scot to pit his wits against Sir Alex in the Barclays Premier League and the boss has been impressed with the former midfielder, a Champions League winner with Borussia Dortmund in 1997.

"I remember Paul as a kid at St Mirren and the next time he faced me, he was at Dortmund when we played the 1997 semi-final," said Sir Alex. "He's one of the few Scotsmen to win a European medal outside a Scottish team. He's started out well at Norwich, they're playing with a great sense of purpose and you can see progress every week. It's been a good move for the lad."

Beraya di Bandar Mahkota - rumah Leman dan Oya

Beraya di Bandar Teknologi Kajang

Nasr SYamir Mikhail

Telatah si Irfan


Friday, September 16, 2011

Ferguson: Berbatov will feature

Sumber Asal

Berbatov was left on the bench for Wednesday night's 1-1 draw with Benfica and has made just one appearance this season, coming on as a second-half substitute in United's opening Barclays Premier League match at West Bromwich Albion. Wednesday's Champions League encounter at the Stadium of Light seemed like the perfect opportunity for Berbatov to return, especially as Anders Lindegaard, Antonio Valencia and Darren Fletcher all made their first appearances of the season. Instead, the £30.75m Bulgarian, who shared the Golden Boot prize with Carlos Tevez last season, remained where he was as Ferguson went with Wayne Rooney as a lone striker before introducing Javier Hernandez later on. "It is hard because of the number of strikers we have," Ferguson said. "Michael Owen is there, Federico Macheda, Mame Biram Diouf. Danny Welbeck won't be back next week but probably the week after. It is not easy. "Dimitar has been training terrific. His attitude is spot on. He will get his game time as the season wears on. There is no question about that." IMPRESSIVE STRIKE After all the talk of youngsters at Old Trafford in recent weeks, United needed an intervention from old stager Ryan Giggs to grab a point. Trailing to Oscar Cardozo's impressive strike and outplayed for long periods, United were thankful for Giggs' 27th Champions League goal, 17 years to the day since his first. The Welshman has now scored in 16 seasons of the competition, another record. Ferguson was also thankful for a fine display from Lindegaard, even if regular goalkeeper David de Gea is already assured of his spot for Sunday's showdown with Chelsea. "We have two great goalkeepers," Ferguson said on Wednesday. "We were always going to share it and David will play on Sunday against Chelsea and possibly Anders will play at Leeds next Tuesday, depending upon how we see the situation with Ben Amos, who needs some game time also. "There are opportunities to spread the load. The English league is so frenetic. Coming into that, as a young goalkeeper, there will be times when we can give him (De Gea) a break. "Tonight was a good moment because he had a fantastic game on Saturday."  

Thursday, September 15, 2011

Giggs still feels fresh

Sumber Asal

Ryan Giggs still has no plans to retire, even though the man in the opposing dug-out at Old Trafford on Sunday will be much younger than his 37 years. The evergreen Manchester United midfielder scored a tremendous goal against Benfica on Wednesday night and will be eager to face Andre Villas-Boas' Chelsea side after playing a key role in the Blues' Champions League downfall last term. "Yes, it's slightly strange I suppose seeing managers younger than me," he admitted to MUTV. "I mean he's obviously had a successful time at Porto and Pep Guardiola is only 40 so it might be a trend that is starting to happen." United's infusion of young talent into the side is ensuring Giggs remains hungry and in tip-top condition as he looks to extend his record-breaking run in the club's first-team. "I think I'm just enjoying it," he stressed. "Enjoying the challenge each season. The young players carry you through at times in training, when you're feeling a bit down or a bit slow, they are nipping at your heels and just dragging you on. They're making you feel sharp and train that much harder. "Of course, with the manager and all of your other team-mates, you don't want to let them down. You constantly want to keep the quality you've had during your career, although my game's changed, I've still got to try and contribute to the team which, hopefully, I will carry on doing. "I've not got any targets at all. If I pass these milestones then it's great but I've never set myself any targets. I try and enjoy it and try to win things. It's what I'm doing. Every moment, every week, every season is a bonus to me now. "I was getting ready to finish two or three years ago but I'm still enjoying it. It's why I'm

Wednesday, September 14, 2011

Program Pembangunan Prestasi Sekolah (SIP)

Program ini merupakan usaha yang komprehensif dan bermatlamat tinggi untuk memotivasi, membantu dan mencabar sekolah untuk meningkatkan prestasi murid di sekolah masing-masing. Ia terdiri daripada tiga bahagian yang akan membentu sekolah meningkatkan prestasi sedia ada, iaitu penyenaraian prestasi sekolah, Toolkit Pembangunan Sekolah (School Improvement Toolkit) dan rangkaian servis untuk membantu sekolah yang berprestasi rendah. Program ini yang dilancarkan sebagai usaha Kementerian Pelajaran Malaysia bagi memastikan matlamat Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) Pendidikan dapat dicapai selaras dengan komitmen dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP). program ini juga sebagai tindakan komplemen untuk memastikan inisiatif yang dirancang di bawah sub NKRA Pendidikan iaitu Prasekolah, Litersi dan Numerasi, Sekolah Berprestasi Tinggi serta Tawaran Baru untuk Pengetua/Guru Besar mampu melonjakkan prestasi murid.

Rooney

  Rooney played a pivotal role in United's stunning 8-2 annihilation of Arsenal at Old Trafford on Sunday. The England forward curled home free-kicks either side of the interval before completing his latest hat-trick eight minutes from the end of an astonishing rout. His first effort saw him become the latest man to score 150 times for United. By the end he had overtaken Ruud van Nistelrooy as the 10th most prolific player in Red Devils' history. MANY MORE Still aged just 25, Rooney now has Charlton's 249 in his sights. "It is always a great feeling to score," he said. "Now I have over 150 goals for a club like United and hopefully there are many more to come. "I am delighted with the way it is going. I worked hard in pre-season. I have started well and the team have started great. "I was aware I was one off 150 before the game. I asked how many Bobby Charlton scored. Giggsy (Ryan Giggs) said I had another 100 to go. That is a target. Hopefully I will do it in the next few years." Rooney's efforts brought an end to a quite amazing day as the city of Manchester put north London in its place and sent out a clear warning where the power of English football is now housed - not that Sir Alex Ferguson is quite ready to dismiss allcomers just yet. "It is only three games," he said. "We have a long way to go to get through winter but we have a strong squad. "Injuries can play a part in this league. Manchester City have a very strong, experienced squad. You can never rule out Chelsea and Liverpool are starting to come good now after spending a lot of money. But in eight months' time, you don't know."

Rooney

  Rooney has been in electric form so far this term. His hat-trick at Bolton Wanderers on Saturday was his second in successive matches, taking his overall tally to eight goals in four matches - just three fewer than he managed in the Barclays Premier League throughout last season. Although Sir Alex Ferguson intends to make some changes when United begin their latest Champions League quest against Benfica on Wednesday in order to keep his players fresh for Sunday's showdown with Chelsea at Old Trafford, it would be a surprise if Rooney was not involved in some capacity. Carrick is certainly predicting something special from the 25-year-old, who spent virtually a year in the doldrums after injuring his ankle in a Champions League defeat by Bayern Munich in March 2010. SINGLE MINUTE "This is probably Wayne's best season so far and I am expecting big things from him," said Carrick. "He has done well in the past but he is getting more mature. He is handling things well and going from strength to strength. "Sometimes he plays well but because he hasn't scored, people don't think he has played well. They just judge him on his goals. "To score and perform the way he has is brilliant." Rooney's contribution has helped inspire the youngsters in United's squad, to the extent Carrick had not been called upon to contribute a single minute to United's league season until Tom Cleverley got injured at the Reebok. Ferguson has said in the past that Carrick usually takes a couple of months to get going. EXTENDED DEALS It certainly seemed that way last term when the 30-year-old played just twice during the opening two months - partly due to an ankle injury - but ended up being an integral member of a team that secured a record 19th league title before starting the Champions League final. "It is not so much a case of being worried about getting back in, more that I just want to play," said the former Tottenham Hotspur midfielder. "I have to be patient. I have not been left out in the cold in any way and I know I am going to get games. "It is frustrating but I look at the bigger picture. "It hasn't just been me who has had to wait. Others are facing the same situation. "But now the Champions League has started again more players will be needed." Sumber    

Tuesday, September 6, 2011

Kalender Persekolahan Tahun 2012

PENGGAL

CUTI & HARI PERSEKOLAHAN

MULA

AKHIR

BIL HARI

I

Hari Persekolahan

Cuti Pertengahan Penggal

Hari Persekolahan

04.01.2012

10.03.2012

19.03.2012

09.03.2012

18.03.2012

25.05.2012

48

9

50

Cuti Pertengahan Tahun

26.05.2012

10.06.2012

16

II

Hari Persekolahan

Cuti Pertengahan Penggal

Hari Persekolahan

11.06.2012

18.08.2012

27.08.2012

17.08.2012

26.08.2012

09.11.2012

50

9

55

Cuti Akhir Tahun

10.11.2012

01.01.2013

53

Jumlah

290

Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am

203

Jumlah Hari Cuti Penggal

87

Cuti Umum Pusat dan Negeri 2012



Dates
Occasion
For
1 January
Sunday
New Year
All states except Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Trengganu
14 January
Saturday
Yang di-Pertuan Besar
Negeri Sembilan’s Birthday
Negeri Sembilan only
15 January
Sunday
Sultan of Kedah’s Birthday
Kedah only
23 January
Monday
Chinese New Year
Nationwide
24 January
Tuesday
Chinese New Year (2nd Day)
All states except Kelantan and Trengganu
1 February
Wednesday
Federal Territory Day
Federal Territory of Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya only
5 February
Sunday
Prophet Muhammad’s Birthday
(Maulidur Rasul)
Nationwide
7 February
Tuesday
Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Penang & Selangor only
4 March
Sunday
Anniversary of Installation
of Sultan of Trengganu
Trengganu only
30 March
Friday
Sultan of Kelantan’s Birthday
Kelantan only
6 April
Friday
Good Friday
Sabah & Sarawak only
15 April
Sunday
Declaration of Malacca as
a Historical City
Malacca only
19 April
Thursday
Sultan of Perak’s Birthday
Perak only
1 May
Tuesday
Labour Day
Nationwide
7May
Monday
Hari Hol Pahang
Pahang only
17 May
Thursday
Wesak Day
Nationwide
17 May
Thursday
Raja Perlis’ Birthday
Perlis only
30- 31 May
Wed & Thu
Harvest Festival
Pesta Kaamatan Sabah
Sabah & Labuan only
1 – 2 June
Fri & Sat
Sarawak Harvest Festival
Hari Gawai Sarawak
Sarawak only
2 June
Saturday
Malaysian King’s Birthday
Harijadi Agong
Nationwide
17 June
Sunday
Israk & Mikraj
Kedah, Negeri Sembilan & Perlis only
7 July
Saturday
Georgetown Heritage Day
Penang – but not a ‘paid holiday’ for private sectors employees.
7 July
Saturday
Penang Governor’s Birthday
Penang only
20 July
Friday
Sultan of Trengganu’s Birthday
Trengganu only
21 July
Saturday
Awal Ramadan
Start of Muslim fasting month (bulan Puasa)
Johor, Kedah & Malacca only
6 August
Monday
Nuzul Al-Quran
Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor & Trengganu only
19 – 20 Aug
Sun & Mon
Hari Raya Puasa *
Nationwide
31 August
Friday
National Independence Day
Merdeka
Nationwide
9 September
Sunday
Sarawak Governor’s Birthday
Sarawak Only
16 September
Sunday
Malaysia Day &
Sabah Governor’s Birthday
Nationwide
Sabah
14 October
Saturday
Malacca Governor’s Birthday
Malacca only
24 October
Wednesday
Sultan of Pahang’s Birthday
Pahang only
26 October
Friday
Hari Raya Haji *
Hari Raya Qurban
Nationwide
27 October
Saturday
Hari Raya Haji (2nd Day) *
Hari Raya Qurban
Kedah, Kelantan, Perlis & Trengganu Only
11 November
Sunday
Nationwide, except for Sarawak
15 November
Thursday
Awal Muharram
(Maal Hijrah)
Nationwide
22 November
Thursday
Sultan of Johor’s Birthday
Johor only
11 December
Tuesday
Sultan of Selangor’s Birthday
Selangor only
25 December
Tuesday
Christmas
Nationwide