Monday, March 30, 2009

Bayangkan Apa Nasib Kereta Ni?

Masa aku ke Putrajaya semalam, aku ikut jalan belakang iaitu melalui Puncak Jalil. Masa aku tengah dengan santainya memandu kereta, aku terjeling menerusi cermin belakang kelihatan sebuah kereta berwarna merah yang dipandu dengan begitu agresif (hehe aku ni pun kekadang macam tu juga). Aku pun serta-merta masuk ke lane kiri sebaik aku memotong sebuah lagi kereta merah di hadapan aku. Zooomm! Kereta merah yang agresif tu potong kereta aku. Tak semena-mena kereta merah yang aku baru potong tadi naik minyak pulak. Dia kejar kereta merah yang di depan.
Adegan kejar-mengejar ala-ala Impak Maksima tu terhenti bila dia orang ni berhenti di lampu isyarat yang berwarna merah. Sejak akhir-akhir ni kan angin kencang menggila. Banyak pokok, aerial TV, tiang lampu yang rebah akibatnya. Rupanya hobi aku yang suka ambil gambar ada juga faedahnya. Kebetulan masa aku snap gambar dua kereta yang kat depan aku tu, pokok sedang condong ke arah kereta merah yang di belakang tu.

Sebelum.....

Kekadang walau macam mana kita marah akan tindak tanduk seseorang, kalau mereka ditimpa kesusahan kita kan tolong mereka. Tapi dalam kes ini aku tak tolong pun.... Mungkin ramai yang tak bersetuju dengan tindakan aku tu. Namun aku mempunyai alasan yang kukuh untuk tidak berbuat demikian. Akupun manusia biasa.......

Selepas....

Update 5.46 pm, 2 April 2009 (tuan rumah dah balik!)

Sorry tak ada gambar selepas da... (lupa nak amik)

Sebenarnya tak ada apa-apa kemalanganpun yang berlaku. Masa aku snap gambar tu tak adapun angin ribut ke, hujan ke, petir ke.... so pokok tu cuma senget aje. Agaknya pokok tu senget sejak 25 Mac masa ribut dan angin kencang melanda. Cuba tengok gambar kat bawah, mana ada pokok-pokok lain yang senget-menget,

So..... tak adalah aku nak tolong ke, nak ambik gambar ke, atau apa-apa aje. Kan aku dah kata, aku ni manusia biasa....macam kau orang juga. Jadi tak lah aku buat apa-apa sebab tak ada apa-apapun yang berlaku. Bila lampu isyarat bertukar hijau, kita orang semua bergeraklah menuju haluan masing-masing. Kereta merah tu ntah ke mana dia pergi aku tak pasti. Yang pasti aku ke Alamanda makan steamboat. Hehehe.....jangan marah!

Sunday, March 29, 2009

Merayap ke Alamanda

Petang kita orang bertiga ke Putrajaya sebab dah boring duk umah.
Irfan khusuk membaca buku cerita yang baru dibelinya di MPH Makan steamboat Jumpa bekas anak murid aku di Putrajaya dulu dengan familinya

Bola...bola

Thursday, March 26, 2009

Ke SSP belah Malam

Syam mintak hantar baju outing dia ke SSP sebelum Sabtu. Dia kata pos aje. Macam mana nak pos? So aku dengan orang rumah aku dan Irfan pergilah hantar. Sambil tu bawak sekalilah bahan makan mingguan dia. Masa tiba ni Irfan dah tergolek dah kat belakang kereta zzzzz...

Wednesday, March 25, 2009

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 6/2003: DASAR PENGGUNAAN MEDIA DAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Dapatkannya di sini

Ribut Pada 25 Mac 2009

Saja aje aku amik tajukyang sama dengan Pak Din. Kat Kinrara ni hujan ribut mula turun kira-kira 4 petang. Hujannya memang tersangat lebat, petirnya berdentum-dentam dan anginnya pulak memang teramat kencang. Masa tu aku masih kat sekolah. Langsir kat bilik aku boleh terbang setingi2nya walaupun tingkat tertutup rapat. Ada poko yang tumbang dan papan gantung iklan pun ikut rebah menyembah bumi. Kat sekolah aku berlangsungnya pertandingan bolasepak peringkat zon. Adalah gunakan meja untuk kegunaan urus setia. Meja guru....diletakkan diu bawah tempat meletak basikal bebudak. Masa ribut tu, meja tu boleh melayang kira-kira 10 kaki dan sikit lagi kena kereta aku. Agaknya kalau tak ada divider mahu dia menghentam depan keta aku. Masa aku nak balik, hujan masih lebat. Sampai pondok jaga masih ramai juga bebudak yang belum balik. Budak2 ni rupa2nya dari tadi main hujan. Kita adalah ketakutan dalam pejabat, dia orang ni lak enjoy kat luar. Aku tolong hantar 3 orang budak sebab rumah dia orang agak dekat juga dengan rumah aku. Salah seorang tu aku tengok pegang cawan plastik bertutup (bekas air beli tepi jalan) dan dalamnya rupa2nya ada burung. Adam kata dia nak bela burung tu.... Cross aje di bawah highway Bukit Jalil (kat simpang Giant Kinrara, jalan jem teruk...nampak satu accident kat seberang jalan. Tapi hala jalan aku tu memang jem sampai jauh ke depan. Lepas hantar ketiga2 budak tu, aku sampai rumah. Aku tengok pokok2 bunga orang rumah aku semuanya tergolek. Poko terkeluar, tanah dia pun ikut sama. Lepas tu aku tengok ampaian beroda kat kat tepi pintu depan rumah aku dah tak ada. Rupa2nya dia boleh bergerak sendiri siap cross parit, tak langgar tiang lak tu san landing kat atas rumput. Hmmmm....macam tak caya dia boleh jalan sejauh kira2 23 kaki!

Tuesday, March 24, 2009

Refurbished PC dari Korea

Hari ini sekolah aku terima 30 buah PC terpakai dari Korea Selatan. Ini aku jadikan ia sebagai projek untuk meningkatkan penggunaan kemudahan infostruktur, infrasturuktur dan perkakasan ICT yang ada kat sekolah aku dalam p&p. Terima kasih BPSH & BTMK yang membantu aku dalam mendapatkannya. Tadi waktu penghantaran tu dibuat, En. Abdullah KPP ICT dari JPNS hadir sama. Dalam pada tu aku juga didatangi oleh Dr. Saemah Abd. Rahman bagi mengikuti mesyuarat pelaksanaan projek aku tu. Terima kasih kepada AJK aku dan semua yang terlibat.

Jumpa Bakar@Muzafar Custommedia

Semalam masa aku dinner, terjumpa member lama Muzafar yang juga dinner dengan 2 anak dia.

Darvish! Hebat Pitching Dia....

Cuba tengok pitching (balingan) yang dibuat oleh Darvish (eh, macam nama orang Mesia aje), pitcher dari Jepun ni. Bola dia dah lah laju, siap curve lagi bila lalu atas diamond plate. Mana tak batter pukul angin atau terkebil-kebil aje tengok bola yang melengkung-lengkung lalu depan mata.... Hmmm...Satu lagi, dia ni hensem, mesti ramai orang Jepun gilakan dia.
Strike!!!!

Strike 3, u r OUT!

World Baseball Classic: Jepun Juara!

Ichiro lifts Japan to Classic glory After Korea ties it, country successfully defends its title in extras By Barry M. Bloom / MLB.com LOS ANGELES -- It was one of those games for the ages that will certainly grow in proportion with the passage of time.
One game, winner takes all for the second World Baseball Classic. A game at Dodger Stadium on Monday night that had more twists and turns than kabuki. The Japanese essentially had to win it twice.
"That was as much intensity as you've seen in a baseball game in a long time," Commissioner Bud Selig said after the agonizingly four-hour spectacular ended with Japan besting rival Korea, 5-3, in 10 innings. "It was incredible. It was really amazing."
And so the Japanese are the champions once again, successfully defending their 2006 title. This time they can thank old faithful Ichiro Suzuki for the victory. The 35-year-old Mariners right fielder snapped a 3-3 tie with a two-run single on an eight-pitch at-bat against right-handed reliever Chang Yong Lim with runners on second and third and two outs in the 10th. Daisuke Matsuzaka was named MVP for the second consecutive Classic. He was 3-0 with a 2.45 ERA in this year's tournament, and he's 6-0 with a 1.95 ERA overall.
In three years, Matsuzaka has won the Classic twice, the Classic MVP twice and the 2007 World Series as a member of the Red Sox. Try putting that all into perspective.
"It's not something that everybody can experience, and it's not something that everybody can earn," said Matsuzaka, who defeated Team USA on Sunday night to put his country into the final game. "So I feel that I'm very lucky. I'm really thankful about the MVP. I didn't think that it was going to be me at all." The Japanese figured that the victory was secured in the eighth inning, when Akinori Iwamura gave them a 3-2 lead with a sacrifice fly, coming after Seiichi Uchikawa was moved to third on Atsunori Inaba's double. But the Koreans tied the score, 3-3, in the bottom of the ninth inning against hard-throwing 22-year-old Japanese right-hander Yu Darvish, who was brought in at the start of the inning to try and preserve Japan's one-run lead and the victory. Japan manager Tatsunori Hara actually let left-hander Toshiya Sugiuchi go out for warmups before striding to the mound to call for Darvish -- all part of the usual Asian gamesmanship. He lifted Sugiuchi with two Korean left-handed hitters coming up, because "in the bullpen, the pitcher who was the best is the one I picked. That's why I picked him," Hara said. It ultimately worked out, but not without a lot of trepidation. Darvish was erratic, striking out the leadoff hitter, Keun-Woo Jeong, and then walking Hyun-Soo Kim and Tae Kyun Kim on nine pitches to put runners on first and second with one out. Darvish then struck out Shin-Soo Choo, who earlier in the game had homered. But Bum Ho Lee singled to left, driving in the tying run. "I had a great opportunity in a game like this," Lee said. "I regret a little bit that we could not win." The Koreans had their chance, but Young Min Ko then whiffed to end the inning with the winning run on second. The game was played in front of a raucous crowd of 54,846, which set an all-time single-game Classic attendance record in the 78th game over the course of the first two tournaments. For the three games at Dodger Stadium, the crowds totaled 141,834 and the overall attendance for the tournament for 39 games was 801,408. Both were also new Classic records. The fans, banging dueling orange and blue Thunderstix all night long, reacted to the ebb and flow of the game with incredible thunder and enthusiasm as the 48-year-old facility literally shook up and down when Korea scored that ninth-inning run. "When I think about what we set out to do years ago, this is what we had in mind," Selig said. "Through all the years and all the conversations, it all crystallized in these moments." Like the Yankees and Red Sox in the U.S., the Koreans vs. the Japanese has turned into the preeminent baseball rivalry on the international scene. It was the fifth time in this Classic that the Asian nations had met, with the two teams splitting the first four games -- two in each of the first two rounds. "I believe [after all this], we are the best two teams in the world," said Jung Keun Bong, Korea's starting pitcher on Monday night. It may be hard to argue. Dating back to the '06 Classic, the Japanese and Koreans have met eight times. Three years ago, Korea won the first two games, but then was eliminated by the Japanese, 6-0, in the semifinal at San Diego's PETCO Park. Japan went on to defeat Cuba in the final game and win the inaugural Classic, but that 10-6 victory didn't have the drama or intensity of Monday night's epic. It seemed only fitting that for Japan, it would come down to Ichiro at the end. The first and most successful Japanese position to player to come to the U.S. Darvish became the winner, because Ichiro just wouldn't give in during his climatic at-bat. There was apparently some confusion between the Korean bench, catcher Min-ho Kang and Lim, who was told to pitch carefully to Ichiro before giving up the single, but apparently missed the sign. Kang, 23 years old, had just come into the game an inning earlier. "They did not convey signals well," Korean manager In-Sik Kim said. "The catcher understood the signs, but the pitcher didn't understand it very well. It was not to try to walk him, but to throw him a ball. If it did not work, then we would walk him. That was the strategy. So the pitcher and catcher did not communicate well. That hurt us in the end."
Asked with the crowd roaring on every pitch if he was able to take a Zen approach at the plate, clearing everything from his mind as he faced Lim with the championship on the line, Ichiro chuckled.
"I really wish I could've been in a state of Zen," he said. "But I thought about a whole lot of things. I kept thinking of all these things I shouldn't think about. Usually when that happens, I can't really hit. But I was able to hit. So I felt like I may have surpassed something in myself." Great players are able to overcome such obstacles to accomplish great things. And so it came to pass that way on a memorable night that will only grow in the glow of history.
Barry M. Bloom is a national reporter for MLB.com. This story was not subject to the approval of Major League Baseball or its clubs.

Monday, March 23, 2009

Terencat dinner kita orang

Aku nak jimat masa hari ini sebab nak siapkan kerja yang deadlinenya esok. So aku plan dgn org umah aku, bila smp umah terus kita org amik Irfan kat sekolah agama. Lepas bayar yuran Mac, terus ke Giant makan sizzling. Tiga2 order yee mee. Budak yg amik order tu tak begitu teliti, aku order 3 dia buat satu. Lepas urus beli air aku nak amik makanan tu, rupa2nya dia buat satu aje. So terpaksalah aku berdua tunggu sementara Irfan makan dulu. Bila dah siap kita berduapun nak mula makan....tapi bau dia alamak busuklah pulak. Aku komplen pada budak yg jaga dia kata OK je bila dia test kuahnya. Aku kata u tanggung, saya dah komplen dan rakam video. Apa2 hal saya ada bukti. Tak lama pastu dia panggil aku. Dia kata boleh tunggu 20 min tak utk dia masak yg baru. Aku kata OK dan skrg masih menunggu.......

World Baseball Classic Final: Jepun bertemu Korea

Classic imparts valuable lessons on US Americans learn how tournament finalists go about their business By Barry M. Bloom / MLB.com
LOS ANGELES -- Japan and Korea are meeting in the World Baseball Classic final on Monday evening at Dodger Stadium, and that leaves Team USA and its bevy of Major League players as spectators for what has become the world's most coveted international baseball championship. And now it can't be ignored: The U.S. is no longer the undisputed leader of the game that was invented on its own soil. Team USA finished sixth in the 2006 inaugural Classic and fourth this year, following a 9-4 loss to defending champion Japan on Sunday.
Perhaps Team USA could learn a thing or two from the two finalists.
Komen aku:
Jepun dan Korea mengambil langkah yang bijak dalam mengambilserius mengenai permainan ini. Terbukti hasrat mereka tercapai untuk menakluk ke peringkat tertinggi. Jepun merupakan juara bertahan sementara Korea adalah pemenang pingat emas sukan Olimpik pada tahun 2008.
Permainan ini boleh dikatakan tidak begitu memerlukan body contact seperti permainan bola sepak, bola keranjang, hoki, ragbi dan sebagainya. Oleh itu alasan saiz badan boleh dipinggirkan untuk menjadi yang terbaik dalam permainan ini.
Aku masih ingat sejak tahun 1980an lagi Persatuan Sofbol Malaysia mahu beralih ke permainan Besbol namun hingga kini masih tidak kesampaian.

Sunday, March 22, 2009

Baseball World Classic: Korea membelasah Venezuela

Aku tak berkesempatan tengok perlawanan ini kerana sehari suntuk di sekolah uruskan pemasangan LAN. Bila aku baca blog, terperanjat bila mendapati Korea Selatan membenam Venezuela. Berita lanjut yang aku petik dari laman webnya ....
K-pop: Korea powers its way to final Classic championship game on deck after country topples Venezuela By Rhett Bollinger / MLB.com
LOS ANGELES -- Korea proved yet again that the country is a burgeoning baseball power, advancing to the World Baseball Classic final with a 10-2 rout against Venezuela in the semifinals in front of 43,378 on Saturday at Dodger Stadium. Now Korea, which also won the gold in the 2008 Summer Olympics in Beijing, will test its mettle against baseball superpower the United States or heated rival Japan in the finals at 9 p.m. ET on Monday. Korea won behind right-hander Suk-Min Yoon, who pitched 6 1/3 strong innings, with the offense being paced by Shin-Soo Choo and Tae Kyun Kim, who both homered. Korea jumped all over Venezuela starter Carlos Silva early, scoring five runs in the first inning, including three on a home run to center by Choo. The first four batters reached base for Korea and Venezuela made two errors in the frame, including a dropped fly ball by Bobby Abreu in right field. "We won today, and we did not expect to win," Korea manager In-Sik Kim said. "But, of course, our win was aided by that error by the other team that played a critical part in our win." Silva needed 36 pitches to get out of the inning, but the biggest blow came on a three-run homer by Choo, who had faced Silva six times in the Majors as a member of the Indians. Choo helped his teammates by giving them a scouting report on Silva, who pitched for the Mariners last season. "Shin-Soo knew about the pitcher, and we talked about it a lot," said Kim, who hit a two-run homer in the second inning. "We believed a lot of sinkers were going to be thrown, and I was aware of it. And that's how we were able to hit." Silva exited after Kim's backbreaking home run and allowed seven runs (six earned) on six hits in just 1 1/3 innings. Venezuela finally got on the board in the third inning against Yoon on an RBI single by Melvin Mora, but it was already 7-1. Yoon, who finished fifth in the MVP voting in the Korean Baseball Organization, was too much for the Venezuela offense that averaged more than six runs per game heading into the semifinals. The right-hander allowed just two runs on seven hits over 6 1/3 innings while striking out four and walking one. "I felt great as a starting pitcher," Yoon said. "And I was proud and I was confident as a starting pitcher. Rather than being nervous, I had confidence, even though they are Major League hitters. And I did not know who they were, so I was confident against those hitters." Korea added one run in the fourth on a botched pickoff play with runners on first and second. First baseman Miguel Cabrera missed pitcher Enrique Gonzalez's throw, allowing a run to score on Venezuela's fourth error of the game. Venezuela, which had five errors in the entire tournament, made five errors on Saturday. Korea tallied two more runs in the sixth on an RBI single by Dae Ho Lee and a sacrifice fly by Jeong Choi. Venezuela scored its second run with the game well in hand on a solo home run by Carlos Guillen in the seventh inning. But Korea did its job and eliminated Venezuela, and now will face the winner of Sunday's semifinal game between the United States and Japan. Kim said his team is ready to face either country. "It does not matter who we face, either U.S. or Japan," Kim said. "Either team is fine. We came all the way here, and this is what we hope -- that we play the best team out of the two teams."
Rhett Bollinger is an associate reporter for MLB.com. This story was not subject to the approval of Major League Baseball or its clubs.

Maka berkabunglah peminat MU

Dengan kekalahan yang tidak disangka2 di tangan Fulham sebentar tadi, ia telah membuka ruang kepada Liverpool dan Chelsea untuk merapatkan mata. Namun mungkin Liverpool akan lebih berpeluang memandangkan Chelsea masih ketinggalan 0-1t dengan bermain dalam tambahan masa 4 minit. Liverpool yang akan menentang Aston Villa di gelanggang sendiri esok diramal tidak menghadapi masalah. Nasib malang MU hari ini bertambah malang apabila mengutip 2 kad merah dan 3 kad kuning. Ini bermakna Scholes dan Rooney akan digantung 2 perlawanan.....huhuhu

Saturday, March 21, 2009

EPL: MU menentang Fulham

Setelah MU kecundang 1-4 kepada Liverpool di gelanggang sendiri Old Trafford, perlawanan kali ini sememangnya amat diharap2kan oleh musuh2 MU agar MU terus mencicirkan mata. Serangan psikologi ke atas MU datang dari pelbagai penjuru. Walau bagaimanapun Benitez yang sememangnya begitu mengimpikan kejuaraan EPL ini menjadi orang yang paling hebat menyerang. Dia ni siap keluarkan CD sambil mencanang-canangkan kepada pengurus2 pasukan lain tentang bagaimana cara mahu menundukkan MU.

Kalau ikut atas kertas sememangnya MU sepatutnya tidak ada masalah untuk menundukkan Fulham walaupun perlawanan berlangsung di tempat lawan di Craven Cottage. Fulham adalah pasukan yang telah dikalahkan MU dalam pertandingan piala FA 4-1 dua minggu lalu. Perlawanan kali ini juga dijangka akan menampilkan kapten MU Gary Neville yang telah berehat selama 10 perlawanan akibat kecederaan. MU mempunyai 3 orang pemain bek kanan yang hebat iaitu Neville, Rafael da Silva dan Wes Brown namun kedua-duanya masih lagi cedera. Dengan Vidic menjalani hukuman gantung akibat kad merah yang diterimanya sewaktu perlawanan dengan Liverpool minggu lepas, dijangka Jonny Evans adakan menggantikannya. Jangan lupa malam ni 10.55 malam di saluran Astro 813.

Champions League: Suku Akhir MU jumpa Porto

NYON , Switzerland - Penyandang juara, Manchester United mendapat lawan setimpal dalam pusingan suku akhir bola sepak Liga Juara-Juara selepas diundi bertembung dengan juara 2004, FC Porto di sini, semalam. Buat tahun kedua berturut-turut, empat pasukan England tampil dalam suku akhir dengan Arsenal, Chelsea dan Liverpool memburu satu laluan yang cepat dan lebih mudah ke separuh akhir. Ketika naib juara 2006, Arsenal diundi menentang pasukan Sepanyol, Villareal yang mara ke separuh akhir tahun yang sama, satu pertemuan suku akhir menyaksikan dua gergasi England yang, Liverpool akan menghadapi Chelsea di Anfield sebelum bertandang ke Stamford Bridge, seminggu kemudian. Dalam suku akhir lain, juara 2006, Barcelona melayani Bayern Munich di Nou Camp sebelum bermain perlawanan kedua di Jerman. - AFP

World Baseball Classic: Separuh Akhir

Jepun, USA, Venezuela dan Korea Selatan berjaya memasuki perlawanan separuh akhir. Juara bertahan, Jepun akan menentang USA sementara Venezuela pula bertemu Korea. Perlawanan separuh akhir dan akhir akan dijalankan di Dodger Stadium, Los Angeles.
Kejohanan ini disertai oleh 16 pasukan yang dibahagi kepada 4 pool. Pool A berlangsung di Tokyo Dome, Tokyo Jepun dengan disertai oleh Jepun, Korea Selatan, China dan Taipei. Sementara Pool B pula berlangsung di Mexico City dan disertai oleh Australia, Cuba, Mexico dan Afrika Selatan. Pool C yang mengandungi pasukan USA, Venezuela, Canada dan Itali pula berlangsung di Toronto, Canada. Di San Juan, Puerto Rico pula berlangsung perlawanan Pool D yang terdiri dari Panama, Republik Dominica, Puerto Rico dan Belanda.
Dua pasukan dari setiap pool layak memasuki pusingan kedua. Pool 1 terdiri daripada Jepun, Cuba, Korea Selatan dan Mexico. Jepun telah menjuarai pool ini yang perlawanannya berlansung di San Diego USA dan ikuti dengan Korea Selatan. Sementara itu Pool 2 berlangsung di Miami, Florida dijuarai oleh Venezuela dan USA pula menduduki tempat kedua.

Friday, March 20, 2009

iPhone fever

Aku banyak benda nak cerita sejak dari semalam tapi entahlah kenapa tak keluar-keluar posting baru. Mungkin blank - tak ada idea ataupun mungkin kekangan masa atau sebenarnya terlalu banyak sampai tak tau mana satu dulu nak buat. Aku teringat dulu-dulu bila aku ada lebih dari satu benda nak buat, aku akan baring2 untuk memikirkan atau tentukan yang mana nak didulukan. Tau akhirnya apa jadi? Hahaha .... akhirnya semua yang aku pertimbangkan tu tak dibuat sebab aku dah ter zzzzzzzz. Walau bagaimanapun aku tembak ajelah cerita pasal iPhone ni.
iPhone ni ialah hp canggih yang internet connected keluaran Apple Inc. Phone ni tak ada keyboard yang betul-betul, so kena guna skrin sesentuhnya aje. Ia mula dikeluarkan di US pada 29 Jun 2007 menggunakan teknologi quad-band GSM dengan EDGE. Generasi kedua dia baru ada UMTS dan HSDPA.
Hari ini nampaknya seharian sebahagian besar peminat gajet kat Malaysia ni bercakap pasal iPhone. Nampaknya YAB PM kita, Pak Lah menjelang hari-hari terakhirnya banyak terlibat dengan majlis-majlis pelancaran. Tadi dia di Cyberjaya dalam majlis pelancaran iPhone. Walau bagaimanapun nampaknya hanya pelanggan Maxis aje yang berpeluang menikmati kecanggihan iPhone.

Thursday, March 19, 2009

World Besball Classic

Sekarang ni USA sedang menentang Venezuela. Tak sangka yang pasukan Venezuela ni pun hebat juga. Mungkin agaknya selama ini aku cuma kenal team Yankees dan yang sewaktu dengannya aje sebab tu aku tak begitu perasan yang pasukan seperti Venuezuela dan Puerto Rico juga handal. Sekarang ni tengah top 6, USA memukul dan kedudukannya adalah Venezuela tengah mendahului 7-5.
Derek Jeter baru aje habis memukul dan dia selamat sampai ke bes ke-3. Dengan kedudukan masih belum ada yang mati, aku rasa USA akan dapat run dalam inning ini.
Pada masa yang sama juga Jepun sedang menentang Korea.

Tuesday, March 17, 2009

How to tell, what to do if computer is infected

Computer-virus infections don't cause your machine to crash anymore. Nowadays, the criminals behind the infections usually want your computer operating in top form so you don't know something's wrong. That way, they can log your keystrokes and steal any passwords or credit-card numbers you enter at Web sites, or they can link your infected computer with others to send out spam. Here are some signs your computer is infected, tapped to serve as part of "botnet" armies run by criminals:

  • You experience new, prolonged slowdowns. This can be a sign that a malicious program is running in the background.
  • You continually get pop-up ads that you can't make go away. This is a sure sign you have "adware," and possibly more, on your machine.
  • You're being directed to sites you didn't intend to visit, or your search results are coming back funky. This is another sign that hackers have gotten to your machine.
So what do you do?
  • Having anti-virus software here is hugely helpful. For one, it can identify known malicious programs and disable them. If the virus that has infected your machine isn't detected, many anti-virus vendors offer a service in which they can remotely take over your computer and delete the malware for a fee.
  • Some anti-virus vendors also offer free, online virus-scanning services.
  • You may have to reinstall your operating system if your computer is still experiencing problems. It's a good idea even if you believe you've cleaned up the mess because malware can still be hidden on your machine. You will need to back up your files before you do this.

How do I know what information has been taken?

  • It's very hard to tell what's been taken. Not every infection steals your data. Some just serve unwanted ads. Others poison your search result or steer you to Web sites you don't want to see. Others log your every keystroke. The anti-virus vendors have extensive databases about what the known infections do and don't do. Comparing the results from your virus scans to those entries will give you a good idea about what criminals may have snatched up.

Sunday, March 15, 2009

Melawat Mertua

Aku dengan orang rumah melawat mertua aku siang tadi. Orang rumah aku siap masak lunch kat sana. Hmmmm makan udang goreng, sup ayam, bendi rebus cecah sambal belacan dan ikan goreng. Belah petang Paman Jelan dan keluarga singgah melawat bapa mertua aku

Badminton Terbuka Switzerland

Sekarang ni sedang berlangsung perlawanan akhir antara Datuk Lee Chong Wei dengan Lin Dan dari China. Dalam set pertama tadi Chong Wei menang 21-16. Baru sebentar tadi Chong Wei menang straight set 21-16 bagi kedua-dua set. Hebat Chong Wei malam ni

Saturday, March 14, 2009

Diari: 14 Mac 2009

Aku minum teh, orang rumah aku air sirap
Bila banding harga, aku rasa tak berapa sedap
Itu yang buat darah aku agak menyirap
Walaupun dua-dua air tu rasanya sedap
Aku rasa tak puas hati tentang harga air ni.....pada aku macam tak logik!
Aku pagi-pagi lagi dah ke sekolah atas 3 perkara. Perkara pertama sebab nak menjengah kelas tambahan BI dan Sains, yang kedua pulak sebab nak tunjukkan pada Azman akan laluan kabel network yang aku cadang untuk menyambungkan rangkaian LAN antara blok dan yang terakhir pulak ialah sebab nak selesaikan masalah LAN di bilik j-QAF dengan bantuan Hazmen.
Aku janji dengan orang rumah aku untuk cuba selesaikan semua urusan tu sebelum pukul 9.30 pagi sebab nak menemani dia menjadi urus setia pertandingan bowling BPSH kat Alamanda. Urusan 1 dan 2 beres sekejap aje tapi tang mencari punca dan mengatasi masalah LAN kat bilik j-QAF memang betul-betul bermasalah. Pukul 10.30 aku kol orang rumah aku beritahu yang kerja tak beres lagi. Alhamdulillah dia faham dan dia kata nanti dia uruskan sendiri ke Alamanda tu.
Hazmen tengah sibuk mengeping

Dalam pukul 12 baru dapat detect masalahnya. Rupa-rupanya switch yang bermasalah. Ping server ke notebook dan pc melalui switch yang samapun tak lepas.... Akhirnya gunakan port pada router GITN untuk linkkan ke pejabat.

Bila aku kol orang rumah aku untuk beritahu yang kerja aku dah beres, dia rupa-rupanya dia dah di Alamanda. Dia balik jemput aku ke sana untuk tolong ambik gambar. Lepas habis pertandingan kita orang lunch kat Johnny - makan steamboat dan prawn fried rice. Hmmm.... memang sedap. Bila dah habis makan, masa kat ruang pameran di tengah-tengah tiba-tiba ada budak perempuan tegur aku - ini cikgu ke? Aku jawab ha ah. Dia tanya aku masih ingat ke? AKu kata ingat...anak murid di Putrajaya. Sekarang dia dah tingkatan 5. Bapak dia sempat bercerita yang sekarang dia dah bersara dan tinggal di Seremban. Aku memang ingat dengan raut wajah dia orang ni masa di Putrajaya dulu tapi tang nama memang aku surrender.... On the way balik, singgap Pasar Borong Selangor kat Equine sebab nak beli buah ciku. Kat situ murah RM4 sekilo, sedap pulak tu. Apalah nasib...dah bayar entry fees rupa2nya buah ciku tak ada..... Sampai rumah dah lewat lah pulak untuk hadir ke majlis perkahwinan anak kawan aku kat Bukit Kiara ataupun satu lagi MG di Tanjung Malim.

Dalam 4.30 aku hantar orang rumah ke IOI sebab dia ada appointment kat situ. Lepas hantar dia aku balik rumah. Hujan punyalah lebat. Aku ke IOI semula dan untuk jemput dia dan sambil tu shoppinglah sikit-sikit untuk orang rumah aku. Bila dah habis shopping nak balik dan dinner kat kedai mamak. Tapi mesin (mesin apa eh?) yang free kan parking kita kat tingkat 1 JJ tu off line lah pulak. Terpaksa turun ke tingkat bawah untuk freekan parking. Bila dah ke bawah nampak lak food court, terus terdinner kat situ. Aku makan nasi goreng kampung dan orang rumah aku pulak makan yee mee sizzling. Bila dah habis dinner pergi ke kaunter free kan parking tu...alamak dah lebih 2 jam lah pulak. So kenalah bayar parking RM2! Mengena strategi JJ ni sebab bila turun ke bawah kita orang tergoda untuk makan. Bila makan, maka tempoh masa aku berada di IOI tu melebihi 2 jam (kalau 2 jam dapat free parking) maka kenalah bayar parking. Bila dah balik aku dengan orang rumah aku ada 2 misi yang berbeza. Aku nak nengok bola MU lawan Liverpool sementara dia pulak nak tengok AF7. So aku tengok kat bawah dan dia pulak tengok kat atas. Hahaha bila nak berhubung kita orang guna phone. Nampak macam membazir ajelah kan tapi sebenarnya tidak sebab kita orang boleh kol free 24H ler sebab guna Officepax Powertool!

EPL: Rancak Perlawanan MU dan Pool

Perlawanan ini berlangsung dengan begitu rancak sekali. Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan. Manchester United telah mendahului Liverpool apabila Ronaldo berjaya menyempurnakan tendangan penalti yang diperolehi MU kerana penjaga gol Pepe Reina menjatuhkan Par Ji Sung. Namun begitu Torres berjaya menyamakan kedudukan setelah Vidic melakukan kesilapan yang mengakibatkan bola dapat dirampas oleh Torres. Torres tidak melakukan kesilapan untuk menewaskan van de Saar dengan menendang ke arah kiri pintu gol.
Tidak lama kemudian giliran Liverpool pula untuk mendahului 2-1 apabila Liverpool mendapat sepakan penalti kerana Evra menjatuhkan Gerrard. Gerrard tidak melakukan kesilapan dengan menyepak ke arah kanan pintu gol. Walaupun agakan van de Saar tepat, namun dia tidak berdaya menghalang bola itu daripada menerjah jaring.
Vidic yang asyik disebut-sebut sebagai seorang pemain pertahanan yang amat dipercayai akhirnya dilayangkan kad merah bila dia menjatuhkan Gerrard kat luar kotak penalti. Sepakan percuma tu masuk pulak tu.....
Akhirnya Liverpool menundukkan MU dengan jaringan 4-1. Huhuhu.....mesti si Raj dan Abang Khadari kesukaan. Pak Din pun tumpang sama gembiralah tu...

EPL: MU bertemu Liverpool

Pertemuan yang sangat dinanti-nantikan antara dua musuh ketat ini akan berlangsung di Old Trafford. Kalau semasa Liverpool sedang mendahului liga dengan 5 mata di hadapan MU pada penghujung tahun lepas, perlawanan ini adalah antara yang aku sangat berharap untuk MU menewaskan Liverpool di samping Liverpool seri atau kalah mana-mana game dengan pasukan lain. Namun rupa-rupa belumpun perlawanan ini tiba, Liverpool sudah menggelunsur ke tangga ketiga apabila persembahannya tidak konsisten dan kalah beberapa perlawanan termasuk di tangan pasukan yang dianggap lemah. Sementara MU pula berlaku sebaliknya iaitu ia berjaya mengekalkan prestasi terbaiknya tanpa tewas. Dengan MU mendahului 7 mata dan masih kurang satu perlawanan berbanding dengan Chelsea dan Liverpool, maka perlawanan ini sudahlah tidak begitu mendebarkan lagi .....

Friday, March 13, 2009

Hari Terakhir di IAB

Hari ini habis kursus aku kat IAB. Semalam aku turun dan tidak bermalam di sini kerana menziarahi bapa mertua aku yang diserang mild stroke. Alhamdulillah nampaknya sudah ada perubahan positif. So pagi tadi aku bertolak pukul 6 pagi dari rumah ikut jalan Klang Lama, Lebuhraya Persekutuan, Jalan Kuching, Batu Caves dan masuk ke Karak h/w

Thursday, March 12, 2009

Terjumpa Sifu di IAB

Haji Rosli Ibrahim ni adalah sifu aku dalam computer programming sekitar tahun 1988 dulu. Masa tu makmal komputer di IAB ni adalah kebetulan Bilik Antarabangsa yang kumpulan aku sedang gunakan sekarang. Masa tu masih zaman DOS. Haji Rosli ni ajar kita orang programming dBase dan sikit-sikit Clipper. Sementara Hj. Rosli ajar programmingnya, Mr. Choo (guru dari Kedah) pula mengajar mengenai pangkalan data dBasenya. Masa tu dBase pun setakat dBase III je. Selain dBase, kita orang juga diajar Logo dan makro dalam Lotus 123 (Remeli dari JPN Kelantan). Tengku Shahrom dan Tuan Haji Mohsinpun ada ada ajar tapi aku tak ingat aplikasi apa.
Antara perkara yang kira hangat masa tu ialah:
  1. kalau nak print landscape kena ada software Sideway.
  2. Virus baru aje diperkenalkan oleh dua beradik dari Pakistan. Masa tu virus kita boleh nampak pada volume sesuatu disket. Nama virus tu Stone. Dua beradik ni cipta virus sebab nak kurangkan

Member2 lain yang berkursus dengan aku masa tu:

  1. Perak: Aku, Fatah, Razana, Leong dan Ahmad Daud
  2. Penang: Aziz, Jamaludin, Ustaz Lamapanganro dan Rejab
  3. Johor: Hj. Rahman, Salehudin, Halil dan Shamsudin
  4. Sarawak: Zul, Mat Wahab dan ?
  5. Terengganu: Ghazali

Champions League: 4 Kelab Inggeris Masuk ke Suku Akhir

Setelah berlangsungnya perlawanan kedua pusingan kalah mati 16 pasukan, MU, Liverpool, Chelsea dan Arenal melepasi halangan masing-masing. Empat lagi pasukan yang akan bermain di pusingan suku akhir ialah Bayern Munich (Jerman), Barcelona (Sepanyol), Porto (Portugal) dan Villareal (Sepanyol).

Wednesday, March 11, 2009

Sesi Bergambar

Seperti lazimnya, setiap kursus yang berlangsung di IAB, pesertanya akan diambil gambar berama-ramai. Sementara kumpulan UTM sedang disambil gambar (kat belakang kita orang), sempat aku berposing dengan room mate aku.

Malam ini MU lawan Inter

Champions League pusingan kalah mati 16 pasukan memasuki pusingan kedua. MU menjadi tuan rumah kpd Inter dgn berbekalkan seri 0 sama.

Tuesday, March 10, 2009

Malam di IAB

Aku dengan room mate aku, Kashfi sedang menelaah di ruang tamu. Hahaha.....

Pisang Goreng

Kalau nak cari pisang goreng yang sedap, pergilah ke Seksyen 19 Shah Alam (berdekatan dengan stesen komuter). Dahlah sedap, hargapun murah kalau dibandingkan dengan kebanyakan tempat lain. Kat sini harga 1 seposen aje.

Aku di IAB

Aku bersama rakan UKM yang lain dan juga 28 pelajar UTM mengikuti Kursus Pengurusan Projek di bawah kendalian En. Edaris Abbu Bakri di Institut Aminudin Baki Genting Highlands. mulai hari ini hingga 13 Mac 2009.

Monday, March 9, 2009

Dapat Jumpa Kawan Lama

Lepas grad dari UPM, aku ditempatkan ke Kuala Kangsar di Sekolah Menengah Raja Muda Musa (RMM). Aku mengajar kat situ dari tahun 1984 hinggalah 1990 - dari bujang sampai dapat anak sorang. Inilah antara kawan-kawan rapat aku masa kat sana. Zainudin Abdul Wahab (dulu aku panggil dia Udin) ni bertukar ke RMM dari SM Raja Shahriman, Bruas (sama sekolah dengan Dato Salleh Husein, bekas Tim. Ketua Pengarah Pelajaran Jabatan Sekolah). Kita berdua merupakan warden asrama RMM - dia ketuanya. Macam-macam kisah yang kita orang kongsi bersama. Masa tu Pengetua RMM ialah Aruah Hj. Adnan Mohd. Ali. Kita orang bertiga memang rapat giler. Tapi sekarang ni Haji Zainudin sudah menjadi seorang usahawan yang berjaya. So semalam aku pergi ke rumah Hj Zainudin ni sempena merai majlis pertunangan anak dia yang kedua, Ain.
Aku dengan Haji Zainudin Wahab
Hamil Basiron dan Khalid Ali pulak aku kenal sebab kita orang merupakan jurulatih sofbol sekolah masing-masing. Hamil di SM Raja Perempuan Kelsom sementara Khalid di SMJK Tsung Wah. Biasanya daerah Kuala Kangsar cuma ada empat sekolah aje yang bertanding iaitu sekolah kita bertiga dan satu lagi SM Clifford. Sifu aku dalam melatih sofbol ialah Mr. Naranjan Singh (mendiang). Hamil dan Khalid ni menyewa bujang di Taman Jasa. Antara member lain yang pernah menyewa bersama-sama dia orang kat situ ialah Rafi dan Yusri. Kat situlah aku selalu melepak. Selain dari sofbol, kita bertiga ada hobi lain yang sama iaitu fotografi dan main badminton di samping masing-masing dengan motor. Hamil dengan RG, aku dengan Enduro (scrambler) dan Khalid lak dengan Yamaha Cup.

Dengan Hamil Basiron

Dengan Khalid

Khalid dan isterinya Ani

Pukul 2 Pagi Baru Sampai Rumah!

tak ada perkataan yang boleh aku komen tentang perkhidmatan PLUS. Perjalanan aku dari R&R Tapah ke Kinrara mengambil masa 7 jam! Biasanya dalam 2 jam setengah dah boleh sampai. Sebagai upah kerana berjaya menyakitkan hati aku dan beribu-ribu orang lain yang menggunakan lebuhraya tu, aku dikenakan bayar tol sebanyak RM23.60. (Ipoh-Damansara). Semuanya ini adalah disebabkan gara2 PLUS menutup laluan arah ke selatan dari km358.? hingga km371.8.
Dari Kuala Kangsar, aku berhenti sebentar di R&R Tapah dan menyambung perjalanan semula pukul 7.10 malam. Tak lama selepas itu tetiba aku aku tengok deretan kereta bergerak macam semut di hadapan aku - alamak kesesakan lalulintas! Aku tak pasti di kilometer berapa aku mula terperangkap dalam kesesakan tu. Macam-macam tekaan mengenai puncanya. Seperti biasa punca yang diteka ialah berlakunya kemalangan. Berjam-jam kereta menengsot-engsot perlahan - jalan kakipun lebih laju! Bila dah berjam-jam tersangkut, maka berpuluh-puluh kenderaaan aku tengok berhenti di tepi. Rata-rata aku tengok adalah akibat kepanasan enjin. Dalam pada itu, aku percaya ada juga yang kehabisan minyak. Juga tidak ketinggalan yang letih dan mengantuk sempat melelapkan mata. Namun terdapat begitu ramai yang terpaksa melepaskan hajat di tepi-tepi jalan. Memang menjadi tontonan umum dari bebola mata dalam deretan kenderaan yang terperangkap. Yang melepaskan hajat tu bukan hanya kanak-kanak malah yang dewasa dan berumur juga turut sama 'membaja' rumput-rumput di tepi lebuhraya tu.
Rupa-rupanya tiada sebarang kemalangan tetapi hanyalah gara-gara tindakan kurang bijak pihak PLUS yang menutup jalan!

Sunday, March 8, 2009

Di Rumah Zainudin

Kursus di IAB

minggu depan ni aku akan berkursus seminggu di Institut Aminudin Baki, Genting Highlands. Kata Faris sekarang ni kat Genting memang sejuk dan dah ada banyak perubahan di IAB tu. Nampaknya aku tak dapat bersama Irfan untuk bimbing dia menghadapi PKSR1. Walau macam manapun umi dia ada di samping preparation awal yang kita orang dah buat untuk dia mungkin dapat membantu.
Kursus di IAB ini memerlukan pesertanya melaksanakan Pengurusan Projek Berasaskan Institusi Pendidikan ( PPBIP) Komponen IAB di organisasi masing-masing dalam tempoh 6 bulan. Komponen ini menyumbangkan sebanyak 4 jam kredit. Pemantauan dan penyeliaan PPBIP dilakukan oleh pensyarah IAB . Penyeliaan dilakukan melalui komunikasi e-pembelajaran dan medium lain . Forum perbincangan juga disediakan untuk interaksi antara penyelia dengan peserta. Laporan projek PPBIP boleh dihantar secara online untuk disemak oleh penyelia. Peserta juga perlu menyerahkan kertas projek (2 salinan) kepada urus setia PKPGB dalam bentuk CD dan hardcopy.

Alfatihah Buat Allahyarham Zakaria Hassan

Aku terkejut sewaktu Haji Zainudin Wahab menjemput aku ke majlis perkahwinan anak perempuan dia yang kedua (Ain) memaklumkan tentang kembalinya ke Rahmatullah aruah Pak Ya. Aku dengan aruah dan isterinya, Dahlia memang bersahabat sejak tahun 1988 lagi iaitu masa sibuk dengan Program Orientasi KBSM. Masa tu aku, aruah, Khairi Jalun, Tauhid' Zahidi Yusof merupakan KS Negeri Perak bagi mata pelajaran Matematik dan Sains. Masa tu jugalah aku berkenalan dengan Cyril dan (skrg YB) Shahrani sewaktu mereka menjadi KS Daerah Hulu Perak. InsyaAllah kalau sempat aku dengan orang rumah nak ziarah isterinya hari ini di Taiping.

Breakfast kat Polo Cafe

fa cup

aku tengok game ini kat gwrai makan di medan hentian bas gopeng. Kita orang lapar sebab tak dinner lagi. Punyalah susah nak cari gerai makan kat bandaraya ipoh ni bila dah lepas kul 12 malam sampai ke gopeng baru jumpa. Aku tengok sampai separuh masa aje masa tu mu 2 fulham 0. Kedua2 gol dijaringkan tevez. Bila sampai bilik, rupa2nya tak ada channer star sport, yg ada cuma espn aje....

Saturday, March 7, 2009

On The Way ke Ipoh

aku nak menghadiri jemputan perkahwinan anak kawan lama aku di Kuala Kangsar. Malam ni mungkin tidur kat Heritage, Ipoh. Sekarang aku baru habis makan kat R&R Bidor. ada free streamyx service la kat sini

Tuah Badan

Sepanjang masa mancing ni, Irfan memang dilayan baik oleh petugas kat kedai mancing ni. Ntah berapa ekor udang bakar yang disental oleh Irfan. Mana taknya, budak yang jaga ni asyik cari dia untuk beri udang bakar. Akupun bedal boleh tahan banyak juga. Sedap.....dia sapu margarine dan garam. Orang rumah akupun belasah sama udang bakar tu. Bila habs aje, dia serve lagi. Mana tak kenyang kita orang. Mancing udang sambil bedal udang.....

Boleh Tahan Juga Tangkapan Kita Orang....

Hasil tangkapan kita orang malam ni sejumlah 1.2 kg dalam tempoh 3 jam dengan 2 kail. Eh ada setengah kail lagi sebab budak yang jaga tu beri satu free untuk Irfan di tengah-tengah seronok kita orang memancing

Memancing: Not Bad 4 d 1st Timer.....4 Ekor Irfan Dapat Udang

Unsangkarable sebab Irfan kali pertama mencuba nasib memancing dapat 4 ekor udang. Bukan main seronok lagi dia. Aku sendiri cuma dapat 2 ekor aje bila kali pertama memancing hari tu.

Memancing juga akhirnya kita orang

Lepas aje habis Raja Lawak 3, kita berlima makan (supper) kat kedai mamak BK4. Aku makan roti tisu share dengan orang umah aku. Irfan minum aje - seperti biasa air favourite dia sejak akhir-akhir ni iaitu sirap ais. Adik ipar aku, Efy makan tosei tisu sementara isteri dia Rin makan sup ayam. Biras aku ni tengah sakit itu yang nampak muka sedih aje sementara yang lain-lain excited sangat dah nak kail udang.

Friday, March 6, 2009

Raja Lawak 3: Akhirnya....

Seperti yang aku sekeluarga jangka, Kumpulan Sepah berjaya menjuarai RL3 ini. Habis berpuluh ringgit jugalah kita orang habis undi kumpulan ni. Dato Yahaya Sulong, Hamid Gurkha dan Param diberi penghormatan menyampaikan hadiah. Amir mendapat tempat ketiga sementara Jihan bergelar naib johan. Dapatlah dia naik motor besar tu.
Tapi aku kesian sebab duit tunai yang kumpulan Sepah dapat RM20,000 susah nak dibahagi 3 tu. Bagi pada aku aje pun OK ....
Apa-apapun Zizan dan Johan memang menghiburkan sebagai pengacara. Telatah kedua-dua orang yang dihasilkan dari rancangan Raja Lawak 1 itu memang amat menggeletek hari penonton di studio dan di rumah.
p/s Azida mesti gembira sebab kumpulan favourite dia menjadi johan.

Raja Lawak 3: Berdebar Tunggu Keputusan

Adik ipar aku dengan orang rumah dia sampai lambat. Sekarang ni baru aje habis giliran peserta terakhir, Sepah. Dia orang ni kalau nyanyi lagu Ramli Sarip memang best..... suara salah sorang dari ahli kumpulan ini sebiji macam suara Ramli Sarip. Sekarang ni selingan Nabil dengan Johan dan Zizan....

Program Malam ini

Sekejap lagi adik ipar aku dengan isteri dia akan sampai kat umah aku. Kita orang plan untuk sama-sama menonton Pertandingan Akhir Raja Lawak 3 kat Astro Prima (105). Lepas itu kita berlima akan ke Equine untuk memancing udang. Aku layan aku adik ipar aku ni sebab semalam dia dah practice mancing dengan member lama dia kat Shah Alam......dengar-dengar dia dapat udang yang bersaiz xl....

Thursday, March 5, 2009

Esok Final Raja Lawak 3

6 Mac 2009 akan berlangsung pertandingan akhir Raja Lawak 3. Tiga peserta yang berjaya memasuki final ini ialah kumpulan Sepah, Amir dan Jihan. RL3 kali ini sudahpun mencatat sejarahnya yang tersendiri. Buat pertama kalinya terdapat peserta wanita dan salah satu daripadanya berjaya memasuki final. Mungkinkah pertandingan akhir kali ini juga bakal mencipta satu lagi sejarah? Kalau dalam dua pertandingan yang lalu, pemenangnya ialah peserta solo namun dalam RL3 ini kumpulan Sepah dilihat sebagai peserta favourite. Jika kumpulan Sepah berjaya, maka inilah kali pertama RL dimenangi oleh peserta berkumpulan. Sejarah sebagaimana Mila mencipta sejarah memecahkan dominasi lelaki menjuarai pertandingan AF.
Kalau kau orang tengok dan bercadang nak mengundi, undilah pada yang layak....jangan membazir kredit tak tentu pasal. Tapi kalau tak ada kredit tak yah undi. uat susah-susah aje