Saturday, August 20, 2011
Hidup selepas tidak melanggan Astro
Aku mula melanggan Astro sejak tinggal di Banting lagi iaitu pada tahun 1999. Sebelum tu masa tinggal di Klang, cuma mampu melanggan stesen kabel TV3 punya (lupa lak apa nama dia). Dari Banting sambung ke Putrajaya hingga tahun 2006. Bila aku mula tinggal di Saujana Puchong, mulalah gatal pakai 2 akaun. Masa tu aku tinggal dengan anak pertama aku, Ira Syaqira. Tapi tak lama selepas dia dah dapat lesen kereta pada tahun 2007, dia mula tinggal dengan emaknya. Tak lama kemudian pada tahun 2008 Irfan Syaqir pulak tinggal dengan aku.
Yuran langganan Astro ni asyik naik terutama kalau kita langgan pakej sukan. Bermula dengan membayar RM100 lebih sikit untuk kedua-dua akaun tu, akhirnya dia meningkat RM200 lebih. Aku dengar tak lama lagi akan naik lagi. Bulan November kalau aku tak silap. Bila diingat2 balik, taklah aku sempat tengok semua pakej2 yang aku langgan. Mana ada masa nak nengok movie, sukan, AXN dsb. Yang betul2 aku tengok rasanya pakej sukan aje. Tapi pakej tulah yang mahal sekali. Pastu kalau nak Warna, kena tambah bayar. Tambah sakit hati bila balik2 kita disajikan dengan rancangan yang sama. Sakit hati menjadi bertambah, tambah, tambah meningkat apabila banyak iklan.
Aku teringat sama Nsib Yang diPertua PIBG sekolah aku. Walaupun dia seorang ahli perniagaan yang berjaya dan isterinya pula merupakab seorang guru (sekolah aku) namun dia tidak menjadi pelanggan Astro. Senang bekerjasama dengan dia dalam bab ibubapa yang tak bayar yuran. Dia akan tanya "Astro ada tak? Kenapa Astro boleh bayar bulan-bulan tapi yuran yang setahun sekali ni tak boleh bayar".
Last2 sempena dengan kos sara hidup yang semskin meningkat, lebih baik aku belanjakan duit tu untuk beli benda lain. Dalam zaman serba mahal ni, syarikat semakin untung lantaran kita sebagai pelanggan semakin tinggi membayar yuran. Maka mulai 17 Ogos 2011, bermulalah rumah aku sudah tidak melanggan Astro! Hmmm...setakat ni Alahamdulillah tak ada apa2 perbezaan burukpun. Oleh itu, aku cadangkan "Jom potong Astro!"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Syabas, Kimin , satu gesaan yg baik. Saya pulak dah mula kurangkan dari dua penerima kpd satu. Lepas ni nak kaji semula, tak nak bagi muka kat dema.
Post a Comment