Saturday, August 20, 2011

Kurang Ziarah Blog

Sejak aku beralih telefon bimbit dari N80 ke iPhone4, susah sikit aku nak update blog ni. Aku ni dari jenis malas menulispanjang-panjang, jadi selalu gunakan gambar untuk cover posting yang aku buat. Masa guna E71, E61, N80 semuanya tak ada masalah untuk upload gambar menerusi telefon tu. Tapi bila guna iPhone ni, dia diaablekan butang pilih gambar. Malaslah pulak aku nak cari apa sebabnya. Mana taknya, banyak kerja berfaedah lain yang aku boleh buat dari nak cari puncanya dan jalan penyelesaiannya. Aku beranggapan yang adik-beradik dan suku-sakat i (iPhone, iPad etc) ni, memang 'kurang ramah' untuk berkongsi apa yang dia ada dengan pengeluar lain. Contoh lain ialah dia tak boleh nak kongsi gambar dengan telefon atau gajet selain dari ahli keluarganya. Dah nak kena cari third party software. Itupun kalau jumpa.

No comments: