Sunday, May 31, 2009

31.05.09: Diari Hari Ini

Pepagi lagi dah siap untuk hantar Irfan main bola kat Bangi. Kali ini Kimi ikut sekali. Pasukan dia sampai separuh akhir aje. Tapi apa yang menarik ialah salah seorang pemain team dia yang amat menonjol, Anas budak Tahun 4 SK Padang Jawa. Lepas tu kita orang lunch kat Alamanda. Baliknya singgah E2 untuk ambil barang2 orang rumah aku yang akan mula berkhidmat di Kem Luar Bandar dan Wilayah

Saturday, May 30, 2009

dinner

Jom ke Pesta Buku!

Cuti sekolah tiba lagi. Kepada ibu bapa dan para pelajar sekolah yang sangat cintakan ilmu, isilah cuti sekolah kali ini dengan mengunjungi satu lagi Pesta Buku.Pesta Buku ini diberi nama 'Read Malaysia 2009'. Penganjurnya adalah Mines Exhibition Management Sdn. Bhd.
Berikut adalah maklumat berkaitan pesta buku kali ini:
READ MALAYSIA 2009
Tarikh: 29 Mei hingga 7 Jun 2009
Masa: 11am hingga 10pm
Tempat: Malaysia International Exhibition & Convention Centre (MIECC), Mines Resort City.
Selamat datang sekali lagi ke dunia ilmu!
- Petikan dari blog M.A.R.N.I

Irfan dan Kimi

Petang tadi budak berdua ni main bola kar tepi rumah. Lepas mandi dia orang main online games pulak kat notebook. Orang rumah aku lak tengah layan si Dee dan Mas kat Giant Kinrara.

Sibuk....

Budak berdua ni ada appointment dengan orang rumah aku. Lepas dapat kebenaran, dia orang bertiga ke Giant Kinrara.

Lunch kat Secret Recipe

I had beef while my wife ordered tomyam kung for our lunch at Secret Recipe.

Lokasi Syioknyer Memancing

Peta ke Lokasi 'Syioknyer Mancing'
(klik pada gambar untuk saiz yang lebih besar)

Syioknyer Mancing terletak di Saujana Puchong, No. 85 Jalan SP3/1. Memancing udang harimau ni memang sudah menjadi sebagai satu hobi sama ada bersendiri atau bersama keluarga. Ramai yang apabila mendengar aktiviti memancing akan membayangkan ia dilakukan di tengah-tengah panas dan kena ada joran, umpan dan kemahiran memancing. Sebenarnya anggapan tu silap sebab memancing udang harimau ni dilakukan dalam kedai di samping joran dan umpan disediakan secara percuma! Ia memang sesuai dijadikan sebagai aktiviti riadah keluarga, merehatkan fikiran atau sebagai aktiviti memenuhi masa lapang - kira hobilah tu.

Irfan Pergi Pertandingan Melukis

Pagi ni Irfan join Kimi ke AmCorp Mall untuk masuk pertandingan melukis. Pukul 7 pagi aku dengan orang rumah aku dah hantar dia. Malam ni Kimi akan tidur kat rumah aku dan esok pepagi Irfan akan sambung main bola liga Kiddo Kickers di Permata Petronas, Bangi.

Friday, May 29, 2009

Jumpa Member Lama Lagi

Terkejut aku tiba-tiba dihubungi kawan lama aku Harudin Ahmad dari Melaka. Last sekali jumpa masa zaman sekolah dulu tahun 1980. Sekarang dia kerja di KL. Hebat kawan aku ni sekarang rupa-rupanya. Lama bersembang dengan dia dan antara nama yang dia ingat ialah Roslan Sukeimi, Zainudin Ahmad dan Rosnah Manan. Fati! Kau ingat lagi ke dia ni?

Thursday, May 28, 2009

MU Tewas

Aku baru aje sampai rumah dari Bangi. Group aku kita orang berempat aje - aku, Kashfi, Raj dan Kanan. Game yang sepatutnya menarik rupa2nya hambar gara2 persembahan MU yang terlalu merosot. Barcelona berjaya menunjukkan permainan biasanya namun bagi MU kekadang aku tengok dah macam pasukan amatur. Akhirnya MU tewas dengan 2 gol yang dijaringkan oleh Eto dan Messi. Dari komen pasca perlawanan yang diberikan oleh pengulas sukan dan pemain Barcelona sendiri, mereka hairan mengapa MU bermian di bawah keupayaan sebenar. Sepanjang perlawanan tadi di kedai makan

Wednesday, May 27, 2009

Champions League: Final yang dinanti

Perlawanan akhir pagi ini akan merungkai pasukan manakah yang akan dinobatkan sebagai juara di antara juara-juara sama ada Manchester United ataupun Barcelona. Kedua-dua pasukan ni pun memang aku minat tapi dah tentu MU lebih di hati. Kalau last year aku dengan Kashfi dan Raj menonton final kejohanan yang sama di antara MU dan Chelsea di Bandung tapi kali ini insyaAllah kita orang akan berkumpul di kedai mamak di Bangi. Pak Din tadi tepon, seolah-olah macam minat nak join sama. Dia ni minat pasukan Arsenal bila game yang melibatkan MU dia orang akan sokong pasukan lawan MU.
Aku minggu ni sebenarnya sibuk dengan exam sem 4. Tu yang blog ni sunyi sikit. Tapi sesunyi-sunyi blog aku, sunyi lagi blog adik ipar aku si Efy tu. Dia tu memanjang sibuk berurusan kat imigresen.
Pagi tadi lepas paper PSM, kita orang dah buat discussion ttg paper esok. At least early preparation has been made, haha

Sunday, May 24, 2009

Rahsia Syamira

Aku tetiba teringat masa anak no 2 ni, Ira Syamira berumur 3 tahun lebih (baru pandai sebut2 nombor) dia dah boleh jawab dengan cepat dan betul semua soalan matematik yang aku beri. Sekarang ni dia belajar kat Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya. Bayangkan bukan setakat tambah dan tolak malah darab dan bahagi pun dia dengan selambernya aje jawab dengan betul. Digit soalan yang diuji bukan setakat satu digit, tapi bahagi yang libatkan digit ribupun dia boleh jawab. Soalan2 yang aku beri baik dalam versi BM dan versi BI, dua2 pun dia OK (hmmm... Marniyati, mesti ok punya sebab dua boleh jwb soalan2 dlm 2 bahasa tu) walaupun kat umah kebanyakan masa kita orang bercakap dalam BM. Pernah aku panggil seorang bekas wartawan (hehe kawan aku - aruah Bakarudin Busu, pensyarah UiTM yg meninggal dunia akibat dibunuh) untuk tengok macam mana sempoinya Syamira jawab soalan2. Masa tu aku tinggal kat Telok Pulai, Klang. Mudah ajekan rahsianya. Jadi pada sesiapa yang nak menimang anak (atau cucu) atau anak masih kecil lagi bolehlah mengamalkannya......
....Sambung citer pada 29 Mei 2009
Sorrylah sebab cerita tu tak lengkap. Buat posting tergesa-gesa sebab takut lupa tapi nak baiki tak larat maklumlah tengah bertungkus-lumus exam.
Kepada Marni dan Fati.....Petua dia ni tak payah bayarpun Fati.
Masa tu Syam ni baru pandai menyebut nam (maksudnya ENAM). Maklumlah kecik lagi.... So apa yang kita orang buat ialah kita orang tanya soalan-soalan yang berbentuk macam ni:
1) 1 tambah 5....dengan cepatnya dia jawan NAM!
2) 21 tolak 15 ...... pun dengan cepatnya dia jawab NAM!
So kira setakat tambah dengan tolak kira dia jawab tak yah fikir pun.
Kita orang soal dalam English lak
3) 2 times 3 ...... fuh dia jawab betul juga, NAM! Hehe dalam BM
Upgrade sikit soalan bahagi....
4) three thousand divide by five hundred......ha kau main ribu-ribu no tu..... dan dia dengan pantasnya jawab NAM!
So terbuktilah kan dia boleh jawab soalan2 matematik tu semua betul walaupun libatkan ribu-ribu....
Yang aku panggil Bakarudin (arwah) tu sebenarnya saja aje waktu tu dia ziarah rumah aku dan aku amik kesempatan pekenakan dia. Punyalah dia bengang kat aku masa tu.....
Alfatihah buat arwah Bakarudin.......

No such thing as "deleted" on the Internet

It's always fun to write about research that you can actually try out for yourself. Try this: Take a photo and upload it to Facebook, then after a day or so, note what the URL to the picture is (the actual photo, not the page on which the photo resides), and then delete it. Come back a month later and see if the link works. Chances are: It will. Facebook isn't alone here. Researchers at Cambridge University (so you know this is legit, people!) have found that nearly half of the social networking sites don't immediately delete pictures when a user requests they be removed. In general, photo-centric websites like Flickr were found to be better at quickly removing deleted photos upon request. Why do "deleted" photos stick around so long? The problem relates to the way data is stored on large websites: While your personal computer only keeps one copy of a file, large-scale services like Facebook rely on what are called content delivery networks to manage data and distribution. It's a complex system wherein data is copied to multiple intermediate devices, usually to speed up access to files when millions of people are trying to access the service simultaneously. (Yahoo! Tech is served by dozens of servers, for example.) But because changes aren't reflected across the CDN immediately, ghost copies of files tend to linger for days or weeks. In the case of Facebook, the company says data may hang around until the URL in question is reused, which is usually "after a short period of time." Though obviously that time can vary considerably. Of course, once a photo escapes from the walled garden of a social network like Facebook, the chances of deleting it permanently fall even further. Google's caching system is remarkably efficient at archiving copies of web content, long after it's removed from the web. Anyone who's ever used Google Image Search can likely tell you a story about clicking on a thumbnail image, only to find that the image has been deleted from the website in question -- yet the thumbnail remains on Google for months. And then there are services like the Wayback Machine, which copy entire websites for posterity, archiving data and pictures forever. The lesson: Those drunken party photos you don't want people to see? Simply don't upload them to the web, ever, because trying to delete them after you sober up is a tough proposition.
http://tech.yahoo.com/blogs/null/142366

Lawat Syam di SSP

Habis lunch kat Alamanda, kita orang terus pergi ke SSP untuk ziarah Syam. Kali ni aku suruh Irfan pergi ke petugas di PA system untuk urusan panggil Syam. Dengan pakain bola dia, rupa2nya dia buat kerja sambil menyelam minum air. Sambil dia pergi ke situ, sempat juga rupa2nya dia main bola!

Merarau di Rasa, Alamanda

Merarau bermaksud lunch atau makan tengah hari (betul ke Dr. Marniyati?)

Irfan Bertanding 5 Sebelah di Bangi

Permata Petronas. Dia dah excited sebab dah beli shin guard. Tak sabar sebab semalam waktu aku balik dari sekolah (perkembangan staf), dia suruh aku sepak kaki dia rupa2nya dia dah siap pakai shin guard kat tulang kering dia tu!

Main Bowling

Sunday, May 17, 2009

Melawat Shabri

14 Mei yang lalu aku sekeluarga dan kawan-kawan Irfan pergi melawat Muhd. Shabri Aiman Othman yang kemalangan di rumahnya. Sementara Irfan, Kimi dan Aiman melayan Shabri aku dengan orang rumah aku bersembang dengan ibunya Pn. Nurul. Memang tabah Pn. Nurul ni dalam menjaga Shabri. Dalam pada itu baru aku tahu rupa2nya dia secara tidak langsung banyak membantu murid-murid sekolah aku dari segi pencapaian akademik kerana dia menjadi tumpuan untuk mendapatkan bimbingan tuisyen. Memang patutlah si Shabri ni tergolong dalam kelompok teratas dan dalam PKSR baru-baru ni dia dapat no. 1

17.05.09: Jadual Hari Ini

Hari ini memang padat juga jadual aku. Pagi tadi hantar Irfan pergi latihan bola kat Padang Awam BK3. Selain dari itu kita orang nak lawat Syam kat SSP, beli kain untuk baju raya kat KL, lawat orang sakit kat Banting dan tengok pameran The Monsters & Dinosaurs kat Mid Valley Megamall. Hmm...rasanya tak cukup masa untuk ikut semua rancangan tu. Jadi aku dengan orang rumah aku dah putuskan untuk beli kain tu lain kali

Latihan Bola

Seperti pagi-pagi Ahad yang lalu, Irfan akan menjalani latihan bolasepak dari pukul 8 hingga 10 pagi. Kali ini latihan tu akan diadakan di Padang Bola Awam BK3.

Saturday, May 16, 2009

Hari Ibu

Sambutan Hari Ibu emak aku dibuat dengan kehadiran sebahagian besar adik-beradik aku. Cuma abang aku, aku, Asrul dan adik bongsu aku aje yang tak ada sebab semuanya kat Lembah Klang sementara abang aku kerja malam tu. Cuma hadiah aje yang dapat dikirim di samping ucapan menerusi SMS. Terima kasih mak. Love u so much!

Konsert Search

Aku terima MMS dari adik ipar aku Is dah lama (10.05.09) tapi sebab masa tu aku sibuk tak sempat nak buat posting. Dia tengok konsert ni kat JB. Ini isi kandungan MMS dia..... A'kum abg min..tlg masuk kan dlm blog abg min bole?Semalam pegi konsert Search kat stadium tertutup MBJB.Memang best..berbaloi2..yg mengkagumkan ialah walau pun dh "berumur" tapi stamina dia orang mcm 28 tahun dulu..apa2 pun org jb mmg hebat dan rock sbb muzik rock berasal dari JB 28 tahun dulu..tahniah Search

EPL: Akhirnya MU Juara 3 Kali Berturut-Turut

Aku baru aje sampai rumah tapi aku dah tahu yang MU juara melalui SMS yang orang rumah aku hantar......
Dengan keputusan seri dalam perlawanan menentang Arsenal ini maka MU berjaya memperoleh 87 mata dengan baki 1 perlawanan. Di tangga kedua ialah Liverpool dengan 80 mata dan berbaki 2 perlawanan. Namun apapun keputusan baki perlawanan-perlawanan tu dah tak de maknanya kerana juara tetap milik MU.

EPL: Debaran MU vs Arsenal Sudah Bermula

Hanya sebentar lagi perlawanan akan bermula.....tapi aku tak boleh tengok. Huhuhu......

EPL: Malam Penentuan Buat MU

Manchester United hanya memerlukan 1 mata untuk menjuarai Barclay Premier League daripada baki 2 perlawanannya untuk musim ini. Sudah pasti Arsenal dan Hull City akan bersungguh-sungguh cuba menafikan mata tersebut yang pasti bukan bertujuan untuk mereka menjuarai liga ini. Ini memandangkan kedua-dua pasukan ini sudah tiada peluang untuk menjadi juara kerana jurang matanya terlalu jauh untuk memintas MU. Namun bagi Arsenal kemenangan adalah hanya sebagai kepuasan sementara Hull City pula adalah untuk mengelakkan daripada tersingkir dari EPL musim depan anadinya menduduki 3 tangga tercorot. Hanya Liverpool sahaja yang boleh memintas MU dengan syarat ia memenangi kedua-dua baki perlawanannya di samping mengharap MU tewas kedua-dua perlawanan terakhirnya.
Malam ini MU akan bertemu dengan Arsenal di Old Trafford pada pukul 7.40 malam waktu Malaysia. Jika dilihat dari prestasi semasa dan rekod perlawanan baru-baru ini, MU dilihat dengan mudah boleh menundukkan Arsenal namun seperti biasa bola itu bulat. Aku boleh bayangkan betapa berderetnya member-member aku yang memusuhi MU akan berdoa agar MU tewas malam ini. Aku terbayang muka Pak Din, Efy, Usop di samping mereka yang tumpang sama mengharap MU tewas seperti Azrul (abang ipar aku), Raj dan Abang kerena mereka merupakan penyokong kuat Liverpool. Malam ni patutnya aku tengok game ini dengan Pak Din dan Efy tapi ...... ssob, sob!
p/s rupa-rupa ada sorang cikgu sekolah aku ni yang merupakan die hard fan MU (aku baru tahu semalam).

Selamat Hari Guru

Ni dua SMS yang aku terima ....
Before 16th May
Before the battery dies
Before the operators get busy
Before the sms get jam
Let me be the first 2.. Wish You.. HAPPY TEACHER'S DAY!
Tcher is like PEPSI "Ask 4 more"
Tcher is like NIKE "Just Do It"
Tcher is like Nokia "Connecting People"
Tcher is like McD "I'm loving it"
Happy Teacher's day
A teacher takes a hand...opens a mind...and touches a heart. Teachers that love to teach... Create kids that love to learn. "HAPPY TEACHERS' DAY!" I can appreciate coffee without susu, nights without lampu, curry without lembu, burgers without keju, but NOT school without GURU. 'Happy Teacher's Day ! ' Without TEACHERS--dayz are "sadday, "moanday, "tearsday, "wasteday, "thirstday, "fightday, "shatterday" so HAPPY TEACHER'S DAY... ()() ( -_- ) Dear friend.. When A Greeting Is Sent From A Distance, U Cannot Hear WISHES, U Cannot See SMILES, But U Can Sense CARE, That Comes From My HEART... ~HAPPY TEACHER'S DAY! Äpäbìlä röh te£Ã¤h bèrcèräì dèngän jäsädmu dän tìnggä£kän dùnìä, hänyä tìgä pèrkärä yäng tìnggä£ untukmu dì dunìä ìnì, änäkmu yäng sö£eh sö£ehäh, ämä£ järiähmu, dan ketiga I£MU BERMÄNFÄÄT YÄNG DIKÄU BERIKÄN KEPÄDÄ PE£Ã„JÄR-PE£Ã„JÄRMU "selamat hari guru"

Hmmm...baru bernafas semula!

Lama aku tak update blog. Aku ada masalah dengan line internet WiMax kat rumah. Billing system dia very slow, lembab, &@#, (*%...... Aku dah habis berapa banyak sebab banyak kali kol helpline dia dan tiap kali kol amik masa yang lama. Berbeza waktu aku dengan Celcom dulu. Dahlah kol free, dia orang lebih cekap dalam menangani masalah berbanding dengan WiMax aku sekarang ni. Dia orang tak ada decision maker punya level kat helpline tu. Jadi walaupun dia orang tahu itu kesilapan dia orang, dia orang tetap tak boleh revert kesilapan yang dia orang dah buat. Ini menyukarkan client. Kena tunggu department lain kol kita. Dah tunggu berminggu2pun tak kol juga.
So kali ini aku aku tumpang line jiran aku...haha kalau kat UK, dah boleh kena saman.....

Friday, May 8, 2009

Penipuan aktif dalam Malaysia - A lesson from my good friend

Aku aku dapat emel dalam SAJOHA yahoo group - emel dalam emel. Jadi mungkin kita boleh berkongsi pengajaran daripadanya bersama.....(aku tukar merah ke kuning sebab merah sangatlah mak ngah!)
Pada 18/4/09, saya telah menjadi salah seorang dari mangsa kejadian commercial fraud. Saya hilang RM5,000 dalam sekelip mata di ATM machine Sek 11 Shah Alam. Kawan2, tolonglah baca kisah di bawah (sama sebijik dengan apa yang berlaku dengan saya termasuk amount yang diberi) untuk dijadikan panduan. Yang saya merahkan itu semuanya sama. Semuanya nampak real, dan kita transfer duit itu tanpa pengetahuan.
Terima kasih Puan Wan Normila kerana forward email kisah mangsa ini kerana saya penat cerita dengan setiap orang.
Jadi, tak perlulah suruh saya cerita lagi dan berhati-hatilah kerana polis tak boleh buat apa, malah kita dimarah dan dipersalahkan (mungkin juga). Begitu juga dengan pihak bank negara.
Sekian.
Dear frens, The following was written by my colleague in his Facebook. he was recently cheated by this syndicate. Please be careful if this happens to you.. Dear friends, I have been cheated recently. So I would like to share my experience with you all on how the tactic they use. You can forward this to your friends so they will know about it
1) On Saturday, I receive a phone call from AMBank , a system playback message announce that "You have outstanding balance of RM4,982 for the AMBank credit card, kindly make the payment asap. For customer service, please press 1" (This is the first step, they make you angry. When you angry, you lost your mind)
2) Since I do not have credit card service with AM Bank, I press 1 to talk to the customer service. And after providing my name and IC number, the customer service told me that there is a credit card under my name. I respond that I did not applied it before. The customer service say is it possible that people stole your info and make a credit card from it. She suggest me to call the Bank Negara - Pusat Pengurusan Kad Palsu to make a report so that they will investigate on it (saya kena hari sabtu dan perkara terus berlaku hari yang sama). Since it is Sunday, she suggest I make the phone call on Monday and provide me a phone number (kononnya no tel bank negara) 03-8659 0241 (no yang saya dapat adalah 03-27727268 - kawan2 leh try call untuk dengar -memang real. malahan, saya masih boleh bercakap dengan orang itu (miss kee and jacky)...... .....tapi polis tak boleh buat apa......... . duit yang saya transfer kepada lee chee peng ic no 680319085221, saya tanya ambank, orang ini aktif dan dalam hari yang sama dengan saya 18/4/09 ada 3 transaction yang lain........ .......tapi polis tak leh tangkap kononnya saya transfer duit tanpa paksaan, dan orang ini pun tak tahu wujud atau tidak. yang pasti akaun orang JAHAT ini kosong, dia dah transfer pada orang lain melalui internet banking.........AMBANK pun lembab) . (This is a fake number, Bank Negara do not have such department. Bank negara number is 03-2698-8044) 3) On Monday morning, I make a phone call (saya terus buat panggilan hari yang sama) to the given number, I can hear the announcement "Terima Kasih kerana menhubungi Bank Negara..." After that I talk to a guy that speak in Malay (kes saya-bangsa cina cakap melayu jacky nama diberi..huhuhuu. ) He call me back later with the same callerID, and start to ask my detail of complain. He also keep on telling me that if what I say is not true, I will be caught by police and jail. He then ask for all my credit card detail, have I ever use credit card on ATM, my ATM card and the balance. He also told me not to expose the report detail to my friends as it may affected the investigation result. After that he give me a report number and mentioned that a colleague from other department will help me to secure all my bank accounts. (They do this step to make you believe that they are true, so that you will corporate with them) 4) After a while, I receive a phone call from a girl (cina-Miss KEE) , she told me that they have suspend all my bank accounts now. But the ATM card they cannot do it remotely, hence she want me to go to the ATM machine, and key in some special "PIN" to stop the card. After I reach the ATM, she call me and told me that later what I see on screen is not the true info. I just need to key in the PIN given by her. So I just follow the step and key in everything. She then ask me to destroy the transaction slip and throw it away. Then told me within 3 days cannot use my ATM cards and other bank accounts. (Key in the "PIN" at ATM is fake also, those PIN is actually somebody account number and the amount to be transfer.)
My suggestion Always call back to the Bank to verify, are you really have that credit card? Bank always have a tollfree number, including Bank Negara. And you can easily find the real bank number on internet This guy is a Senior Engineer in my office. We can easily say " hiya. how can he be so gullible to listen to the lady on the phone and actually transfer funds out of his account (termasuklah saya orang kata saya stupid, ediot,etc.) and mengikut kata polis, yang kena ni semua educated termasuklah salah seorang dekan UiTM " BUT reality is that when it happens to you - in the panicky situation. you too may lose touch of our sanity for a short period of time (sebab kes saya, saya baru kehilangan ic sahaja, jadi saya ingat ada orang guna identiti saya).... Sekian

Wednesday, May 6, 2009

Akhirnya.....

Keputusan perlawanan adalah 3-1 memihak kepada MU. Haaaa, APA? MU menang? Huh, macam tak caya la pulak Arsenal boleh kalah kat gelanggang sendiri dengan begitu banyak. Agaknya begitulah rungutan penyokong Arsenal (macam Pak Din, Efy, Arbain, Norsham, Am Mansor etc) dan tidak ketinggalan juga oleh musuh MU seperti Usop Muo dan Yusry ex SKS2BK (penyokong Chelsea) , Findi, Raj dan Abang (Liverpool).
Gol-gol telah dijaringkan oleh Park Ji Sung minit ke-8, Ronaldo minit ke-11 dan sekali lagi Ronaldo minit ke-61. Arsenal dapat gol saguhati apabila van Persie menyepak masuk 'hadiah' tendangan penalti yang telah menyebabkan Fletcher dibuang padang. Pada pandangan aku Fletcher tidak patut dipersalahkan kerana kakinya menyepak bola dahulu sebelum mengenai kaki van Persie. Namun apa nak buat sebab umpire terlindung gara-gara berada di belakang mereka berdua. Jadi dia cuma nampak kaki Fletcher diangkat dan diikuti dengan van Persie terjatuh sedangkan melalui tayangan video jelas kelihatan Fletcher menyepak bola dahulu dan follow thru kakinya mengenai van Persie. Kesian dia kerana pasti digantung dan tidak dapat beraksi di final.
Ini tiga orang punya minum. Makannya dah tak nampak sebab dah dikemas kecuali roti bakar Efy yang terbiar akibat tuannya hilang selera akibat kalah.

Game tamat dan kali ini aku yang kena settle bill seperti yang dijanji. Kelihatan sebahagian pelanggan kedai ni beratur nak bayar.

Apa-apapun tempat ini memang happening. Cuma Shahrul dan Hanif aje yang tak ada, kalau tidak pasti lebih meriah. Tengkiu Pak Din!

Muka Efy yang Happy

Happy jugalah akhirnya masa Arsenal dapat 1 gol hasil sepakan penalti van Persie

Arsenal vs MU: Half time

Sementara tengok bola, aku sempat SMS beberapa member di Kedah (Norsham & Am) dan Johor (Said). 03:07:01 am Aku: Askm! Aku tgh tgk bola kat Putrajaya diapit oleh 2 penyokong Arsenal. kali ini kira away utk aku. Hmmm....tapi sian Arsenal dah cicir 3 gol. Jgn marah sham & am. Bravo said! 03:08:34 am Norsham: Lama lg game...hehe 03:23:05 am Said: kirim salamlah kat dia org berdua tu jgn mimpilah nak jadi champion lebih baik settle belanja kau makan aje esok boleh juga aku join sekali 03:34:38 am Aku: Hahaha diaorg pun gelak besar tengok sms kau. Yg sorang ni budak jb dab sorang lagi adik ipar aku..... 03:41:20 am Said: bagitau dia org dah boleh balik tido dah, dah 1/2 time bagitau aje esok lunch kat mana! 04:02:33 am Said: dah boleh baliklah bagitau dia org 04:03:24 am Aku: Dia orang kata panas, panas, panas! 04:05:11 am Said: kuda tua mu dah masuk jawabnya kena lagilah lepas ni 04:08:00 am Aku: Hohoho....berbaloi aku jalan jauh sampai ke putrajaya... 04:10:13 am Said: esok makan t/hari asam pedas kat bb bangi kira settlelah 04:10:42 am Aku: Engkau ni kat mana? Jb ke kat sini? 04:12:20 am Said: aku kat mana2 aje kalau sok jadi settle kat bbb aku joinlah 04:38:05 am Said: pe cita kwn2 arsenal kita tu? 04:39:17 am Aku: Murung, murung.....tak sanggup dia orang nak mengadap kau. Hehe. Alu nak sms norsham lak 04:40:12 am Aku: Eh! Habis dah 45 minit kau tu ya.....sian. Kem salam pd anak MU kau tu 04:42:18 am Norsham: Hehehe..team Arsenal msh dlm development. Tnggu tahun dpn dgn Arshavin main plak...

Champions League: MU vs Arsenal Live Result

Pada minit ke-9 Park Ji Sung membuatkan Pak Din dan Efy membisu bila dia menjaringkan gol pertama. Tak habis lagi aku taip kat hp Nokia E71 aku, Ronaldo score gol ke- pada minit ke-11. Hmmmm...aku rasa Norsham dan Am Mansor yang kat Sungai Petani dan Alor Setar pun bermuram jugalah masa ni.

Pak Din tutup notebook

Bila dah MU lead 2-0, aku tengok Pak Din dah macam hilang mood. Notebook dia pun dah ditutpnya......

Arsenal vs MU: Aku sampai lewat

Seperti yang dijanjikan akhirnya aku sampai juga ke Putrajaya bersama2 'musuh' aku Efy. Aku keluar rumah agak lewat jadi bila sampai dah mula dalam 2 minit. Pak Din dah ready menanti dengan jersi Arsenalnya. Away utk aku dan home utk dia orang berdua. Lokasinya di Restoran Darus Salam, Presint 9. Kat sini tak ada skrin besar, cuma ada banyak tv aje. Tapi wifi ada. Kira OK la...... Enjoy!

Tuesday, May 5, 2009

Champions League: Kehangatan dah bermula.....

Adik ipar aku baru aje sampai rumah dengan baju Arsenal dia yang baru.

Autograf

Dr. Izham, penulis buku ini sedang menandatangan buku aku sebagai kenang-kenangan.