Sunday, July 25, 2010

Terima Kad

Gara-gara si Irfan, aku dengan orang rumah aku menitiskan air mata malam ini. Setelah dia habiskan kerja rumah membuat scrap book tentang vehicles dia naik tidur. Sebelum tidur, seperti biasa dia bersalam dengan aku dan uminya. Lepas tu aku turun ke bawah. Tak lama lepas tu orang rumah aku bawa sekeping kertas. Bila aku baca, tersentuh dan sedih. Tak sangka rupa-rupanya sambil dia siapkan homework dia sempat membuat kad.
Bila aku fikir-fikir dia tak adapun buat salah yang besar hari ini. Cuma aku ada tegur dia agar jaga pakaian supaya tidak terlalu kotor sebab susah nak basuh. Masa aku tegur dia tupun dia dah cakap I'm sorry pa. Seingat aku dia hari ini menceriakan hidup kita orang - rajin jaga adiknya, buat lawak dan siapkan kerja-kerja sekolahnya.
Jangan bimbang Irfan, selagi diizinkanNya, papa dan umi tak akan tinggalkan Irfan. Both of us love you so much....

1 comment:

Marniyati Mohd. Nor said...

Sedih la pula... Irfan... Semoga terus menjadi anak yang baik untuk Umi dan Papa dia...