Monday, September 29, 2008

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1429/2008

Aku mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri serta memohon ampun dan maaf terhadap kesalahan dan kesilapan sama ada dari segi perbuatan, tuturkata mahupun penulisan. Semoga kita mendapat keberkatan daripadaNya.
Saloma - Selamat Hari Raya

Duit Raya

Aku baru aje selesai masukkan duit raya ke dalam sampul. Hmmmm...tahun ini agak berbeza sedikit kerana kaum keluarga aku bertambah dengan begitu drastik sekali (sebelah isteri akulah). Sampul duit raya aku tahun ini ditaja sepenuhnya oleh AmBank (tapi duit rayanya kena taja sendiri la pulak!)

Dah Ready Pack Barang Untuk Beraya

Beg dah siap dipacking, baju rayapun dah digosok oleh orang rumah aku. Tahun ini warna tema baju raya di keluarga sebelah aku ialah jingga (oren) sementara di sebelah keluarga orang rumah aku pulak warna merah jambu (pink). Hari raya pertama aku akan berada di Shah Alam dan Banting iaitu keluarga sebelah orang rumah aku. Awal pagi raya kedua aku akan bertolak dari Banting ke Johor Bahru.
Giliran berhari raya di rumah orang tua aku pada tahun ini ialah pada hari raya kedua. Jadi mengikut perancangannya aku tiba di rumah orang tua aku dalam pukul 12.00 tengah hari. Dah set dengan adik-beradik aku yang lain, acara bermaaf-maafan ialah pada pukul 12.30 tengah hari. Sambil bermaafan, duit raya akan bertukar tangan. Selepas tu acara bergambar beramai-ramai diikuti dengan keluarga adik-beradik bersama emak dan bapak. Lepas daripada tu baru makan dan menziarahi rumah sanak-saudara. Biasanya hari raya berikutnya, akan sambung beraya di rumah sanak-saudara dan diakhiri dengan menziarahi rumah adik-beradik satu persatu.

Sekejap lagi aku nak masukkan duit raya pulak ke dalam sampulnya.

Tahun lepas tema warna baju keluarga aku ialah biru. Tapi ada 2 jejaka yang pakai baju merah!

Sunday, September 28, 2008

aku berbuka di pizza hut, kinrara

Aku hari ini berbuka puasa berdua aje. Mula2 ingat nak buka di IOI, tapi terpaksa cancel sebab kena tunggu dalam pizza hut tu dari pukul 5.30 ptg. So lepas beli kasut org umah aku kat jusco tu, terus gi beli juada sahur di kem kinrara. Pastu terus ke giant. Nasib baik ada satu meja kosong terus je book. Tapi masa lagi 4 minit buka (7.08 pm), tau aje la pizza ni kan lambat sikit. So aku beli air kotak utk buat buka awal. Ni dah kul 7.25, aku masih tgu mknan sampai. Ada wifi servis, bolehlah nokia e51 surf internet.

Baju Raya 2008

4 helai t-shirt Syam, jam tangan Syam, jam tangan Ira, 1 psg kasut+4 baju+2 seluar raya irfan

jangan lupa lirik

Aku tengok rancangan ni (ulangan aku rasa). Pesertanya kali ini hafiz dan pelampung dia kakak2nya. Hebat tiga beradik ni. Dia dah sampai ke tahap RM50000. Talian hayat habis dah. Lagunya Dan nyanyian Sheila On 7 dan kena isi 15 tapak. Mamat ni memang kool dan dapat isi 15 tapak tu dengan selamber je. Tapi bila kena sergah dgn Aznil, akhirnya dia tarik diri. Maka dapatlah dia bawak balik RM25,000. kalau tidak dia cuma dapat RM5,000 hanya kerana beza 1 huruf aje dalam 15 perkataan yang dia berikan. Dia sebut berpijak tapi rupa-rupanya yang sebenarnya berpijar. Dengan itu dia dapat selamatkan RM20000! Mimbar, bila kau nak masuk Jangan Lupa Lirik ni....

Saturday, September 27, 2008

Shopping Pakaian Raya di MidValley

Penat juga di tengah-tengah kesesakan di Mid Valley ni untuk beli baju raya. Alhamdulillah, dapatlah semua yang budak-budak punya....buka kali ni dia orang request kat Johnny's Steamboat. Orang rumah aku kol Alamanda...fully booked. Kat Mid Valley ni tak ada so mintak no telefon Johnny di Summit, Subang. Dapat juga buat booking akhirnya.

Shopping Baju Raya

Jap lagi aku akan ke Midvalley dengan isteri dan anak-anak untuk belikan baju raya dia orang. Harap-harap tak sesak nak ke sana dan di dalam sana.

Friday, September 26, 2008

Selamat Hari Raya

Yay! In one week's time, we will be celebrating Hari Raya.

Wednesday, September 24, 2008

Irfan: Is Back to School

today irfan went back to school. My wife fetched him last night at shell in seksyen 24 shah alam. So today he break his fasting with my wife. I was at ukm. When i reached home i saw dinosaur book on the couch. I asked him where did he get that book. He said given by his friend which he dont know the name. My mind keep mingling thinking about it. Then i found the answer while packing his school bag for tomorrow. I saw wrapper for d book and written girl's name on it-his birthday present!

Majlis Berbuka di Puri Pujangga, UKM

Tadi pelajar kelas aku mengadakan majlis tu bersama pensyarah. Gambar ni aku dengan penghulu En. Ismail Supandi.

Tuesday, September 23, 2008

Again!

All are prepared but the boy is still not there!

Drama yang menyentuh hati

Aku rasanya dah bertahun tak tengok drama. Entah macam mana hari Ahad semalam dan malam sebelum tu aku tertengok dua cerita yang hampir sama mesej pengajarannya. Kedua-dua cerita mengisahkan pengakhiran mereka yang derhaka. Cerita yang mula-mula (kalau tak silap aku tajuk dia Ihsan) mengenai siksa seorang anak yang derhaka terhadap ibu dan bapanya sewaktu melalui sakaratul maut, bau mayat yang teramat busuk, keranda lebih berat daripada biasa dan kubur yang tidak mahu menerima mayat orang yang derhaka. Akhirnya apabila diampunkan oleh sibapa, barulah mayat tersebut dapat ditanam. Namun beratus-ratus ulat kelua dari mukanya. Kisah kedua pula adalah dari produksi Ogy Ahmad Daud utamanya ialah adiknya, Fazlina Ahmad Daud. Amat mengesankan. Juga mengenai derhaka dan pengamal ilmu sesat.
Kisah 1:
menceritakan kisah seorang anak lans korporal di mahkamah yang melanjutkan pengajiannya di luar negara dalam bidang undang-undang (lakonan boy friend Diana Rafar - lupa nama dia). Bila balik ke tanah air, sebenarnya emak dia (lakonan Kartina) mengharapkan dia jadi majistret tapi dia tak mahu. Sebaliknya dia nak membuka firma guaman - boleh dapat duit banyak dan akan bantu kedua orang tuanya, janjinya. Dia dah ada girl friend (anak Dato') masa study tapi gf dia bungkus sekerat jalan. Rupa-rupanya dia ni menyamar pada gf dia yang dia ni konon-kononnya anak diplomat. Kesukaan Dato' bila dapat tahu bf anaknya dari keluarga berada.
Untuk membuktikan kekayaannya, dia membuka firma guaman. Cantik pejabatnya. Duit dia dapat dari hasil pujukannya mendapatkan geran tanah bapanya. Bila dah ada firma dia tak balik2 rumah. Rakan-rakan ayahnya di mahkamah hairan kerana tidak sekalipun anaknya ada kes di mahkamah. Tapi ayahnya cover line...kata dia anaknya ambil kes korporat sahaja. Tapi bila tanya di mana pejabat anaknya, si bapa sendiri tidak tahu. Anaknya memang merahsiakan lokasi pejabat dari pengetahun ibubapanya. Walau bagaimanapun interpreter mahkamah tolong carikan alamat. Maka si bapa pun ke pejabat tersebut...alangkah terperanjatnya dia bila tahu anaknya dah edarkan kad untuk majlis perkahwinannya tanpa pengetahuan kedua ibubapanya. Alangkah hancurnya hati si bapa lalu pulang ke rumah memaklumkan kepada isterinya. Si ibu mahu menghadiri majlis tersebut walaupun dihalang oleh si bapa (kerana anaknya tidak menjemput). Majlis pernikahan dibuat di masjid. Sebelum akad, si anak berlakon konon-konnya menelefon kedua ibubapanya di depan bakal mertuanya bertanyakan mengapa masih belum sampai di masjid tersebut. Walhal dia tidak telefonpun, berlakon aje....(penipu!). Kononya ibubapanya stranded dan minta majlis tu diteruskan. Maka setujulah mereka untuk akad nikah tanpa kehadiran kedua ibubapa pengantin lelaki. Kemudian dari jauh, tiba-tiba pengantin lelaki ternampak ibunya yang cuba hadir ke majlis tersebut. Diapun dengan tergesa-gesa mendapatkan si ibu dan menghalaunya dari situ kerana ia hanya memalukan si anak. Si ibu berkeras lalu si anak mula menggunakan kekerasan. Dalam usaha tersebut, si bakal isteri muncul dari belakang lalu pengantin lelaki terus berlakon mengatakan perempuan itu adalah pelanggannya dan datang ke situ kerana minta bantuan darinya. Lalu ditinggalkanlah si ibu tua.
Diringkaskan cerita, bisnes dia tak jalanpun. Enjoy sakan bukan main. Akhirnya kereta kena tarik, pejabat kena rampas dan rumahpun tergadai. Ditinggalkan isteri. Isterinya sehingga ke saat itu masih tidak tahu bahawa suaminya adalah anak polis. Maka gilalah anak tadi. Setelah lima tahun, dengan bantuan majisterit, interpreter dan polis mahkamah, mereka dapat membawa si anak ini ke kampung orang tuannya. Sesampai di kampung didapati siibu baru sahaja menghembuskan nafas terakhirnya. Maka berlarilah si anak mengesali perbuatanya dan akhirnya mati di tepi sungai akibat batuk darah. Sewaktu memandikan mayatnya, busuk menusuk hidung hingga hampir semua orang muntah. Apabila mayat diusung, mayat si ibu mudah dibawa tetapi mayat si anak tidak terangkat secara biasa. Apabila cuba ditanam, ia tidak dapat dimasukkan ke dalam liang lahat. Akhirnya pak imam meminta si bapa mengampunkan anaknya dengan ikhlas. Sebaik bapanya mengampunkan dosa anaknya itu, barulah mayat tersebut dapat dimasukkan ke dalam kubur. Sebaik mahu dikambus, datanglah si isteri yang ingin melihat wajah suaminya kali terakhir. Apabila dibuka dilihat beratus-ratu ulat menghurungi wajahnya.
Marilah kita bersama-sama mengambil ikhtibar daripada cerita tersebut. Pernahkah kita menyinggung hati orang tua kita. Kekadang dalam kesibukan tugas, kesibukan melayani keluarga, kesibukan dengan rakan-rakan menyebabkan kita terlupa akan kedua orang tua. Tak perlu tunggu aidil fitri untuk memohon keampunan....
Kisah 2:

Monday, September 22, 2008

EPL: MU di Stamford Bridge

Semalam sempat aku tengok separuh jalan perlawanan di antara Red Devil dengan The Blues di London (away). Adrenalin memang tak henti-henti mengalir kerana gamenya memang best tengok. Walau bagaimnanapun nasib tidak menyebelahi MU pasal Chelsea akhirnya berjaya menyamakan kedudukan 1-1. Gol MU dijaringkan oleh Park Ji Sung sementara Malouda membalas untuk Chelsea. Hmmm...Yusri mesti lega dengan result ni. Ronaldo buat pertama kali turun main di EPL tapi persembahannya kurang menyengat. Dengan keputusan seri, MU gagal memecah rekod tanpa kalah Chelsea di gelanggang sendiri (ntah tak ingat lak berapa game)

Irfan: I'm so sorry son

Hari ini setiap kali aku melihat baju sekolah Irfan yang tergantung rapi di ruang tamu membuatkan hati aku amat sayu. Baju sekolah kebangsaan dan KAFA yang sudah disiapkan oleh isteri aku tergantung tanpa dipakai oleh tuannya. Begitu murah ego yang mengorbankan pengajaran dan pembelajaran Irfan hari ini - RM3.20! Ego yang datangnya dari seseorang yang mendakwa dirinya terpelajar, berpelajaran tinggi dan pakar motivasi. Mangsa ego yang berharga RM3.20 itu tidak lain dan tidak bukan ialah anak kecil yang sepatutnya dapat belajar dan bergelak ketawa bersama rakan sekelasnya. Apakah ertinya jika engkau membanggakan pakaian kau yang berjenama, pakaian kau yang sedondon, pakaian kau yang matching dari hujung rambut ke hujung kaki andainya jauh di sudut hati kau tidak ada sekelumit perasaan belas ihsan melihat anak kecil yang sepatutnya bersekolah ditinggalkan keseorangan di rumah.

Saturday, September 20, 2008

me and my bro in law

Sepet

Skrg kat astro ria tgh main citer ni. Aku tak pernah tgk penuh. Tapi sejak lecturer Dr. Love cerita pasal pengarahnya, yasmin ahmad, tetiba teringin nak nengok smp abis lak. Tadi montaj awal pembukaan citer ni pun so cute. Dia guna coretan pen melukis dan menulis ttg pelakon dan kru filem ini. Yasmin Ahmad ni sama flight dgn aku masa ke Bali hari tu. Dia berbaju kebaya dan dgn beberapa org lg yg aku rasa kru dia. Salah sorang dr nya duduk sebelah aku. Masa aku balik, yg duduk sebelah aku tu pun balik sama. Yasmin ni tak sombong, keep smiling pd org. Hmm...boleh tgk smp abis ke kali ni?

Esok Mertua Berbuka Sama di Kinrara

Tadi kami bertiga dapat juga akhirnya berbuka puasa di Johnny, Alamanda. Kita org smp situ ngam2 tengah bang. Meja dah ready kat luar tp makanan belum ada lg sb belum order. So sementara nak order dan makanan siap, telan kurma dulu yang disediakan.Lepas tu seperti biasa kalau ada Irfan di Alamanda ni, mesti kena beli Famous Amos dia. So belikanlah untuk dia dan bekal untuk Syam dan Ira. Esok kita org jemput my in law buka kat umah. So kena beli barang nak masak untuk esok. Mana lagi kalau tak kat giant kinrara.

Friday, September 19, 2008

Cari Juadah Berbuka Puasa di Sri Serdang

Hujung minggu lepas, kita berdua sempat ke Sri Serdang untuk mencari juadah berbuka. Banyak gerai, banyak jenis juadah dan ramai yang mengunjunginya. Harga di sini murah berbanding di kinrara. Kueh semua tempat rm1 untuk 3. Memang Happening! Hari ini kita bertiga insyaallah akan buka di johnny alamanda. Dah lama tak makan steamboat. Rabu lepas kita org cuba juga ke situ, tapi tak dapat sb fully booked. So hari ni kita org book thru phone, itupun dapat seat kat luar.

Rutin Jumaat

Setiap kali aku ke kuliah, bila tiba hari Jumaat dari UKM aku akan ke sekolah untuk ambil Irfan waktu dia balik sekolah. Masa bukan bulan posa, aku uruskan makan dan pastikan dia pergi solat Jumaat. Tapi dalam bulan posa ni cuma uruskan solat jumaat je. Tadi aku pergi jemput dia dgn org rumah aku. Kali ni aku park keta kira2 158m dr pintu pagar. Aku mintak dia jalan ke kereta, dia kata tak boleh. Bulan posa, letih. Jadi kenalah org umah aku jemput dia. Habis solat aku anta org umah balik ke ofis dia dan aku ke UKM semula. Irfan ke KAFA dengan kak izan dia.

Sibuk dgn urusan majlis berbuka dgn pensyarah

Hari Rabu depan, insyaAllah akan diadakan Majlis Berbuka Puasa Bersama Para Pensyarah. Oleh itu dalam kesibukan dengan kuliah dan assignments, masing-masing masih sempat menguruskan tugasan awal majlis tersebut.
Tan sibuk menulis kad jemputan

Tuesday, September 16, 2008

Kereta Aku Langgar Lagi!

Aku hari ni kelam kabut balik dari kelas UKM sebab nak kejar ambil Irfan kat guard post sekolah. Dia kol aku masa aku tengah lecture beritau tak nak pergi kelas KAFA sebab letih katanya. Bila dah tak larat pujuk, terpaksalah aku benarkan. Tapi bila dia tak pergi KAFA masalahnya ialah dia tak ada kenderaan yang hantar dia balik rumah. So dia tunggu dalam ofis aku, dalam pukul 4+ dia pergi ke guard post. Guard tu ada kol aku offer nak hantar Irfan balik rumah. Aku tolak sebab aku nak IrfaN rasa rugi tak pergi KAFA jadi dia kena balik lewat. Kalau dia pergi KAFA, pukul 5 dia dah sampai rumah, tapi bila dia tak pergi dia kena tunggu sampai pukul 6 untuk aku ambil dia. Aku rush dari UKM ambik highway bangi sg besi. Bila keluar tol sg besi jam pulak. Rupa2nya ada accident kat bawah jejantas lepas petronas. Akhirnya aku sampai pukul 6. Bila dah ambil dia, aku lecture dia masa odw balik rumah. Kat traffic light tepi petronas bk5 aku stop. Bila hijau, semuanya meluru ke depan. Tiba2 kereta depan aku stop, apa lagi emergency brake ler aku. Pun kereta aku menggelongsor langgar kereta depan. Lampu tukar merah. Aku tengok dari belakang kereta dia tak ada apa2. Aku bagi isyarat tangan suruh kereta depan aku ke tepi. Dia tengok dari cermin isyarat aku tu. Bila hijau, kita orang bergerak dan berhenti di kiri tempat lapang sikit. Nampak aku turun kereta, dia pun turun kereta. Lady driver rupanya. Dalam nada agak gementar dia terus kata sori sebab tiba2 ada motor cross depan dia. Aku tanya kereta dia ada rosak tak? Bila dah periksa, confirm kereta dia ok. Kereta aku kemek dan plat nombor pecah. Dia risau tengok kereta aku, tapi aku kata tak apa. Hmmm...tanggunglah sendiri.

Saturday, September 13, 2008

13.09.08: Pertemuan Merah dan Merah Sudah Bermula

Manchester United (the Red Devil) berkunjung ke Anfiled bertemu dengan Liverpool . Ada beberapa pemain baru. Manchester United dengan Barbatovnya sementara Liverpool dengan Keane. Kedua-dua oemain ini dibeli daripada Totenham Hotspur. Ha ha ha permainan baru je 2 minit lebih, MU dah lead 1-0. Tevez score hasil hantaran lintang Barbatov. Hmmm...Raj dan Abang, sabar ya... Alamak minit ke-27, own goal lak by Wes Brown. First half ends with 1-1. The passion is there! MU brings in Giggs to replace Carrick to begin the second half. Siullll je. Minit ke-77 Babel score untuk Pool lak! Hah! Vidic kena kad merah lak minit ke-89. Abisla cam ni. Mesti Abang dengan Raj keseronokan.

Berbuka di Kinrara

Ahad lepas 7 September , kakak ipar aku dengan anaknya Dania datang ke rumah aku berbuka puasa. Orang rumah aku masak lemak sawi dengan sambal tumis udang dan ikan goreng.

I'll miss him this weekend

Managed to make sure he finish his homework-science & jawi. My wife help him after she came back from her 'buka puasa' at ioi rst. Back from sending my son to his mum (meeting point is at IOI), received a phone (11.15 pm) call from my second daughter, Syamira. She has qiamullail this weekend so she need to 'export/import'. During my day in hostel, no such vocabulary in our dictionary.

Thursday, September 11, 2008

Inilah Hobi Anak Aku

Aku tiap hari periksa beg anak aku. Sama ada tengok kot2 ada homework atau ikut jadual waktu dia - sekolah dan KAFA. Mula2 sikit je gambar2 yang dia lukis, tapi makin lama makin banyak lak. Tapi apa2pun masa kat imigresen tu hari masa buat pasport dua anak aku, ada seorang budak perempuan cina sanggup pindah tempat duduk dari belakang ke sebelah anak aku ni semata2 nak tengok dia lukis Ben10.

Wednesday, September 10, 2008

Semangat Kemerdekaan Masih Di Sini

Gambar ni aku ambil di Fakulti Pendidikan. Untung pokok ni sebab tidak kesejukan di musim hujan ni.

08.09.08: Kemalangan di UKM

Hari pertama waktu break aku menghala ke Kajang nak cari tempat cuci kereta. Punyalah kotor kereta aku, sampai kaler hitampun dah macam gold. Dalam perjalan tu, aku tersangkut kat kesesakan lalulintas akibat kemalangan ini. Ia berlaku betul-betul di depan pintu pagar bangunan sekuriti UKM.

13 September 2008: Tarikh Yang Dinantikan

Apa yang menarik bakal berlaku pada tarikh tersebut? Aku percaya seluruh dunia dan tidak terkecuali di Malaysia, ramai yang tidak sabar dan berdebar-debar menantikannya. Cubalah teka (klu: Merah). Ada hadiah yang disediakan....

Monday, September 8, 2008

Sebulan ni aku kat UKM

Mulai hari ini sampai 7 Oktober aku berada di UKM.

Page Not Found!

Pagi tadi, pukul 7.22 masa aku tengah drive hantar anak aku ke sekolah, Member SMS tanya 'Napa aku nak baca Ramalan AAA Meleset tak boleh?'. Hmmm heran juga aku. Sebenarnya malam tadi akupun jumpa masalah yang sama masa klik hyperlink PKPGB yang bertajuk 'Kuasa Allah'. Tengah aku memikir apa maalahnya, tup2 3 minit lepas tu Member SMS lagi beritau diapun tak boleh akses link PKPGB tu. Bila aku tiba umah, aku cuba akses blog aku, OK je tapi posting 'Kuasa Allah' dalam PKPGB tu masih tak ok. Untuk selesaikan masalah aku cuba2 buat posting baru dalam blog aku. Manalah tahu kot2 dia purge posting ramalan tu dan masalah tadi selesai.
Member, kalau dah ok kau beritau aku

Sunday, September 7, 2008

Ramalan AAA Meleset

AAA ni telah membuat ramalan pada bulan lepas (kalau kau ornag nak tau, rajin2lah selak posting yang lepas - hmmm...ni macam mendera je). Akupun sebenarnya tak kenal siapa AAA ni. Tapi rasa2nya aku boleh agak... So AAA, nak buat ramalan baru lagi tak? Apa2 pun AAA terima kasih kerana mendoakan.

Ziarah Syam

Aku pergi melawat dia dgn orang umah aku petang tadi. Irfan tak nak ikut (guessla why). Ceria je dia. Aku bwk air kotak susu coklat dgn oreo spt yg dipesan melalui telefon pagi tadi. Hostel dia lenggang aje sebab ramai yang pergi bazar ramadhan di putrajaya. Bas sekolah ssp yang membawa dia orang. Tapi anak aku ni tak keluar sebab kata dia, lesen keluar dia kena tarik 1 kali akibat balik lambat ke hostel lepas cuti pertengahan penggal yang lalu. Balik lambat sebab gi Gold Coast!

Saturday, September 6, 2008

Anak Aku Tengah Sibuk Main PS2

Seperti biasa, setiap bulan Irfan akan tuntut game PS2 baru. Aku sebenarnya heran juga nape dia tak mintak2 walaupun September dah seminggu. Aku ingat dia dah tak minat, rupa2nya dia terlupa. Tadi petang bila dia teringat, lepas buka dia terus ajak gi beli. So pergila aku dgn orang umah aku ke Giant di kedai biasa tu temankan dia beli. Seperti biasa amoi kedai yg dah memang kenal dia terus layan dia. Dia ni memang cerewet sikit kalau pilih game. Akhirnya RM5 bertukar tangan dengan sekeping DVD PS2! Irfan hujung minggu ni mak dia tak ambil. Minggu depan katanya akan ambil bawak ke Terengganu. So far dah 6 hari dia posa ok je tanpa masalah kecuali hari ke-3. Merayu2 dia nak buka posa pasal haus. Masa tu dah pukul 5 lebih (ptg). Bulan posa ni dia abis kelas KAFA awal pukul 4.30 ptg. Dia kata masa kat KAFA tadi dia berlari sebab tu haus. Tapi aku tak izinkan. Nangis jugalah dia tapi akhirnya alhamdulillah habis juga dia posa.

Azman Wahab: Swimming Instructor la...

Baru malam tadi Usop sms aku beri no hp azman wahab. Aku terus kol dia. Sembang lama juga tapi terganggu sebab ada delivery ke rumah aku telefon bertanyakan arah jalan ke umah aku. Rupa2nya Latifah yg terjumpa mamat ni. Bila dapat no hp azman, dia terus beritau usop/member. Dan kalau no dapat pada mamat 2 org ni, dah pasti la rangkaian yg lain dapat sama. Apa yg menarik yg sempat azman cerita ialah dia ajar anak Mr. Malek Khiew & Marmining (dua2 ni cikgu kita orang dulu) belajar berenang. Hidup ni memang ibarat roda!

Dah 3 Hari Aku Tak Update Blog: Member Dah Tegur

Entah apa yang aku sibukkan eh? Mulai Isnin ni aku ke kuliah semula selama sebulan. Jadi nak delegate kerja2 aku pada orang kanan aku dan yang paling penting ialah 7 assignments yg perlu aku siapkan. Apa2pun aku ada contribute dalam blog sainsjohor tu... Selamat Berpuasa!

Wednesday, September 3, 2008

Sedapnya...munch munch

Tapi jangan salah sangka, gambar ni diambil sebelum bulan posa. Setakat ni dah 3 hari posa Irfan masih cukup. Dia ni dah mula posa penuh sejak berumur 6 tahun lagi.