Aku rasanya dah bertahun tak tengok drama. Entah macam mana hari Ahad semalam dan malam sebelum tu aku tertengok dua cerita yang hampir sama mesej pengajarannya. Kedua-dua cerita mengisahkan pengakhiran mereka yang derhaka. Cerita yang mula-mula (kalau tak silap aku tajuk dia Ihsan) mengenai siksa seorang anak yang derhaka terhadap ibu dan bapanya sewaktu melalui sakaratul maut, bau mayat yang teramat busuk, keranda lebih berat daripada biasa dan kubur yang tidak mahu menerima mayat orang yang derhaka. Akhirnya apabila diampunkan oleh sibapa, barulah mayat tersebut dapat ditanam. Namun beratus-ratus ulat kelua dari mukanya. Kisah kedua pula adalah dari produksi Ogy Ahmad Daud utamanya ialah adiknya, Fazlina Ahmad Daud. Amat mengesankan. Juga mengenai derhaka dan pengamal ilmu sesat.
Kisah 1:
menceritakan kisah seorang anak lans korporal di mahkamah yang melanjutkan pengajiannya di luar negara dalam bidang undang-undang (lakonan boy friend Diana Rafar - lupa nama dia). Bila balik ke tanah air, sebenarnya emak dia (lakonan Kartina) mengharapkan dia jadi majistret tapi dia tak mahu. Sebaliknya dia nak membuka firma guaman - boleh dapat duit banyak dan akan bantu kedua orang tuanya, janjinya. Dia dah ada girl friend (anak Dato') masa study tapi gf dia bungkus sekerat jalan. Rupa-rupanya dia ni menyamar pada gf dia yang dia ni konon-kononnya anak diplomat. Kesukaan Dato' bila dapat tahu bf anaknya dari keluarga berada.
Untuk membuktikan kekayaannya, dia membuka firma guaman. Cantik pejabatnya. Duit dia dapat dari hasil pujukannya mendapatkan geran tanah bapanya. Bila dah ada firma dia tak balik2 rumah. Rakan-rakan ayahnya di mahkamah hairan kerana tidak sekalipun anaknya ada kes di mahkamah. Tapi ayahnya cover line...kata dia anaknya ambil kes korporat sahaja. Tapi bila tanya di mana pejabat anaknya, si bapa sendiri tidak tahu. Anaknya memang merahsiakan lokasi pejabat dari pengetahun ibubapanya. Walau bagaimanapun interpreter mahkamah tolong carikan alamat. Maka si bapa pun ke pejabat tersebut...alangkah terperanjatnya dia bila tahu anaknya dah edarkan kad untuk majlis perkahwinannya tanpa pengetahuan kedua ibubapanya. Alangkah hancurnya hati si bapa lalu pulang ke rumah memaklumkan kepada isterinya. Si ibu mahu menghadiri majlis tersebut walaupun dihalang oleh si bapa (kerana anaknya tidak menjemput). Majlis pernikahan dibuat di masjid. Sebelum akad, si anak berlakon konon-konnya menelefon kedua ibubapanya di depan bakal mertuanya bertanyakan mengapa masih belum sampai di masjid tersebut. Walhal dia tidak telefonpun, berlakon aje....(penipu!). Kononya ibubapanya stranded dan minta majlis tu diteruskan. Maka setujulah mereka untuk akad nikah tanpa kehadiran kedua ibubapa pengantin lelaki. Kemudian dari jauh, tiba-tiba pengantin lelaki ternampak ibunya yang cuba hadir ke majlis tersebut. Diapun dengan tergesa-gesa mendapatkan si ibu dan menghalaunya dari situ kerana ia hanya memalukan si anak. Si ibu berkeras lalu si anak mula menggunakan kekerasan. Dalam usaha tersebut, si bakal isteri muncul dari belakang lalu pengantin lelaki terus berlakon mengatakan perempuan itu adalah pelanggannya dan datang ke situ kerana minta bantuan darinya. Lalu ditinggalkanlah si ibu tua.
Diringkaskan cerita, bisnes dia tak jalanpun. Enjoy sakan bukan main. Akhirnya kereta kena tarik, pejabat kena rampas dan rumahpun tergadai. Ditinggalkan isteri. Isterinya sehingga ke saat itu masih tidak tahu bahawa suaminya adalah anak polis. Maka gilalah anak tadi. Setelah lima tahun, dengan bantuan majisterit, interpreter dan polis mahkamah, mereka dapat membawa si anak ini ke kampung orang tuannya. Sesampai di kampung didapati siibu baru sahaja menghembuskan nafas terakhirnya. Maka berlarilah si anak mengesali perbuatanya dan akhirnya mati di tepi sungai akibat batuk darah. Sewaktu memandikan mayatnya, busuk menusuk hidung hingga hampir semua orang muntah. Apabila mayat diusung, mayat si ibu mudah dibawa tetapi mayat si anak tidak terangkat secara biasa. Apabila cuba ditanam, ia tidak dapat dimasukkan ke dalam liang lahat. Akhirnya pak imam meminta si bapa mengampunkan anaknya dengan ikhlas. Sebaik bapanya mengampunkan dosa anaknya itu, barulah mayat tersebut dapat dimasukkan ke dalam kubur. Sebaik mahu dikambus, datanglah si isteri yang ingin melihat wajah suaminya kali terakhir. Apabila dibuka dilihat beratus-ratu ulat menghurungi wajahnya.
Marilah kita bersama-sama mengambil ikhtibar daripada cerita tersebut. Pernahkah kita menyinggung hati orang tua kita. Kekadang dalam kesibukan tugas, kesibukan melayani keluarga, kesibukan dengan rakan-rakan menyebabkan kita terlupa akan kedua orang tua. Tak perlu tunggu aidil fitri untuk memohon keampunan....
Kisah 2:
No comments:
Post a Comment