Monday, August 31, 2009

Sunday, August 30, 2009

Mancing, mancing, mancing

Ikan bakar, kerang bakar dan sekarang air bakar

semalam aku ke bazar ramadhan bk5 untuk cari juadah berbuka puasa. Deretan gerai dah makin banyak. Dalam aku bergerak dari gerai ke gerai, tetiba kita orang terkejut bila penjual air menjerit 'air bakar! air bakar!' aku dgn org umah berkerut dahi sebab tak leh nak bayangkan air bakar tu macam mana, rupa dia macam mana, rasa mana dia buat ... belum sempat kita org tanya, penjual air tu jelaskan 'nama saya Bakar, jadi saya jual air Bakar ler'. Pulak...

Kat Ariani

Aku dgn org umah ke KL. Dia tengah sibuk cari tudung. Seperti biasa kalau kat Ariani ni, aku kena duk luar le...

EPL: MU Menang

Walaupun MU ketinggalan 0-1 hasil jaringan Arshavin akhirnya MU menang juga 2-1. Rooney menjaringkan gol menerusi penalti dan gol sendiri oleh Diaby. Aku dgn pak din tengok kat sri fairus, saujana puchong

Saturday, August 29, 2009

EPL: MU bertemu Arsenal

Malam ini pertemuan pasukan top four akan menemukan penyandang juara MU dan the Gunners di Old Trafford. Memang ramai yang menantikan pertemuan hebat ini. Arsenal memulakan langkah awal dalam pertandingan liga dengan begitu bergaya sementara MU pula agak dicacatkan apabila tewas di tangan pendatang baru Burnley.
Pak Din nampaknya macam dah ajak tengok kat skrin besar aje dalam komen dia kat posting Puchong's Uptown. Si Usop Rompin pulak siap nak masukkan dalam doa lepas witir agar MU kalah malam ni. Hmmmm....hangat-hangat.
Petikan dari Utusan Online Pertembungan hebat dua gergasi MANCHESTER - Arsenal akan berkunjung ke Old Trafford menentang Manchester United awal pagi esok dalam perlawanan yang bakal membangkitkan semula memori saingan getir sebelum ini. Selepas satu dekad pergaduhan bagi merebut gelaran liga, imej Roy Keane di terowong bersama Patrick Vieira, Martin Keown meraikan sepakan penalti yang gagal disudahkan Ruud van Nistelrooy dan cerita-cerita tentang 'pergaduhan piza' diikuti kemenangan United ke atas Arsenal masih lagi segar dalam ingatan. Permusuhan antara kedua-dua pasukan telah berkurangan sejak beberapa tahun kebelakangan ini tatkala Arsenal semakin pudar daripada gambaran tersebut. Namun pertemuan antara kedua-dua pasukan dalam separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah musim lepas yang mudah dimenangi United dan permulaan mengagumkan Arsenal awal musim ini bakal menyaksikan perlawanan hujung minggu ini dijangka berlangsung sengit. Para pemerhati dan pengkritik berbaris memberitahu pengurus Gunners, Arsene Wenger tahun terbaik pasukannya terlalu jauh dengan pasukan sekarang, tetapi pengurus dari Perancis itu mempertikai keputusan tersebut dan mempertahankan kemampuan pasukannya bagi menjuarai Liga Perdana England (EPL). Selain tidak memenangi sebarang piala sejak 2005, Wenger menolak perkara tersebut mengganggu dirinya dan mempertahankan barisan pemain muda mampu membantu Arsenal menjadi sebuah pasukan yang hebat. "Pasukan yang purata umur pemainnya 28 atau 29 tahun boleh menunjukkan peningkatan sehingga lima peratus tetapi pasukan yang berumur purata 22 tahun mampu meningkat sehingga 30 peratus. "Namun saya tetap yakin kerana kami mempunyai kualiti, kami mempunyai sikap, kami mempunyai bakat dan kami mempunyai cita-cita. "Saya yakin kami boleh beraksi dengan baik dan berharap kami dapat mengejutkan ramai orang. "Saya membayangkan hanya satu arahan dan ia mampu membawa Arsenal ke puncak serta yang lain boleh melakukan apa yang mereka mahu," katanya. Sir Alex Ferguson akan menjadi salah seorang dari individu yang akan cuba untuk menghalang Wenger bagi mencapai niatnya dengan menjuarai EPL tetapi permulaan musim United tidak terlalu meyakinkan menjelang lawatan Arsenal ke Old Trafford. Tewas 1-0 kepada pendatang baru, Burnley merupakan kejutan terbesar dan ramai yang berpendapat United tidak sehebat tanpa Cristiano Ronaldo yang berhijrah ke Real Madrid. Bagaimanapun United akan menanti kehadiran Arsenal berbekalkan kemenangan 5-0 ke atas Wigan, satu respons yang baik terhadap kritikan yang diberi ketika tewas di Turf Moor. "Dengan baki 35 perlawanan lagi, anda tidak boleh menanggap perlawanan ini muktamad. Tapi apa yang paling bermakna ialah musim lepas kami memberikan enam mata kepada Liverpool, lima kepada Arsenal dan dua kepada Chelsea. "Kami perlu berhati-hati dan melakukan yang terbaik untuk perlawanan ini. Satu peluang bakal tiba Sabtu ini dan kita berharap untuk mencapainya," kata Ferguson. Pasukan tersebut telah beraksi dengan baik dengan diketuai oleh Wayne Rooney sejak ketiadaan Ronaldo dan dia telah membalas kepercayaan Ferguson selepas menyajikan permulaan yang baik di awal musim apabila menjaringkan empat gol dalam tiga perlawanan. United dilihat memerlukan kekuatan menentang Arsenal tetapi dia yakin, dia mampu memenuhi tuntutan Ferguson dengan menjaringkan 25 gol musim ini. "Sudah tentu 25 gol merupakan sasaran, di mana saya harap dapat mencapainya. "Saya selalu berkata saya harus menjaringkan lebih banyak gol dan berharap saya melakukannya musim ini. Saya selalu dapat apa yang saya mahukan. "Pengurus telah mengeluarkan kenyataan dan berkata saya akan beraksi sepanjang musim, jadi saya sangat gembira," kata Rooney. Arsenal berjaya mara ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah selepas menewaskan Celtic awal minggu ini tetapi masih belum mendapat keputusan sama ada mampu menurunkan ketua pasukan, Cesc Fabregas, yang mengalami kecederaan urat pelipat lutut, sementara United sekali lagi tanpa pertahanan tengah, Rio Ferdinand. Dia tidak beraksi sejak mengalami kecederaan paha menentang Chelsea dalam perlawanan Perisai Komuniti tetapi berharap akan kembali bersama United menjelang perlawanan menentang Tottenham Hotspur 12 September depan, dua minggu lebih awal daripada yang dijangkakan. "Saya berharap dapat beraksi dengan kecergasan sepenuhnya dalam beberapa minggu lagi. "Saya telah bekerja keras dari awal bersama dengan berlari dan mengayuh basikal di Cheshire," katanya. - AFP

Diskusi Tugasan Kumpulan di UKM

Hari ini aku ke UKM sebab ada perbincangan mengenai tugasan Perangkap Masa. Kebetulan orang rumah akupun kena pergi ofis sebab kena berkemas untuk berpindah ofis ke tingkat lain. Data dah masukkan dalam SPSS dan aku mintak tolong kawan aku yang hensem dan terer Jeff Abu bantu aku untuk belajar analisis yang lebih tepat dan cekap. Dia ni memang hebat!

Puchong's Uptown

Friday, August 28, 2009

What a day

I reached home quite early today, I parked the car outside of the house. Before get down, I was busy picking up the things from the car to bring in to the house. At that time I was listening a very catchy song (I don't know the title but if I'm not mistaken the song was in Rush Hour film). Since I want to keep listening the song, I switched the engine off. After everything in my hands, I just walked out and closed the door. Then I realised something is not right. Ooooo.... I forgot to switched off the radio, the song is still there. Heippp.... how can the radio is still on where as I have locked the door. Oh no! The car key is in the locked car. I have no spare key.... :(
Now I'm inside the house and I still can hear the radio from the car. I'm waiting the spare key. Where is my wife? She is on the way back from Putrajaya. The spare key is with her.

Thursday, August 27, 2009

Buka di Alamanda

Puasa ke-4 kita orang berbuka di Johnny, Alamanda. Bebudak dah lama tak pekena steamboat jadi sebelum dia orang balik ke Shah Alam ditunaikanlah hajat tu.

Wednesday, August 26, 2009

Bingkisan Ramadhan: Ramadhan yang dinanti-nantikan

Rasulullah dan para sahabat menunggu-nunggu kehadiran bulan Ramadhan. Demikian juga dengan Salaf al-Saleh. Mereka amat merindui Ramadhan bahkan menanti-nantikan kedatangan bulan Ramadhan sejak dari bulan Safar lagi....
Terlalu banyak yang ditawarkan oleh Allah dalam bulan Ramadhan. Pahala berganda dan keampunan Allah terbuka luas. Ubadah r.a. meriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Ramadhan hampir tiba Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, dimana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu"
- HR Tabrani
Dapat melangkah masuk ke dalam bulan Ramadhan adalah satu anugerah besar daripada Allah, satu peluang yang amat bermakna. Ramai juga orang yang tidak berpeluang dan berkesempatan seperti kita dapat hidup dalam bulan Ramadhan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan ini kerana mereka telah kembali kepada Allah.

Monday, August 24, 2009

Jenayah Hari Ini

Hari ini aku alami sendiri dan satu lagi aku saksikan depan mata aku kejadian jenayah. Yang aku alami sendiri ialah apabila aku keluarkan duit dari bank (cashier di kaunter) dan bila aku nak masukkannya di sebuah bank yang lain, dia dapat kesan yang salah satu daripada duit tu adalah palsu. Ini berlaku di bank kawasan Kinrara di Jalan Kelang Lama.
Aku masa tu dengan Irfan. Masa cashier tengah kira jumlah duit dengan menggunakan mesin mengira duit kertas, Irfan ternampak note RM50 yang baru. Dia tak pernah tengok dan terus bertanya pada aku duit apa tu yang ada gambar bunga. Aku jawab itu duit RM50 yang baru. Lepas tu dia tanya lagi, kenapa kena ada duit yang baru? Jenuhlah aku nak menjawab. Salah satu alasan yang aku beri ialah agar aktiviti buat duit palsu dapat dibendung. Aku beritau dia kalau kita keluarkan note yang baru, maka penjenayah yang tengah syok2 mengecop duit palsu dari note yang lama kena hentikan operasinya sebab dah ada note yang baru. Tak sempat aku nak terangkan lagi, tiba-tiba cashier beritau aku yang salah satu daripada duit RM50 aku tu palsu. Tergamam juga aku dibuatnya sebab inilah kali pertama aku berhadapan situasi macam ni. Cashier tu hulurkan note duit palsu tu. Alamak! Duit palsu tu dari note duit RM50 yang baru! Hmmmm.... nampaknya seolah-olah apa yang aku baru beritau Irfan tadi dah kurang relevannya. Baru aje note RM50 tu dikeluarkan di pasaran, dah ada yang palsu rupa2nya. Jadi berhati-hatilah.
Aku bawa balik note RM50 palsu tu ke bank tempat aku keluarkan duit tadi. Aku ceritakan pada dia yang salah satu dari duit yang dia berikan pada aku tu palsu. Dia pun hairan. Dia uji kira himpunan duit RM50 dengan diselitkan duit palsu tu dengan mesin pengira. Kali pertama proses kiraan tu tak ada masalah seolah-olah semuanya duit tulen. Dia buat kiraan sekali lagi, kali ni sangkut pada duit palsu tu. Maknanya mesin pengira tu kurang cekap. Setelah dia orang berbincang dengan bos-bos kat situ agak lama, akhirnya dia gantikan balik duit tu.
Malam pulak masa aku nak balik dari kedai menghantar pembantu kedai aku nampak dua orang yang sedang menunggang motorsikal menghampiri pembantu kedai tu sambil 'menyentuh' bahagian pipi pembantu kedai tu dan terus berlalu dengan lajunya. Aku dengan orang rumah dan dua anak aku masa tu dalam kereta kira-kira 50 meter di belakang. Aku fikir penunggang motorsikal tu cuba mengurat pembantu kedai tu. Tapi bila kita irang tanya dia, dia kata dia tak kenal dan pembonceng motorsikal tu sebenarnya cuba meragut handphone! Aku cuba kejar tapi tak jumpa....

24.08.09: Diari Hari Ini

Sepanjang hari ini aku mempunyai jadual yang padat. Pagi-pagi lagi aku hantar orang rumah aku ke pejabat dia di Putrajaya. Langsung lepas tu aku ke Bahagian Pinjaman Perumahan di Presint 2. Habis urusan kat situ aku terus ke Celcom Kajang untuk menggantikan kad SIM telefon mak aku yang hilang sewaktu rumah dia disamun. Dari situ aku langsung ke KL berurusan dengan bank. Dua perkara yang aku dapat selesaikan kat sini tapi yang tak bestya ialah masa aku mencari-cari tempat letak kereta untuk berurusan di situ, tepi kereta aku tersagat kat tiang....habis calar.
Lepas tu aku balik ke Puchong untuk dapatkan penyata pembayaran pinjaman perumahan aku dengan sebuah bank yang lain. Masa dalam perjalanan ke situ dari Jalan Raja Chulan aku ikut Jalan Hang Tuah. Maka aku lalulah di hadapan masjid Al Bukhary. Aku tengok kubah masjid tu macam dah terkopek lapisan luarnya dan kelihatan sama ialah seolah-olah ada kerja pembaikian sedang dijalankan ke atas bangunan nasjid tu. Kalau tak silap aku masjid tu baru aje disiapkan.
Kat Puchong tu aku parking kereta kat depan sebuah bangunan yang baru siap tapi belum beroperasi. Pada masa ini di kawasan Puchong memang terdapat banyak bangunan komersil yang baru disiapkan seperti 1Puchong. Yang menghairankan ialah rata-rata di kebanyakan banguna yang baru disiapkan tu terpampang iklan-iklan untuk menjual semula ruang kedai yang sudah dibeli. Aku tak dapat nak tafsir...
Lepas aku mendapatkan penyata pembayaran tu, aku terus ke Tesco untuk membuat pos ekspres kad SIM mak aku. Habis berurusan aku balik rumah kejap sebelum meneruskan urusan.
Masa kat rumah tu sempat juga aku tengok ulangan MU membelasah Wigan 5-0 sekejap. Dah habis tengok aku dengan Irfan ke bank di Jalan Kelang Lama. Lepas tu beli tangguk dan balik ke rumah untuk ambil Nor dan Syam. Kita orang ke Putrajaya menjemput orang rumah aku untuk ke Shah Alam berbuka puasa di rumah mertua. Singgah di pasar Ramadhan Seksyen 20 untuk membeli juadah berbuka dan bersahur.
Kita orang berbuka 8 orang dengan pelbagai juadah - ada yang dimasak oleh mertua dan ada yang ditunjuk2 kat pasar Ramadhan tadi. Syam sempat habiskan latihan matematik dia sementara menanti waktu buka.
Lepas tu kita orang hantar Nor balik ke kedai. Sempat juga kita orang ngeteh dulu kat Restoran Sri Fairus. Lepas kerja-kerja pemeriksaan kedai dibuat, Nor dan kawannya berjalan balik ke rumahnya. Masa tu aku ternampak macam mana 2 orang bermotorsikal mencuba meragut handphone Nor.

Hari Kedua Puasa

Hari ini orang rumah aku masak mee hoon sup. Siap masak extra untuk dibawa ke kedai. Malam si Irfan rajin pulak menawarkan diri urut aku. Hmmm.... boleh tahan juga sedap pulak dia urut.

Tetap Syam yang kena

Kebetulan Syam datang ke kedai dan waktu tu memang diperlukan pemakluman cuti raya maka apa lagi Syam jugalah yang jadi mangsa kena buat...hehe

Sunday, August 23, 2009

Berbuka di hari pertama puasa

22.08.09 (Sabtu). Hari ini merupakan hari pertama umat Islam menunaikan ibadah rukun Islam yang ke-3 iaitu berpuasa di Bulan Ramadhan.

Cari Juadah Berbuka pada hari pertama puasa

Kita orang berempat ke Pasar Ramadhan di BK 5 untuk cari juadah berbuka puasa dan kuih-muih untuk mereka yang di kolam pancing udang. Memandangkan penularan wabak H1N1 masih merupakan satu ancaman, kita orang semua pakailah topeng. Ingat kot2 kalau pakai topeng orang susah nak cam, tapi rupa2nya tidak.....

Saturday, August 22, 2009

malam bulan ramadhan

lepas tarawikh orang rumah aku teringin makan sate hj samuri. Tempat yg paling dekat ialah kat hentian tepi kinrara. Jadi lepas hantar irfan ke rumah, kita berdua ke situ. Jumpalah pulak bekas anak murid aku masa di sm raja muda musa kuala kangsar. Syed azhari ni ada dua lot gerai kat hentian tu.

Thursday, August 20, 2009

19.08.09: Diari Hari Ini

Hari ini jadual sangat padat. Pagi ke Parcel D, lepas tu ke Perumahan, sambung pergi ke Bangi, ke Bandar Baru Salak Tinggi pulak, Pasar Borong Equine, Giant Kinrara, Jalan Othman PJ, PKNS Shah Alam, Saujana Puchong, Giant Kinrara lagi, makan malam kat BK5 baru balik rumah.

Sunday, August 16, 2009

EPL: MU mulakan langkah menentang Birmingham

Sekarang ni MU tengah mendahului 1-0 hasil jaringan Wayne Rooney.

16.08.09: Birthday Irfan

Hari ini Irfan menyambut hari lahir yang kesembilan. Bukan main seronok lagi dia....

Friday, August 14, 2009

Kerja Bertindan

Dahulu, Kini dan mungkin Selamanya kerja-kerja di peringkat sekolah kerap bertindan-tindih. Hasilnya ialah beban guru semakin bertambah dalam suasana penuh berteknologi. Hal ini sudah lama diperkatakan dan dibincangkan namun pi mai pi mai tang tu jugak....
Dalam Program Akademik Terbilang Selangor (PATS), mulai tahun ini semua sekolah diarahkan menggunakan aplikasi komputer PATS Headcount untuk kerja-kerja kemasukan, memproses dan menganalisis markah dan keputusan peperiksaan (PKSR) dari tahun 1 hingga tahun 6. Maka sekolah yang sudahpun mempunyai aplikasi peperiksaan masing-masing perlu meninggalkannya dan beralih kepada sistem yang baru. Sekolah ada komputer pelayan, berpuluh-puluh komputer serta dilengkapi dengan rangkaian (LAN) namun pembinaan perisian tidak memanfaatkan semua ini. Akhirnya jadilah ia satu kelucuan apabila guru perlu mengisi data dalam persekitaran stand alone akibat daripada sistem yang dibekalkan tidak benar-benar applicable sebagai perisian bersuasana rangkaian.
Maka perisian PATS dipasang di enam buah komputer dan setiap satunya dilabelkan dengan Tahun 1, Tahun 2 .... Tahun 6. Guru yang nak isi markah kena tunggu giliran komputer Tahun kelasnya tidak digunakan. Misalnya jika terdapat 5 buah kelas dalam Tahun 1 maka semasa guru kelas 1A sedang menggunakan komputer yang dipasang dengan aplikasi Tahun 1, maka kelas 1B, 1C, 1D dan 1E kena tunggu. Bila guru Kelas A dah habis berebutlah pulak 4 guru yang lain. Kalau ada masa free masa tu OK juga. Tapi kalau ada kelas....pandai-pandailah. Begitulah seterusnya. Tapi kalau perisian itu dibina khusus applicable untuk mode rangkaian, maka semua guru boleh mengisi markah serentak. Bila dah habis isi markah untuk semua kelas sesuatu Tahun, maka setiausaha akan proses. Lepas tu semua data dari 6 komputer yang berlainan tadi kena dicantumkan. Maka berlakulah proses eksport dan import. Yang bestnya proses eksport kena ke disket (hmmmm...ada lagi ke disket di zaman ni)
Namun tiba-tiba baru-baru ni datang pula satu lagi aplikasi Percubaan UPSR dari Lembaga Peperiksaan Malaysia. Maka guru perlu memasukkan markah yang sama ke dalam dua sistem yang berbeza - PATS dan Percubaan UPSR. Hmmm.... sabor ajelah.

Sunday, August 9, 2009

Community Shield: MU vs Chelsea

Sebelum bermulanya musim baru Barclay Premiere League (BPL), perlawanan antara juara BLP dan Piala FA musim lepas akan diadakan sebagai penanda tirai musim baru akan bermula. MU selaku juara BPL dan Chelsea pula juara FA bertemu dalam perlawanan ini.
MU bermula dengan baik apabila mendahului 1-0 melalui jaringan Nani namun selepas masa kedua Chelsea berjaya membalas gol penyamaan menerusi Carvalho dan mendahului 2-1 apabila
Kini 4 pemain dibawa masuk sekali gus oleh MU pada minit ke-74 iaitu Giggs, Fabio, Owen dan Jony Evan bagi menggantikan Berbatov, Ji Sung, Fletcher dan O'Shea.

Haha Kat 'France'!