Thursday, October 24, 2013

Ahli Baru: Nur Syahira

Tarikh: 23 Oktober 2013
Lokasi: Pusat Perubatan Islam Az-Zahrah, Bandar Baru Bangi




Monday, October 7, 2013

Bank-in duit simpanan Irfan

Di kesempatan cuti rehat ni, akhirnya dapatlah aku uruskan memasukkan duit simpanan Irfan ke bank.  Irfan masa tinggal dengan aku, memang aku latih dia simpan duit belanja harian dia.  Rajin dia simpan.  Kalau dah banyak biasanya aku akan bawa dia ke bank dan dia akan masukkan sendiri duit-duit tu.  Suka melihat raut wajah suka dan bangga dia tiap kali ke bank.  Tetapi untuk simpanan dia kali ini, memang tak sempat untuk uruskannya pasal semuanya berlaku begitu pantas.  

Aku jumpa dua tempat simpanan dia iaitu di peti 'harta karun' dan bekas berbentuk hati.








Diari: 7 Oktober 2013

Hari ini aku ambil cuti rehat dengan orang rumah kerana urusan pemeriksaan isteri di Pusat Perubatan Az-Zahrah, Bangi.  Temujanji asal adalah pada 5 Oktober tetapi terpaksa aku tanguhkan kerana pada hari tersebut sekolah aku ada Karnival Cyclothon.













Sunday, October 6, 2013

Syamir demam

6 Oktober 2013 Syamir demam panas dan terpaksa bawa ke NCI di Nilai.  Mula-mula bawa ke Poliklinik Salehudin tapi ia dtutup pada hari Ahad.