Wednesday, September 29, 2010

Mesyuarat Pengurusan Prasekolah untuk GB bagi Zon 1

pengurusan kurikulum - zaiton arshad Pengurusan prasekolah - kholishah hassan Penaziran dan dapatan pemeriksaan prasekolah - jem nazir & jaminan kualiti Pengurusan kewangan - wong kam choong Perundangan dlm sistem pend di msia, isu dan cabaran - khalid mohd yusof Peranan dan tjwb gb, gpra & ppm - adenan abdul ralip

Irfan solat Jumaat di masjid besi

Masjid besi merupakan masjid kedua di Putrajaya selepas Masjid Putra.

Ini PICC bukannya masjid besi

Di Pangkor

laksa goreng
ustaz mohd. shah
semua teksi berwarna pink tempat penginapan

pertama kali

Ini kali pertama aku out station sejak lahirnya Nasr. Kalau selalunya bila bangun tidur Nasr akan terselit di sisi aku tapi tidak pada pagi ini. Semalam aku sempat membuat panggilan video 2 kali. Sekurang2nya nampaklah keletahnya.

Sunday, September 26, 2010

Malam ni jangan MU ikut jejak sudahlah...

Semua big four lawan semalam kecuali MU dan keputusannya kalah dan seri.. Malam ni di Stadium Reebok naib juara tahun lepas MU akan menentang Bolton Wanderer. Awal2 lagi MU dah kena 1. Janganlah pulak ikut jejak dia orang tu....

Anak bapak

Bola: Keputusan malam tadi agak pelik

Bukan saja di England, malah di Sepanyol juga keputusannya agak pelik. Pasukan hebat telah kalah ataupun seri.

Thursday, September 23, 2010

nasr genap 4 bulan

23 september 2010

Pak Din datang sekeluarga datang beraya

Pak Din kali ini bertandang raya ke rumah aku dengan isteri tercintanya Anum dan dua anak perempuannya Fayadah dan Fatiyah. Dua anak lelaki bujangnya abang Arif dan Amirul tak ada. Pak Din ni sejak aku tinggal di Putrajaya lagi memang tak pernah ketinggalan menziarah raya.
Pak Din dahulu pernah berkhidmat sama tempat kerja dengan aku iaitu di SK Putrajaya 2 (sekarang ni namanya SK Putrajaya Presint 9 (1)). Aku sebagai Guru Besar dan dia sebagai Guru Disiplin. Aku dan dia datang dari daerah dan negeri yang sama iaitu Johor Bahru cuma dia kat bandar aku lak dari luar bandar. Ramai orang pernah tersilap bila tengok Pak Din, dia orang sangka aku. Agaknya sebab muka aku dengan dia ada iras-iras. Kalau orang dewasa pun boleh tersilap, apatah lagi budak-budak sekolah. Pernah dahulu seorang murid di SKPj 2 betul-betul membuat kecoh apabila dia tersilap antara aku dengan Pak Din. Pasal apa...kena tanya Pak Din sendiri.

Thursday, September 16, 2010

Nasr Syamir Mikhail

Baju raya ku
Kepenatan
di rumah auntie Mas
di rumah nenek
Ala-ala samseng kg dusun

Nasr Syamir Mikhail dan Irfan Syaqir

Dua beradik ni bergurau sementara menunggu waktu menziarah sanak saudara

Wednesday, September 15, 2010

Tuesday, September 14, 2010

raya kelima: sampai pun sg sibol

raya kelima: makan di tiram

raya kelima: kesian nenek

nenek dah belikan katil2 untuk cucu2nya tidur beraya tapi kesian sebab cucunya tak nak tidur sini kecuali irfan. Begitu menggunung harapan si nenek namun tetap hampa. Irfan yg tidur sorang2 mintak mak usunya temankan dia tidur. Dia takusebbb baru aje tengok cerita hantu. 2ucu yg lain tak dapat ikut sama kerana perlu mengulangkaji pelajaran. Maklumlah dah belajar tinggi2 di u dan sbp.

Sunday, September 12, 2010

raya ketiga: bersiap nak balik johor

baru sampai kinrara dr rumah mertua di shah alam. Unpack dan repack sebelum bertolak. Ikut plan mak bapak dan adik beradik akan berkumpul di rumah adik aku ros di bukit batu, kulai pukul 6 ptg. Kalau kat rumah ros mesti pekena sop ayam dia

raya ketiga

raya ketiga: pasar dah buka

Wednesday, September 8, 2010

Ke Alamanda

Hari ini aku bercuti tapi orang rumah aku bekerja. Mula-mula cadang nak hantar Nasr ke nurseri tapi bila tengok dia tidur nyenyak rasa kesian la pulak nak angkat dia. Jadi aku biarkan aje dia tidur dan bila dah terjaga terus mandikan dia. Keletah dia yang asyik tersenyum dan ajak berbual membuatkan aku rasa rugi kalau berenggang. Jadi aku ambil keputusan biar dia menemani aku sepanjang hari ini.
Aku merancang untuk mengemas barang-barang yang aku gunakan setiap hari seperti notebook, buku-buku/jurnal dan gajet-gajet agar memudahkan Ani yang akan datang membersihkan rumah petang ini. Dalam sibuk menyusun dan meletakkan barang-barang (termasuk harta benda Irfan) tetiba aku terfikir nak buat surprise pada orang rumah aku untuk ajak dia ke Alamanda waktu break kerja dia. Baju dah dibasuh dan dijemur tinggal nak kemas gajet-gajet permainan Irfan kat bawah. Masa tu dah pukul 12.30 tengah hari. Tinggal setengah jam untuk aku ke Putrajaya. Akhirnya siap semuanya kecuali beberapa dokumen yang patut aku letak di almari bilik tidur atas. Akupun dengan Nasr mula bertolak samil tu aku telefon orang rumah. Dia setuju tapi dia tak tahu yang Nasr ada sama.
Tepat pukul 1 aku sampai di Parcel D, hehe seperti yang aku jangka orang rumah aku terkejut bila tengok Nasrpun ada sama.

Tuesday, September 7, 2010

Kasut kegilaan budak kaki bola sekarang

Inilah dia rupanya kasut T90 yang selalu disebut2 oleh si Irfan dan rakan2nya. Sejak dari World Cup lagi dan akhirnya dia dapat kasut ni sebagai hadiah hari jadi dari mamanya. Jadi lengkaplah hasrat dia untuk memiliki kedua-dua kasut impian dia iaitu T90 dan boot bola Mercurial.
Kasut Mercurial yang menjadi idaman dia sekian lama sejak Piala Dunia

Ke Shah Alam

Semalam aku dengan orang rumah dan Nasr ke Shah Alam ambil budak2 untuk belikan tudung raya Syamira. Untuk ke sana punyalah sesak jalan, maklumlah waktu orang balik dari pejabat dan ditambah pulak hari hujan. Nak elak sesak di Federal Highway, cubalah ikut KESAS tapi rupa2 kesesakan kenderaan dah teruk bermula dari simpang keluar ke ELITE lagi. Akupun exit kat situ dan keluar di tol Bt. 3.
Kita orang buka donut Big Apple dulu sebab semua restoran fully booked. Lepas tu barulah ke Noodle Station. Menarik rupanya kat sini. Makanan sedap, airpun sedap, tempatpun amat selesa. Dan satu lagi hargapun OK.
Sementara orang rumah aku dengan Syamira mencari tudung aku dengan si kecik dan Irfan. Bila balik bukan aje tudung yang dia orang shopping, rupa-rupanya masing-masing dapat 3 pasang baju kurung