Pak Din kali ini bertandang raya ke rumah aku dengan isteri tercintanya Anum dan dua anak perempuannya Fayadah dan Fatiyah. Dua anak lelaki bujangnya abang Arif dan Amirul tak ada. Pak Din ni sejak aku tinggal di Putrajaya lagi memang tak pernah ketinggalan menziarah raya.
Pak Din dahulu pernah berkhidmat sama tempat kerja dengan aku iaitu di SK Putrajaya 2 (sekarang ni namanya SK Putrajaya Presint 9 (1)). Aku sebagai Guru Besar dan dia sebagai Guru Disiplin. Aku dan dia datang dari daerah dan negeri yang sama iaitu Johor Bahru cuma dia kat bandar aku lak dari luar bandar. Ramai orang pernah tersilap bila tengok Pak Din, dia orang sangka aku. Agaknya sebab muka aku dengan dia ada iras-iras. Kalau orang dewasa pun boleh tersilap, apatah lagi budak-budak sekolah. Pernah dahulu seorang murid di SKPj 2 betul-betul membuat kecoh apabila dia tersilap antara aku dengan Pak Din. Pasal apa...kena tanya Pak Din sendiri.
No comments:
Post a Comment