Monday, February 28, 2011

semua dah siap

Baju sekolah Irfan sudah sedia menanti  untuk dipakainya namun dia tidak dihantar balik oleh ibunya.  Hampir tiga tahun aku memberus tangan dan menggosok baju sekolahnya demi memastikan dia kemas dan bersih ke sekolah setiap hari.  
Kisah Aku
Punca Krisis
Rentetan Krisis

ponteng lagi...sampai bila?


Kisah hanya bermula apabila janda aku enggan menghantar Irfan semula ke rumah aku malam semalam memandangkan hari ini dah sekolah semula. Alasannya tidak dapat hantar ialah 'tak free'. Bila aku cadangkan Ira pulak yang hantar, janda aku beritau 'Ira ada module hujung minggu ini'. 

Tapi esoknya aku tahu rupa-rupanya module yang emak dia maksudkan ialah Ira ke karaoke. Astagfirullah....takkan kerana karaoke sampai tak boleh hantar adiknya? Bukanlah jauh sangat antara Shah Alam dengan Kinrara. 

Ini ialah SMS janda aku (yang bertanda +) dengan aku (-)

27.02.11
+ Salam,What time are u taking irfan?

- i tak gi amik, u yg anta

+Sorry i am not free tonite 

- I pun tak free. You yg amik, u kena anta.

+Tak apalah i amik kan dia mc esok .

- Senangnya u ni jaga anak. dia dah dekat exam. Amik mc tu maknanya kita ajr dia menipu. Kalau dah tau u tak free mlm, antalah masa petang. Balik minggu ni u yg plan, lengkapkan la sampai anta

+Tq 

- Suruhlah si ira tu antar. bertanggungjawablah thdp pelajaran irfan tu. 

+ Ira ada module hujung minggu ini 

- kalau u betul2 care kan irfan, u tak abaikan sebegini rupa. Ada masa sepjg hari, u tak urus. Kan senang anta terus lepas u tengok syam kalau dah tau mlm tak ada masa. Ni senang2 u nak amikkan mc. I betul2 tak faham. Cubalah u buat mcm yg u selalu tulis kata2 motivasi dlm fb, nampak sebagai ibu mithali. 

+ Tq

28.02.11 mulai jam 5 pagi:
- Askm! Pukul berapa you nak antar irfan hari ini? Takkan subuh ini u atau ira tak boleh hantar? Kesian irfan, hari ini akan tercicir banyak...sekolah kebangsaan, alquran&hafazan dan tuisyen malam. buangkan ego demi kepentingan pendidikan irfan. 

+ pukul brapa u nak amik dia?

- u amik dia utk kali ketiga dlm bulan ini, u uruskan dia balik...i rasa u nak perangkap i lagi utk beritau the whole world i bapa tak bertanggungjawab. U r an educated mother, fikir2kanlah. Dapatkanlah nasihat dr org yg sabar.
Pukul berapa module ira habis? Module apa tu? Pernah ke u tanya? Modul bersama dum2 kan... Semua eviden i simpan. Tq

+ Sorry kimin i dont want to fight.i m so tired with ur game utk menghalang i jumpa MY son.ada u ada bincang ngan i pasal this 2 weeks once visit?ada i agree? salah ke seorang ibu nak bersama anak dia an extra day?you asyik halang i jumpa dia so now i need extra time with him.so please dont bother me.i tahu lah apa yang i buat ni. Stop insulting me thru sms.we are not even friends lah to be fighting.apa2 pun i am irfans motther ok.i will send him when my short time is up ok.

- ada i halang u jumpa dia? Susah sangat ke u nak arrang hantar dia semalam? Sesibuk mana u sekalipun kalau u peka, tak sampai stgh jam u dah boleh hantar.kalau odw dr ssp lagi sekejap. Kalau u bz sgt, mintaklah ira antar? Dia tak sibuk mana pun i rasa cuma g tengok volleyball dan karaoke?

+ I am taking leave to spend time with him today.i miss him.thats all ok

- Semalam tak adapun u kata rindu kat dia, nak spend time dgn dia. U suruh amik pasal u kata u sibuk kerana u tak free. Pagi ni lain pulak. Siap boleh cuti lagi. Kan elok u anta pagi ni, jadi dia tak ketinggalan belajar. So pukul berapa u nak antar dia? I nak kena arrange/cancel van pagi ini, van sekolah agama. Semua i nak tau awal? U tak boleh nak suka2 tak beritau acam ni? Semua kena maklum.

+ When u said u r not free i decided its time i spend more time with him.u being busy last night gave me the idea actually. I miss him so much sukimin.jangan lah sekat2 masa i dgn dia lagi,please.leave me alone jap ok.jangan pisahkan anak dgn ibu nya please.leave me alone awhile .stop insulting on thru sms please.i just miss him

- Just dapat idea utk cover kan.... Buang ego tu, fikirkan belajar dia. Dah 2 hari solid. Please think over it. Bukan senang nak tune minda dia setiap kali bila dia dah berseronok2 sangat. Apa lg kalau u bawak dia enjoy hari ini dgn ponteng sekolah, bila u hantar dia akan murung sebab dah kena belajar. U bayangkan macam mana dia nak fokus? Kalau nak enjoy lebih2 waktu cuti sekolah ok juga tapi towards the end kena stop. Fikir semula

2 sms ni aku hantar kpd pemandu van irfan:
- Salam. Maaf irfan tak balik sini lagi dari shah alam. Jadi dia tak ke sekolah hari ini. Tq
- Salam. Maaf irfan tak balik sini lagi dari shah alam. Jadi dia tak ke sekolah hari ini. Tq

- Tolong beritau plan sebenar. I nak beritau driver van. Pagi ni i dah cancel, petang punya i pun kena maklum. Harap u hantar dia biar dia tak ketinggalan. Hantar trrus ke sekolah agama dia.

+ nari irfan tak sekolah.i akan amik mc.will send him malam nanti 

- Malam biar dia boleh gi tuisyen. Exam minggu depan aje. Tolong consider ....

+ Ok

Kisah Aku
Rentetan Krisis

Sunday, February 27, 2011

Syamira Outing

Minggu lepas hari Ahad 20 Feb Syamira outing dan balik rumah Kinrara.  Sebelum itu, hari Khamis aku dah ambil satu beg pakaian dia untuk dicuci.  Jadi masa semalam dia balik rumah dia tinggal gosok aje.  Ini berikutan dalam outing dia yang lepas, dia bawa balik baju masa outing tu. Jadi sementara nak tunggu basuh dan kering ambik masa yang agak lama.  Akhirnya pada minggu tu terasa kelam-kabut pergi beli barang groceries dan toiletteries dia di IOI sampai dia tak sempat habiskan gosok dan mandi.




Jadi semalam kita orang sempat makan steam boat yang orang rumah aku masak sendiri. Hmmmmm....memang menyelerakan dan sedap.  Sempat beli barangan keperluan Syamira di Giant Kinrara. Hmmmm punyalah mahal harga barangan sekarang, semalam aje habis seratus lebih.

Nak sikiiiit aje


Me too


RM semakin hampa

dengan keputusan seri m0-0 menentang Deportivo La Coruna maka semakin jauh Real Madrid ditinggalkan Barcelona. Apatah lagi Barca menang 3-0 menewaskan Real Mallorca. Nampaknya pasukan berbelanja besar ini masih gagal walaupun mempunyai jurulatih terbaik dunia Jose Maurinho

ManU menang besar

Manchester United menang 4 gol tidak berbalas menentang Wigan di tempat lawan.  Gol-gol kemenangan dijaringkan oleh Hernandez (2 gol), Rooney dan da Silva (kembar Rafael).

Thursday, February 24, 2011

Tak ada telefon

Kali pertama telefon aku tidak ada bersama dengan aku.  Petang tai masa dalam perjalananan nak ambil orang rumah di Putrajaya aku perasan yang telefon aku tak ada pada aku.  Sebenarnya telefon N8 aku bermasalah, jadi kad SIMnya (xxx 0512) aku pindahkan ke E71 dan masukkan kad SIM yang satu lagi (xxx 4344).  Bila nak balik aku asyik mencuba N8 dan tetiba dia OK. Akupun buat panggilan sambil berjalan balik.  Sek sibukkan buat panggilan tu menyebabkan  aku terlupa bawak E71 sama.

Bila dah sampai di Science Park II, N8 tu hang semula, kelam kabutlah aku cari E71....tak ada! Hmmm nampaknya kedua-dua telefon aku tak ada/tak boleh guna.

Nasr balik dari Nurseri

Cendol





Selepas taklimat mengenai SKPM 2010 di MCS Banting, kita orang tak lepaskan peluang pekena cendol di pekan Banting.

Nasr kalau ke Rishadh

Hampir setiap kali kalau kita orang makan di Rishadh, Nasr akan jadi baby gurauan pekerja di situ. Mula-mula dulu, Nasr takut tapi sejak dua menjak ni ni dia dah OK.  Bukan setakat di dah boleh senyum-senyum, malah dah boleh didukung.

Wednesday, February 23, 2011

United mahu benam Marseille

PARIS - Manchester United mungkin masih belum mencapai prestasi tertinggi, namun skuad Red Devils itu tetap berpeluang merangkul tiga kejuaraan dan tuah nampaknya memihak kepada mereka kerana akan bertemu Olympique Marseille yang dibelenggu krisis kecederaan menjelang perlawanan Liga Juara- juara Eropah, esok.



Pendahulu liga itu jarang bermain pada tahap terbaik dan ia dibuktikan ketika perlawanan pusingan kelima Piala FA Sabtu lalu, apabila mereka berhempas pulas menewaskan pasukan kerdil Crawley Town 1-0.



Juara Perancis, Marseille menjadi halangan seterusnya pada pusingan kalah mati 16 pasukan di Stade Velodrome, esok dengan penyerang utamanya, Andre-Pierre Gignac terlepas aksi kerana mengalami kecederaan sewaktu perlawanan liga, Sabtu lalu menentang St. Etienne.



Begitu juga dengan dua lagi penyerang iaitu Brandao dan Loic Remy yang cedera buku lali, namun jurulatih Didier Deschamps berharap mereka kembali cergas dalam pertembungan dengan United yang masih tercari-cari rentak.



Dalam perlawanan Sabtu lalu, Crawley hampir mengejutkan United pada saat akhir dengan jaringan penyamaan, manakala ketika bertemu Manchester City memerlukan jaringan luar biasa Wayne Rooney sebelum dapat melakar kemenangan.



Aksi hambar Rooney sejak awal musim menjadi punca kepada prestasi tidak menentu United, namun itu sedikit pun tidak menggusarkan Ferguson yang yakin dengan kebolehan skuad bimbingannya bangkit menjelang penghujung musim.



"Saya pernah beberapa kali menyaksikan perlawanan di Marseille dan perasan suasana yang ditimbulkan penyokong-penyokongnya dalam stadium adalah sangat menakjubkan.



"Memang tidak mudah bermain di sana, namun saya percaya kita ada peluang untuk layak," kata Ferguson.



Trio Brazil, Anderson dan kembar Da Silva mengalami cedera ringan sewaktu menentang Crawley dan mungkin terlepas aksi, esok, sekaligus menambah kekusutan Ferguson yang kehilangan khidmat Rio Ferdinand dan Park Ji-sung.



Patrice Evra pastinya bersemangat untuk berkunjung ke selatan Perancis, selepas bekas pemain pertahanan Monaco itu menyambung kontrak baru bersama United sehingga 2014.



Ini merupakan perlawanan pertama pemain itu beraksi di tanahairnya, Perancis sejak dia 'memainkan peranan' dalam kekalutan yang menimpa pasukan kebangsaannya pada kempen Piala Dunia di Afrika Selatan, tahun lalu.



Ketika itu, dia dipecat sebagai kapten dan digantung lima perlawanan berikutan prestasi hambar skuad Perancis yang tersingkir seawal pusingan pertama Piala Dunia. Sejak itu, dia tidak lagi dipanggil untuk menyarung jersi Les Blues.



Ferguson, bagaimanapun cukup yakin bahawa Evra yang menjadi salah seorang bek kiri terulung dunia sejak berhijrah dari Monaco lima tahun lalu, mampu menangani herdikan yang dijangka ditujukan kepadanya oleh puluhan ribu penyokong lawan.



"Patrice, tanpa perlu dipersoalkan ialah antara bek kiri terbaik dunia.



"Dia memiliki karakter penting dalam bilik persalinan dan saya gembira dia telah melanjutkan komitmen bersama kelab ini. Kemahiran dan pengalamannya amat ditagih kami dalam cabaran akan datang," kata Ferguson.



Deschamps bukan saja tidak bimbang masalah kecederaan yang menghantui skuadnya, sebaliknya tidak sabar melayan kunjungan United yang merupakan juara tiga kali itu.



"Perlawanan menentang Manchester United bukanlah satu-satunya perlawanan penting musim ini.



"Apa yang lebih penting untuk kelab ini adalah melayakkan diri bertanding dalam Liga Juara-juara pada hujung musim, namun kita berjaya melangkah sehingga peringkat 16 pasukan terbaik. Pencapaian kita bukan selalunya sebaik ini setiap tahun," ujar bekas pemain Chelsea itu.



Juara Eropah 1993 itu baru saja mencatat tiga kemenangan berturut-turut dalam Ligue 1 buat kali pertama musim ini dan kini berada tiga mata di belakang pendahulu liga, Lille.



Perlawanan timbal balik kedua akan berlangsung di Old Trafford, 13 Mac ini. - Reuters




Sunday, February 6, 2011

Van Persie yakin MU cicir mata

2011/02/05
LONDON: “Saya yakin Manchester United akan tercicir mata — 100 peratus pasti,” kata penyerang Arsenal Robin van Persie.

“Mereka mempunyai perlawanan getir menentang tetangga (Manchester), Chelsea dan perlawanan lain,” kata penyerang Belanda itu yang berharap rekod tanpa kalah United iaitu 15 kemenangan dan seri sembilan kali dalam 24 perlawanan liga akan segera berakhir. “Bagaimanapun adalah penting memastikan kemenangan pasukan sendiri kerana kita semua tahu jadual perlawanan Chelsea dan jadual perlawanan Manchester United. Kita mempunyai lawan sukar hari ini bertemu Newcastle di gelanggang mereka,” katanya. Arsenal yang menghuni tempat kedua carta Liga Perdana Inggeris, boleh merapatkan jurang mata dengan pendahulu Manchester United, andai mencatat kemenangan menentang Newcastle.



Kemenangan bagi Arsenal di St James’ Park akan mengurangkan kelebihan United kepada hanya dua mata meskipun pasukan bimbingan Sir Alex Ferguson itu boleh menjarakkan semula mata kepada lima jika menentang Wolverhampton Wanderers, pada perlawanan kemudiannya.



Apapun, Arsenal kini berada pada prestasi impresif, dengan memenangi enam perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan dan yang terakhir ialah 2-1 ke atas Everton, Selasa lalu. - AFP


Sekarang ni sedang berlangsung perlawanan antara Arsenal dengan Newcastle di Emirates.  Arsenal pada awalnya yakin mendapat 3 mata penuh apabila mendahului 4 gol tanpa balas.  Namun kedudukan mula berubah apabila Abou Diaby dibuang padang dan Newcastle berjaya bangkit menyamakan kedudukan 4 sama.  Jika kedudukan ini kekal bermakna Arsenal yang mencicirkan mata sebelum bermulanya perlawanan di antara MU dengan Wolves di tempat lawan.

Dalam pada itu, Newcastle seolah-olah tidak begitu terasa dengan ketiadaan Andy Caroll yang berhijrah ke Liverpool baru-baru ini.

Kami sudah lupakan Torres - Dalglish

LIVERPOOL: Penghijrahan Fernando Torres sudah dilupakan, malah tiada lagi dalam kamus Liverpool, kata Kenny Dalglish dalam mempersiapkan anak buahnya untuk berdepan Chelsea dan bekas penyerang Reds itu di Stamford Bdridge, malam esok.




“Ramai kecewa dia meninggalkan kelab dan apa yang lebih mengecewakan ialah masa ketika ia berlaku, tetapi kami akan meneruskan perjuangan,” kata Dalglish alam sidang media apabila ditanya mengenai perpindahan Torres ke Chelsea dengan nilai 50 juta pound (RM245 juta). “Kelab bola sepak, pemilik kelab sudah melakukan sebaik mungkin untuk mengelakkan ia berlaku tetapi gagal. Kita perlu terima hakikat, dia akan bermain untuk pihak lain. Ini sesuatu yang kita perlu terima.” Pemain Sepanyol itu dijangka membuat penampilan sulung untuk juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu malam esok tetapi Dalglish menafikan dia berdepan masalah tanpa Torres dan menambah, pemain lain akan mempamerkan usaha maksimum dalam apa juga keadaan.



Katanya, tiada pemain yang lebih berkuasa daripada kelab, dan bekas rakan-rakan Torres di Anfield kini tetap fokus terutama dengan kehadiran dua penyerang baru, Andy Carroll dan Luis Suarez.



“Ketika mereka (pemilik) mengambil alih kelab ini, mereka berkata mahu mengembalikan kelab kepada kedudukan sepatutnya dan inilah bukti pertama mereka serius dengan cita-cita itu,” kata Dalglish mengenai pemilik Amerika yang mengambil alih kelab itu Oktober lalu dan membelanjakan lebih 55 juta pound (RM270 juta) untuk membeli dua penyerang England dan Uruguay berkenaan. - Reuters

Emel dari MU: Sat, Feb 5, 2011 at 2:59 AM

WAYNE: WE'RE IN CHARGE


Wayne Rooney says United are currently in command of the title race but warns it's too early to write off rivals like reigning champions Chelsea.

The Reds go into Saturday's tea-time game at Wolves with a five-point lead over Arsenal. And while Chelsea are a further five points behind United, their vast experience and this week's big-money recruitment of Fernando Torres and David Luiz means they cannot be dismissed.

"Certainly we haven't written them off," Rooney told MUTV. "They're a strong team and we know if anyone's capable of going on a good run, it's them. But we know we have to just do our job and we can't really look at what they're doing. We just have to concentrate on what we're doing. It's really up to us now where the title goes, and hopefully we can win that back."

United, Chelsea and Arsenal all have 14 games remaining and, after the Reds' impressive midweek win over Villa, Sir Alex Ferguson is keen for his side to extend their form and run down the rest of the calendar.

"That's what we want to do - to keep knocking off games and to keep on winning."

PLAYERS' RESPECT FOR RETIRING NEVILLE




ManUtd.com and MUTV spoke to some of Gary Neville's former team-mates this week, following his decision to call time on his playing career. Here's a selection of their comments...

Michael Carrick

"Gary has been an unbelievable player, captain and ambassador for United. He's helped every player who's come through the door while he's been here. It's clear he really loves the club from the bottom to the top. To have played for 19 or 20 years here is amazing. He's left a legacy that he can be incredibly proud of."

Rio Ferdinand

"There was a "To Let" sign in his place in the dressing room at Carrington on Thursday morning, so the banter about him leaving has already started. There won't be as much moaning now he's retired, although to be fair he has chilled out in recent years. But seriously, he's been a fantastic servant. He always put the club first and I'm sure he'll be respected by the fans for many years and deservedly so."

Tomasz Kuszczak

"Gary was so important to the team. His character and the way he prepared himself and focused on his job stood out. He always gave 100 per cent, not just in games but in training as well. He was always a positive person to have on the pitch - he always did his best and supported his team-mates. It's a shame he's retiring but he's an honest person and he's decided the time is right for him now."

LEST WE FORGET


This Sunday marks the 53rd anniversary of the darkest day in Manchester United's history, the day when 23 people - including eight players and three members of the club's staff - suffered fatal injuries in the Munich air crash.

The current United team wore black armbands in the Aston Villa game this week, in memory of all those who perished, including their predecessors Roger Byrne, Eddie Colman, Mark Jones, David Pegg, Tommy Taylor, Geoff Bent, Liam Whelan and Duncan Edwards. The club also lost secretary Walter Crickmer, trainer Tom Curry and coach Bert Whalley in the disaster.

The tragedy is an indelible part of the United story and is rightly remembered, not only annually on 6 February but throughout the year. Visitors to Old Trafford can learn about the tragedy in the club's museum or by walking through the Munich tunnel under South Stand, while fans worldwide can do the same by going to a dedicated section of ManUtd.com. We will never forget.

Tuesday, February 1, 2011

Program Penutur Jati Bahasa Inggeris



Program Penutur Jati Bahasa Inggeris ini adalah merupakan salah satu program daripada di bawah Dasar Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBI) Kementerian Pelajaran Malaysia.  Ia dilaksanakan untuk tahap 1 sekolah rendah terpilih di semua negeri mulai 2011 hingga 2013. Program ini merupakan salah satu strategi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris di sekolah. Guru terlibat perlu menghadiri sesi input profesional di luar waktu rasmi persekolahan yang akan dijalankan oleh penutur jati. Bahagian yang bertanggungjawab di Kementerian Pelajaran mengendalikan program ini ialah Bahagian Perkembangan Kurikulum. Antara KPI yang ditetapkan ialah:
  1. Setiap guru dalam program ini akan menerima 75 jam input professional dalam bentuk latihan bersemuka, berpusatkan cluster atau zon
  2. Setiap guru dalam program ini akan dilawati oleh mentor (penutur jati) sekurang-kurangnya sekali setiap dua minggu
  3. Penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah sebanyak dua kali menggunakan instrument pemerhatian yang digubal bersama vendor dan KPM. Pemerhatian akan berfokuskan kepada:
    1. Penggunaan bahan p&p secara efektif
    2. Tahap dan kualiti penglibatan murid dalam bilik darjah
    3. Teknik penilaian dan pentaksiran
  4. Peningkatn penguasaan bahasa Inggeris di kalangan guru Bahasa Inggeris dengan menggunakan instrument yang digubal bersama KPM dan vendor
  5. Kuantiti dan kualiti bahan p&p Bahasa Inggeris yang dibina dalam bentuk cetak dan elektronik yang boleh digunapakai di dalam dan di luar bilik darjah
Di Selangor akan mempunyai seramai 33 penutur jati iaitu guru dari luar negara yang menjadi mentor kepada 165 buah sekolah. Setiap penutur jati (mentor) ini akan di tempatkan di sebuah sekolah nukleus dan setiap sebuah nukleus akan mempunyai 4 sekolah lain yang akan menggunakan khidmat mentor ini. Ini bermakna di Selangor akan mempunyai 33 buah sekolah nukleus.

Bagi daerah Sepang, terdapat 3 buah sekolah nukleus iaitu SK Cyberjaya, SK Tamn Pantai Sepang Putra dan SK KLIA. Sekolah aku, SK Taman Putra Perdana bersama-sama SK Dengkil, SJK (C) Sin Min dan SK Dato' Abu Bakar Baginda dikelompokkan di bawah SK Cyberjaya sebagai sekolah nukleusnya. Namun sehingga kini, mentor untuk sekolah nukleus SK Cyberjaya masih belum ada. Satu mesyuarat penyelarasan di PPD akan diadakan pada 7 Februari 2011.

Negeri Selangor diletakkan dalam zon Tengah dan syarikat (vendor) yang bertanggungjawab ialah SMR HR Group Sdn. Bhd. (telefon 0322799199, faksimili 0322799099) Orang perhubungan syarikat tersebut ialah En. Azaath Samsudeen (azaath@smrgroup.com)