Sunday, February 6, 2011

Van Persie yakin MU cicir mata

2011/02/05
LONDON: “Saya yakin Manchester United akan tercicir mata — 100 peratus pasti,” kata penyerang Arsenal Robin van Persie.

“Mereka mempunyai perlawanan getir menentang tetangga (Manchester), Chelsea dan perlawanan lain,” kata penyerang Belanda itu yang berharap rekod tanpa kalah United iaitu 15 kemenangan dan seri sembilan kali dalam 24 perlawanan liga akan segera berakhir. “Bagaimanapun adalah penting memastikan kemenangan pasukan sendiri kerana kita semua tahu jadual perlawanan Chelsea dan jadual perlawanan Manchester United. Kita mempunyai lawan sukar hari ini bertemu Newcastle di gelanggang mereka,” katanya. Arsenal yang menghuni tempat kedua carta Liga Perdana Inggeris, boleh merapatkan jurang mata dengan pendahulu Manchester United, andai mencatat kemenangan menentang Newcastle.



Kemenangan bagi Arsenal di St James’ Park akan mengurangkan kelebihan United kepada hanya dua mata meskipun pasukan bimbingan Sir Alex Ferguson itu boleh menjarakkan semula mata kepada lima jika menentang Wolverhampton Wanderers, pada perlawanan kemudiannya.



Apapun, Arsenal kini berada pada prestasi impresif, dengan memenangi enam perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan dan yang terakhir ialah 2-1 ke atas Everton, Selasa lalu. - AFP


Sekarang ni sedang berlangsung perlawanan antara Arsenal dengan Newcastle di Emirates.  Arsenal pada awalnya yakin mendapat 3 mata penuh apabila mendahului 4 gol tanpa balas.  Namun kedudukan mula berubah apabila Abou Diaby dibuang padang dan Newcastle berjaya bangkit menyamakan kedudukan 4 sama.  Jika kedudukan ini kekal bermakna Arsenal yang mencicirkan mata sebelum bermulanya perlawanan di antara MU dengan Wolves di tempat lawan.

Dalam pada itu, Newcastle seolah-olah tidak begitu terasa dengan ketiadaan Andy Caroll yang berhijrah ke Liverpool baru-baru ini.

2 comments:

kembara kelana said...

aku penyokong arsenal sekarang min

Sukimin said...

haha kawan aku sorang ni....macam mana boleh bertukar kem? mehlah tukar ke MU, hehe