Sunday, February 27, 2011

Syamira Outing

Minggu lepas hari Ahad 20 Feb Syamira outing dan balik rumah Kinrara.  Sebelum itu, hari Khamis aku dah ambil satu beg pakaian dia untuk dicuci.  Jadi masa semalam dia balik rumah dia tinggal gosok aje.  Ini berikutan dalam outing dia yang lepas, dia bawa balik baju masa outing tu. Jadi sementara nak tunggu basuh dan kering ambik masa yang agak lama.  Akhirnya pada minggu tu terasa kelam-kabut pergi beli barang groceries dan toiletteries dia di IOI sampai dia tak sempat habiskan gosok dan mandi.




Jadi semalam kita orang sempat makan steam boat yang orang rumah aku masak sendiri. Hmmmmm....memang menyelerakan dan sedap.  Sempat beli barangan keperluan Syamira di Giant Kinrara. Hmmmm punyalah mahal harga barangan sekarang, semalam aje habis seratus lebih.

No comments: