Saturday, November 28, 2009

BPL: Perlawanan yang menarik minggu ini

Malam ini MU akan bertemu Portsmouth di gelanggang lawan. Portsmouth mendapat suntikan baru apabila bekas pengurus Chelsea memulakan tugas utamanya malam ini. Avram Grant sudah pasti ingin membalas dendam di atas kekalahan Chelsea dalam perlawanan akhir Champions League di Moscow pada tahun 2008 di tangan MU. Dia juga perlu membuktikan kewibawaannya untuk mengeluarkan Portsmouth di kedudukan tercorot. Namun yang lebih menarik esok apabila Chelsea bertemu Arsenal dan Liverpool bertemu jiran setempat Evertoon. Ramai yang akan berdebar esok - Raj, Usop Rompin, Pak Din, Efy, Abang, Azrul dll

kat banting

Sunday, November 22, 2009

EPL: keputusan yang menarik

aku bary sampai dari klia. Ni tengah tunggu game MU lawan Everton. Keputusan terkini menarik pada aku apabila Arsenal tumpas di tangan Sunderland. Maknanya MU boleh naik ke tangga kedua kalau menang jap lagi. Raj, Hamlay, Azrul, Azhari, Abang aku rasa mereka kecewa apabila Pool sekadar seri dngan Man City, Dalam pada itu, aku rasa usop rompin tersenyum lebar bila chelsea menang besar ke atas wolves 4-0

Perjalanan yang 'sia-sia'

dari rumah kakak ipar aku, kita orang terus ke klia. masuk parking, terus bergegas ke kaunter tiket mas. Hmmm...masa tu pukul 11.55 malam dan rupa2nya kaunter dah ditutup kecuali untuk penerbangan ke shanghai. Aku merayu agar dapatlah kiranya benarkan aku berurusan. Aku beritau yang penat dah kita orang datang dari jauh - masa, minyak, parking. Aku kata tak sangka yang kat klia ni kaunternya pun tutup juga. Lagipun baru 10 je kita orang lewat. Tapi.......tak dilayang. Makna

Saturday, November 21, 2009

Makan malam di Restoran Amir BBBangi

Aku on the way ke rumah kakak ipar aku kat seksyen 2 bbbangi. Singah makan kat sini dulu sambil tengok game Liverpool lawan Manchester City. Kedudukan masih 0-0

EPL

Malam ni kira2 jam 1.30 pagi akan berlangsung perlawanan ini setelah EPL berehat kira2 2 minggu. Sekarang ni MU di tangga ketiga di belakang Chelsea dan Arsenal. Namun perjalanan masih jauh lagi sebelum juara EPL boleh donobatkan. Aku harap kali ini MU dapat menjadikan Everton sebagai mangsa untuk kembali mencabar kedudukan teratas liga.

HAC: SK Taman Putra Perdana

En. Hasnul Hadi b. Abdullah Sani, Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor telah merasmikan majlis kali ke-6 ini.

Friday, November 20, 2009

Gambar Guru SKTPP

Dengan bilangan guru seramai 128 orang, memang sukar untuk diambil gambar kesemua mereka. Cadangan asal begitulah, namun susun punya susun nampaknya terpaksa juga dipecahkan kepada 2..... Lihatlah aksi dan gelagat guru2 sewaktu sedang dicuba untuk diambil gambar serentak.

Wednesday, November 18, 2009

Pengurusan Keselamatan Organisasi

Ceramah disampaikan oleh En. Khairul Anuar b. Zakaria, Pengarah Bahagian Tapisan Keselamatan.

Ngeteh dengan ustaz Azam

Aku dah terlelap tiba2 dikejutkan bunyi deringan telefon. Rupa2nya ustaz azam. Terus set jumpa untuk ngeteh kat gerai atap ala2 payung kat putrajaya - bangi kopitiam. Dia baru balik dari dinner hujung tahun sekolah dia dengan Akmal.

Result dah keluar

Petang tadi Raj sibuk sms aku bertanyakan pasal result. Dia ni silap orang, manalah aku kisah sangat hal tu. Aku jawab tak tahu. Tak lama kemudian dia tepon aku lak masa aku on the way nak gi dinner. Dia kata result dah keluar..... Lepas makan aku sembang dengan member2 Cyberjaya. Habis tu pergi ziarah member2 lain yang tengah merelease tension kat bilik khas. Kemudian baru aku semak kat laman web ukm. Memang dah keluar....

Tuesday, November 17, 2009

Hj. Mahmod Karim

graduate utm posting ke star 17 , bs, star pkhem, pp, smk dato hamzah pk1, ppd klang, smk badar baru sultan sulaiman, tlk gadong, ppd dan jpn

Jumpa kawan lama Hj. Ashaari Ahmad Zaini

Corus Hotel

Kat sinilah aku untuk 3 hari ni....

Monday, November 16, 2009

Mesyuarat di Pee Dee

mulai hari ini, 49 pengetua dan guru besar akan berkampung di Corus Paradise Hotel sampai 18 Nov ni (Rabu)

Sunday, November 15, 2009

Kolam Udang

Dah lama tak jengah kolam udang.....rupa2nya dah lain sikit sekarang

Pisau Cukur

Best betul cerita ni....padat dan lucu

Bowling di IOI

Semalam sempat melayan irfan main bowling kat ioi. dah lama betul dah tak berbowling. Irfan punya skill pun dah merosot. Sempat aku dengan dia main 2 game aje. orang rumah aku terpaksa dilarang bermain bowling....