Tuesday, November 10, 2009

Alfatihah Buat Allahyarham Mohammad Razip Mohamed Shah

Jamuan Akhir Tahun 2002 di Kelab Tasik Putrajaya (1 November 2002)

Penghujung tahun sesi persekolahan 8 November 2002 Sukan Sekolah Kali Ke-3 (27 Oktober 2002)

Semalam aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari Nafishah Hassan (pengganti aku di SK Putrajaya 2) pada jam 3.12 petang. Selepas panggilan itu, aku terima panggilan & miskol bertalu-talu antaranya daripada Amin Hamzah, Radzi Abdullah, Pak Din, Shikin dan Rohani. Dia memaklumkan berita sedih mengenai salah seorang rakan aku, Razip telahpun kembali ke Rahmatullah akibat serangan sakit jantung. Ketika menghembuskan nafasnya yang terakhir, aruah sedang memandu di bulatan Putrajaya.

Beliau merupakan antara guru pertama (selain daripada Meor, arwah Aemly, Pak Din, Rashidan) yang dipilih untuk bertugas di Sekolah Bestari pertama (sekolah rendah). Di sekolah murid-murid mesra memanggil beliau sebagai Sir Razip kerana beliau mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris. Pada tahun 2004, beliau bertukar ke SK Putrajaya Presint 11 (1) dan tempat tugas terakhir aruah ialah di Jabatan Pelajaran Putrajaya.

Aruah juga merupakan jiran aku di Jalan PG1/4, Presint 9. Penempatan ini merupakan antara yang pertama di Putrajaya iaitu pada awal tahun 2000.

Alfatihah....semoga rohnya tergolong di kalangan mereka yang beriman.

1 comment:

pejal said...

terima kasih atas keperhatinan cikgu cikgu yang sama sama bertungkus lumus menyempurnakan jenazah arwah pada hari tersebut, dari isteri dan keluarga arwah...