Sunday, November 30, 2008

Kenduri Kahwin Adik YDP SKS2BK

Sempat aku menghadiri jemputan perkahwinan adik perempuan Yang Dipertua PIBG sekolah aku, En. Hamlay Othman di rumah orang tuanya. Kat BK4 juga, dekat je dengan rumah aku.

Saturday, November 29, 2008

Most Number of Facial Shaves in 1 Day

Aku kat giant kinrara lepas lunch singgah jap tengok rekod yg cuba dicipta oleh gillette. Orang yang nak menyertainya perlu membeli pencukur gillette mach 3. Setakat masa aku hantar entri ni ke blog, dah 895 org yang menyertainya. Countdown masanya tepat-tepat ada lagi lg 7 jam.

lunch lewat kat mango chili, kinrara

Friday, November 28, 2008

28.11.08: Hari ini

Pagi ni buat kali pertama kita orang berdua sarapan kat kedai mamak kat BK4. Lepas breakfast orang rumah aku terus pergi kerja.
Kemudian tengah hari sempat makan sama dengan orang rumah aku di Taman Seri Serdang

Tuesday, November 25, 2008

Stress - Kawal Sampai Jadi Reward

Semalam masa aku balik dari UKM, aku ikut BESRAYA tapi terlajak untuk belok ke simpang masuk ke Seri Kembangan/South City Plaza. Bila terlepas simpang ni memang stress habislah aku sebab tak pasal-pasal kena bayar tol dan laluannya jauh sikit lak tu - kira macam sudah jatuh ditimpa tanggalah. Sekurang-kurangnya ini kali ketiga terlepas simpang tu.
Untuk mengelakkan dari aku stress tak pasal-pasal, aku terus memikirkan apa yang aku boleh beli, pergi atau buat di laluan yang aku terlajak tu agar sekurang-kurangnya seolah-olah aku memang sengaja nak ke situ. Dalam memerah otak tu tetiba aku teringat kawan aku si Hazmen (BTMK) pernah kata cendol yang paling sedap adalah di Sg. Besi. Apa lagi terus aku kol dia dan dia beri instruction lokasi kedai tu. Berpusing-pusing jugalah aku dibuatnya. Dalam sembang-sembang sementara mencari lokasi gerai tu, si Hazmen kata cendol tu akan jadi lebih sedap kalau aku bawak dia sekali (kurag asam punya kawan). Akhirnya jumpa juga aku gerai cendol yang dimaksudkan di Jalan Suasa. Hmmm... memang sedap. Gula merah dia akan sukat dalam cawan khas, bukan main tuang agak-agak aje. Untuk Hazmen aku dah beli bungkus untuk dia. Dia ni memang partner aku minum cendol masa aku kat blok E2 dulu - setiap Jumaat ada jual cendol kat tepi E3.

Monday, November 24, 2008

Aku di UKM

Untuk dua minggu ni, mulai 24 November sampai 7 Disember 2008 aku akan berada di UKM. Oleh itu kepada sesiapa yang mungkin kol aku, kalau aku lambat jawab atau tak jawab kena faham-fahamlah. Biasanya aku lebih suka di SMS pada waktu ini.

Saturday, November 22, 2008

Jiran Aku Yang Rajin

Ni jiran depan rumah aku. Dia ni dah bersara dari guru. Aku tengok dia memang rajin. Kawasan rumah dia bersih aje. Kalau kat luar pagar rumah pun dia betul-betul ambil berat, boleh bayangkan apatah lagi dalam rumahnya. Pokok jambu air kat luar pagar antara rumah dia dengan rumah sebelah dia rajin menerimnya - kemas dan cantik. Berbuah lebat lak tu - agaknya ramai yang geram nak ambil buah jambu air tu.
Aku ambik gambar ni masa tengah sembang dengan dia. Sambil bersembang sambil dia sibuk membuang pasir yang mengalir bersama air hujan dari rumah jiran (yg tgh renovate rumah) sebelah atas bukit. Punyalah dia nak pastikan bersih, sanggup dia kaut gunakan tangan!

Friday, November 21, 2008

Linda Datang Menziarah

Baru sebentar tadi Linda kawan baik orang rumah aku datang ke rumah bersama-sama suami dia. Mereka berkahwin bulan Mei lepas dan orang rumah aku menjadi pengapitnya. Punyalah kawan rapat, cuba perhatikan jam hantaran masing-masing - serupa! Beli tak ada pakat-pakat, bila terjumpa baru perasan yang jam mereka sama.

Thursday, November 20, 2008

Khairudin dan Ina

19.11.08 Dia orang suami-isteri nak jumpa aku dari pagi lagi tapi aku sibuk mesyuarat. Habis mesyuarat terpaksa bergegas ke shah alam utk sesi taklimat sambil berkenalan dgn pengarah baru dr zahri aziz. Last2 aku mintak dia org tunggu aku di rumah mertua aku aje dlm pukul 6 ptg. Sikit punya susah aku nak sms terangkan cara nak ke situ. Biasa org akan tepon balik tanya cara nak ke situ, tapi kali ni tak. Masa aku dah dekat smp umah mertua aku, tetiba dia sms dah smp. Aku yg bagus beri instruction ke? Bila smp dan bersembang dengan dia berdua, kedua2 mertua dan isteri aku rupa2nya khairudin ni berasal dr kg yg sama dgn kedua2 mertua aku. Satu lg area rumah mertua aku ni pun memang dia org cekap sgt dia org pernah ada rumah kat kaw ni (hmmm padanlah senang je dia cari rumah!). Lepas tu mertua aku lak yg lebih bersoreh dgn dia org. What a small world

Adik Bongsu Aku & Pak We Dia

Monday, November 17, 2008

Survey Tempat Berkhemah di P.D.

Aku dengan orang rumah aku mengambil kesempatan untuk meninjau tempat perkhemahan di P.D. untuk bawa Irfan dan kakaknya. Birthday Irfan yang lalu (16 Ogos) dia mintak khemah dan set bola & tiang gol.Memang sesuai dan aku rasa dia akan seronok.

Sunday, November 16, 2008

Aku di Port Dickson

Aku dengan Hj. Kamaruzaman Yahya, Pengerusi MGB Petaling Perdana
Aku menghadiri reviu Transformasi Kurikulum Kebangsaan Prasekolah dan Sekolah Rendah di Selesa Beach Hotel, Port Dickson sehingga esok. Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM turut hadir bersama-sama orang-orang kuat BPK yang lain. Di sini dihimpunkan Guru Besar dan Guru KIA2M dari 33 buah SK, 15 SJK (C), 12 SJK (T), 3 Sekolah Pendidikan Khas dan 3 Sekolah Agama di samping 10 guru prasekolah bagi mewakili 7621 buah sekolah rendah seluruh negara.

Tips: Penggunaan Labels

Ramai bloggers yang tidak memanfaatkan fungsi Labels pada setiap posting yang dibuat. Ini mungkin disebabkan sama ada mereka tidak rajin atau tidak tahu dan sesetengah kurang pasti tentang tujuan sebenar Labels tersebut. Fungsi Labels merupakan seolah-olah kita mengkategori posting yang kita buat. Kita boleh memasukkan sebarang perkataan untuk dijadikan sebagai kategori. Namun pastikan ia berkaitan dengan isi posting yang dibuat. Labels boleh melebihi dari satu jenis kategori dan setiap satunya hendaklah dipisahkan dengan simbol koma (,).
Labels akan bertindak menjadi penapis (filter) terhadap semua jenis posting yang dibuat. Sebagai contoh, jika kita klik perkataan tips pada ruang Labels di bawah ini, maka kita akan dipaparkan dengan semua posting yang berkaitan dengan tips sahaja. Ini akan dapat memudahkan pembaca untuk memilih posting yang ingin dicari andainya bilangan posting yang telah dibuat sudah terlalu banyak.

Tips: Mengubah Zon Masa

Mengubah Zon Masa ke Zon Masa Malaysia amat berguna kepada pembaca termasuk pemilik blog. Secara defaultnya Zon Masa yang ditetapkan sewaktu mencipta blog ialah GMT+00:00. Untuk menukarnya, kita boleh mengikuti langkah berikut:. Customize - Settings - Formatting - Time Zone - tukar ke (GMT+08:00)Kuala Lumpur-Save Settings

MU vs Stoke City

Lawan di Old Trafford....nampaknya reputasi Stoke yang sebelum ini berjaya menggegarkan kelab-kelab atasan tidak menjadi bila menentang MU. Empat kosong Stoke kena belasah. Di penghujung game, Alex Feruguson memasukkan beberapa pemain muda dan antaranya ialah Danny Welbeck. Dia score gol keempat - memang hebat jaringan dia tu. Umur dia baru je 17 tahun! Ini antara komen Sir Alex Ferguson terhadapnya: The 17-year-old made an impressive cameo appearance against Saudi Arabian outfit Al Hilal earlier this week, catching the eye sufficiently to provide more weapons in the Reds’ senior squad. “We brought young Welbeck into the squad for the trip to Saudi and he did very well. He will stay with the first team squad now,” Sir Alex said. “He’s no doubt a Manchester United player, the boy, but he’s only young, he’s only 17. He needs time, like they all do, and he needs a bit of strength.”“But he’s got a lot of marvellous things about him. He’s a local boy, which is nice too, it’s nice to get a local boy in.” Tak habis aku menaip, Ronaldo score gol kelima juga melalui free kick minit ke-89. Jadi senarai penjaring gol malam ini ialah Ronaldo (2 gol), Carrick, Berbatov dan Welbeck.

Saturday, November 15, 2008

irfan menang hamper

Dalam cabutan bertuah, Irfan berjaya mendapat salah satu daripada hamper yang ditawarkan. Gambar menunjukkan Pengerusi Kelab Guru dan Staf, Pn. Nafisah Salleh sedang menyampaikan hamper kepada Irfan

Makan, makan, makan

Sepetang Bersama Warga SK Seksyen 2 Bandar Kinrara

Aku, isteri dan Irfan menghadiri majlis Hi-Tea ni di Kelab Golf Bukit Jalil. Ramai guru dan staf hadir bersama pasangan dan anak masing-masing. Walaupun orang rumah aku dalam pantang, namun dia gagahkan juga untuk hadir ke majlis ini. Kesian dia sebab banyak tengok orang lain makan daripada dapat makan. Mana taknya makanan yang dihidangkan memanglah tak sesuai untuk orang yang tengah berpantang.

Selain guru dan staf, AJK PIBG juga turut sama hadir seperti En. Hamlay Othman (YDP), En. Zulhaizan Mohd. Nor (NYDP) dan En. Hasni (walaupun ada hal, datang juga dia).

Terima kasih semua!

Tuesday, November 11, 2008

Belum Ada Rezeki....

Kegembiraan yang dikongsi oleh aku sekeluarga hanya sementara sahaja apabila semalam (10 Nov 2008) Dr. Sheela memaklumkan secara rasmi bahawa bakal anak aku yang keempat telah gugur. Lantas terus diatur temujanji untuk orang rumah aku menjalani D&C (Dilation (dilatation) and curettage) pada hari Rabu. Doktor memaklumkan andainya berlaku sebarang pendarahan segeralah ke klinik. Sepanjang perjalanan balik dari Klang ke Kinrara orang rumah aku menangis kesedihan. Irfan cuba memujuk uminya dengan mengatakan 'Jangan nangis umi, nanti baby dalam perut sedih'. So innocent dia.... Memang kita berdua tidak menceritakan hal sebenar kepadanya.
Malam itu setelah kita berdua berbincang, keputusan dibuat agar D&C dilakukan esoknya sahaja. Jadi malam itu orang rumah aku berpuasa mulai jam 12 tengah malam seperti yang diarahkan dan pada jam 6 pagi menelan 2 biji pil yang diberikan oleh doktor. Selepas menghantar Irfan ke sekolah, kita berdua terus menuju ke Klang. Irfan aku tidak bekalkan dengan pakaian dan beg sekolah KAFAnya kerana bercadang untuk mengambilnya di sekolah pada tengah hari sebelum menguruskan pemergiannya ke KAFA. Namun rupa-rupanya kita check-out dari klinik tersebut kira-kira jam 2.30 petang.
Kandungan tersebut sememangnya semacam ada sedikit masalah sejak kali pertama bertemu dengan doktor untuk membuat pemeriksaan di KPMC pada 2 November yang lalu. Walaupun sudah 7 minggu usianya namun ia tidak kelihatan semasa diimbas. Doktor yang memeriksa memberikan dua kemungkinan iaitu sama ada kelewatan keluar haid ataupun mengandung di luar rahim. Dia memberi dua pilihan untuk mengesahkannya iaitu sama ada menjalani ujian HCG atau datang sekali lagi untuk pemeriksaan berikutnya selepas 2 minggu. Setelah beribincang dengan orang rumah, kita mengambil keputusan untuk datang semula selepas 2 minggu. Namun kegelisahan orang rumah aku dapat aku kesan dan untuk mententeramkannya aku berjanji untuk membawanya ke klinik lain. Esoknya kita orang bertiga ke Klang pula iaitu Klinik Pakar Wanita Sheela Dan Rumah Bersalin. Doktor yang memeriksanya ialah Dr. Hawa dan rupa-rupanya dia kenal aku kerana anak-anaknya adalah anak murid aku semasa aku bertugas di SK Telok Pulai dari tahun 1994 hingga 1999. Dr. Hawa meminta pregnancy test dengan menggunakan urin dilakukan - memang sah pregnant. Namun apabila diimbas juga tidak kelihatan. Lalu doktor melakukan ujian berikutnya dan didapati baby yang dikandung saiznya 2 minggu kecil berbanding usia yang sepatutnya. Doktor memaklumkan mungkin tersilap kira ataupun baby keguguran.

Sunday, November 9, 2008

Amik keta dan lawat syam


Orang rumah aku sedang menulis kad hari lahir Syamira

Syamira memasuki kereta

Syamira kegembiraan mendapat hadiah yang diidamkan
Syam dengan hadiahnya
Nak balik dah - Syam turun dari kereta.
Masuk ni dah empat kali aku taip cerita dalam posting ni tapi tetap tak berjaya. Harap-harap server tak ada problem kali ni. Balik dari Shah Alam, aku dengan orang rumah aku singgah rumah untuk amik hadiah birthday Syamira. Lepas tulis kad, kita orang singgah Giant untuk belikan weekly food supply dia.

Ke klinik dr rosly di seksyen 18

Jangkanya aku balik umah lepas anta along, tapi

Saturday, November 8, 2008

Tengok Skrin Besar

Biasanya kalau kita tengok bola kat kedai mamak, ia akan ditayangkan di skrin besar dengan menggunakan LCD projektor. Mungkin ini antara hasil pelaksanaan PPSMI di sekolah-sekolah yang berjaya merakyatkan penggunaan LCD projektor di merata-rata tempat termasuklah di kedai-kedai makan (hmmmm....jangan sampai LCD projektor tu ada no siri atau cop Hak Milik Kerajaan sudah ler).
Memang hajat di hati nak tengok game tu di skrin besar kat restoran Hakim. Tapi disebabkan lambat sampai, semua tempat dah penuh sesak. Jadi ada tak ada kita orang pergilah ke restoran ini kerana masih ada banyak tempat kosong. Seronok juga tak payah bersesak-sesak tengok game ni...dalam hati tertanya-tanya kenapa kat sini kosong.
Akhirnya terjawab persoalan tu. Rupa-rupanya LCD projektor kat kedai ni kena curi! Tiada rotan, akar pun berguna. Maka ditayangkanlah MU lwn Arsenal (satu game yang besar) di televisyen yang tidak besar.... Apa-apapun feel tu ada juga ler.

MU Tewas Akhirnya

Hmmm....pertama kali posting aku belum ditaip isi kandungannya (baru hantar tajuk je), dah ada orang yang komen. Hebat Pak Din ni! Seronok sangatlah musuh-musuh MU bila melihat MU tewas apatah lagi kalau yang menewaskan MU tu adalah pasukan favourite mereka. Pak Din sekeluarga peminat Arsenal rupa nyer.... Aku lak sekeluarga peminat MU - aku, Ira dan Irfan. Apa-apapun tahniah kepada peminat Arsenal di atas kejayaan Arsenal yang berjaya menterbalikkan rata-rata ramalan yang kebanyakannya meramal MU akan menang. Aku akur dengan kekalahan 1-2 di gelanggang lawan tu .... apa-apapun yang penting kita terhibur denagn persembahan yang ditunjukkan. Pada Pak Din & keluarga, adik ipar aku si Efy dan Arbain aku ucapkan setinggi-tinggi tahniah.

Member Sempat Join Sekejap

Masa odw ke Shah Alam, aku telefon Member ajak join sekali tengok bola. Tapi dia kata dia nak g jemputan kawin kat Klang. Walau macam manapun dia kata kalau sempat dia akan join. Memang dia tak mungkir janji. Masa half time dia sampai dengan orang rumah dia....

Mana janji adik ipar aku

Aku dengan Irfan menyahut cabaran adik ipar kau untuk pakai jersi favourite team masing-masing untuk menonton game Arsenal-MU di kedai mamak Shah Alam
Tapi adik ipar aku boleh pakai baju Paris bila kita orang bertemu di kedai yang dijanjikan
Tapi bila Arsenal dah lead 1-0, dia sanggup balik rumah tukar baju Arsenal!
Minggu lepas masa aku g umah mertua aku, adik ipar aku si Efy cabar ajak tengok bola Arsenal dengan mu kat luar - skrin besar kedai mamak. Dia kata mesti pakai jersi team masing-masing. So aku dengan irfan sahut cabaran dia. Tapi bila sampai kat tempat yang dijanjikan, adik ipar aku tak pakai jersi arsenal lak! Macam-macam alasan dia beri. Kita orang kat seksyen 7, restoran al-esfan. Game baru je start.

Siksanya Mak Ngah

Sebelum menonton game Arsenal menentang MU di kedai mamak Seksyen 7, aku ke Restoran Khalifah untuk beli dinner dengan orang rumah aku, Irfan dan Dania. Budak berdua tu seronok keluarkan kepala kat sunroof. Cuba tengok gambar, betapa seronoknya mereka berdua.
Namun disebalik kegembiraan tersebut, perhatikan orang yang bertanggungjawab disebaliknya - siksanya Mak Ngah (Dania panggil orang rumah aku mak ngah). Mak Ngahnya terpaksa menjulang si Dania kerana kaki dia tak sampai nak pijak arm rest kereta. Tambah siksa lagi sebab sekarang ni si Dania dah berisi sikit, jadi sesak juga orang umah aku dibuatnya.

Tengok Game Malam Ini

Aku odw gi shah alam

Skrg aku tengah tunggu kat bwh apartmenutk amik kakak ipar aku

Majlis Anugerah KAFA Irfan

Hari Sabtu lepas berlangsung majlis tu. Irfan masuk pertunjukan pakaian beragam. Dia kena menggayakan gaya pengantin moden dan dipartnerkan dengan seorang perempuan. Aku dengan uminya merata carikan sut pengantin tu dan akhir dapat di sebuah kedai kat IOI Mall. Nak sewa di kedai gambar mahal, belipun mahal. Sebab harganya lebih kurang, baik beli aje.

MU menentang Arsenal di Highbury malam in

MU di tangga ketiga liga akan bermain di tempat lawan malam ni menentang Arsenal. Jika dilihat pada prestasi semasa, MU dilihat mampu menewaskan the Gunners kerana pasukan itu kini dihimpit masalah kecederaan dan penggantungan pemain-pemain utamanya seperti Adebayor dan van Persie. Arsenal kini di tangga keempat dengan 20 mata, ketinggalan 1 mata di belakang MU. Liga kini diterajui Chelsea dengan 26 mata diikuti oleh Liverpool juga TH mata.

Wednesday, November 5, 2008

Tips: Mengaktifkan fungsi 'Quick Editing'.

Satu cara shortcut untuk buat editing ialah dengan mengaktifkan fungsi 'Quick Editing' dalam setting blog kita. Jika fungsi ini aktif, kita hanya perlu klik gambar pensel pada posting yang mahu kita sunting. Cara untuk activatekannya ialah: 1- Pergi ke Dashboard 2- Pilih Setting - browse sikit ke bawah sampai jumpa 'Show Quick Editing on your Blog?'. Tukar pilihannya ke 'Yes'. Kemudian browse lagi ke bawah dan klik 'Save Settings'. 3- Setelah diaktifkan fungsi ni, kita akan nampak ikon pensel di sebelah comments setiap posting. Jadi pada bila-bila masa kita terasa nak sunting posting tersebut, klik aje ikon pensel tu.... Jika tidak diaktifkan fungsi 'Quick Editing', kaedah untuk menyunting ialah... 1- Dashboard 2- klik Edit Posts 3- klik Edit pada posting yang mahu pinda. Pindalah semahunya. 4- Klik Publish Post untuk save dan publish

Kisah Semalam

laksa kak nah, anta kereta tinggal kereta kat bemgkel along, jumpa dr hawa, singgah rumah mertua, dinner kat tesco puchong

aku lunch kat al-ehsan bk3

aku baru je abis meting dgn semua pk aku ttg anugerah tokoh pelajar dan prestasi tahunan staf. Dah lewat dan dah lapar sgt. Odw keluar nak g makan aku nampak irfan masih kat wakaf so aku ajak dia sekali makan.

Tuesday, November 4, 2008

Happy Birthday Syam!

Hari ini, 4 November ialah ulang tahun hari lahir Ira Syamira yang ke-14. Dia lahir pada tahun 2004, hari Jumaat di Klinik Pakar Wanita Sheela dan Rumah Bersalin, Klang. Masa tu aku tinggal di Teluk Pulai, Klang dan bertugas di SK Teluk Pulai. Happy birthday Syam! Tapi tak boleh nak celebrate sebab dia kat asrama. So lambat sikitlah.... Hadiah dari orang rumah aku dah beli cuma hadiah dari aku je yang masih belum sebab Syam kata kena tunggu dia ada untuk pilih jam tangan tu sendiri....

Monday, November 3, 2008

Keputusan Dahpun diumum

Sekolah aku dapat saguhati sahaja. Walau bagaimanapun aku tetap berbangga dengan usaha gigih pk hem, guru spbt, pibg, ahli kelab dan semua yg terlibat dapat mewakili selangor hingga dapat meletakkan sekolah dalam top 7 di pkt kebangsaan. Johan ialah sk perasu, gua musang. Johan menengah pula ialah smk sacred heart, sibu. Hadiah disampaikan oleh ketua pengarah pelajaran malaysia, dato haji alimuddin hj. mohd dom

Anugerah Pengurusan SPBT Cemerlang Pkt Kebangsaan

Aku hari ini menghadiri majlis tu di Hotel Summit bersama2 PKHEM Pn. Nafisah Salleh, Guru2 Pn. Norhapizah Nordin, En. Yusri Yusof dan pelajar2 Asyraf Dinie, Mohd. Afiq Nazwan, Nursyarafina dan Nursyafiqah.

Sunday, November 2, 2008

2 November 2008 (Ahad)

Lepas ke bilik PA
Dalam keretapun Irfan buat latihan juga!
Menatap gambar semasa di Gold Coast sambil berborak
Syam dengan dua rakan biliknya sempat berposing
Makan di Bravo - pertama kali Irfan habis makan nasi sepinggan penuh!
Dalam sibuk-sibuk di rumah mertua aku, si Irfan tetap tidur
Irfan order waffle, dan orang rumah aku sweet corn
Sebelum tidur, Irfan sempat buat 4 muka surat latihan dan minum susu
Aku sekeluarga pergi melawat Syam di SSP. Seperti biasa, sebaik sampai ke asrama kita perlu ke bilik PA untuk memaklumkan kepada pelajar bertugas agar membuat pengumuman panggilan pelajar yang nak ditemui. Seperti biasa, Irfan menggalas tugas tu. Tiga kali pengumuman dibuat baru Syam datang.
Puas berbual-bual sambil dia membelek-belek gambar (hardcopy) trip kita orang ke Gold Coast baru-baru ni. Lama juga kita orang kat situ dan dalam pukul 2+ petang kita orang meninggalkan SSP untuk lunch di Bravo kat Puchong Utama. Habis lunch kita bertiga pergi ke KPMC. Tapi department yang kita nak berurusan tutuplah pulak. Lepas short discussion, ambil keputusan ke DEMC di Shah Alam. Hmmmm..... sama je, tutup juga.
Jadi kita orang terus ke rumah mertua aku di Seksyen 2.
Balik daru rumah mertua, kita bertiga ke Subang Parade untuk cari hadiah birthday Syam di Toy r us. Nasib baik ada apa yang kita orang cari. Lepas tu cari kad dan hadiah birthday dari Irfan kat Memory Lane.