Pagi tadi kita bertiga sarapan di Kedai Mamak. Lepas sarapan beli air bertapis dan balik rumah. Irfan sudah ditetapkan agar habiskan latihan yang dah aku sediakan untuk dia bagi menghadapi minggu peperiksaan mulai esok. Liat juga dia kena buat latihan yang agak banyak -moody serta mudah hilang fokus. Masalah yang paling dominan aku tengok ialah mengenai mudah hilang fokus. Fokus adalah berkait rapat dengan minat. Kalau tak minat dengan kerja yang sedang kita lakukan, fikiran akan menerawang ke tempat lain iaitu ke arah perkara-perkara yang diminati. Selain faktor tidak minat, kehilangan fokus juga boleh disebabkan gangguan sama ada dari luar atau dalam fikiran. Sebab tu biasanya kita kata kalau nak study kita kena duduk dalam bilik yang senyap agar gangguan luar dapat diminimumkan. Kalau seseorang hilang fokus disebabkan terdapat gangguan dalam fikiran (biasanya ada masalah), kita boleh kesan sama ada melalui body languangenya atau apa yang dituturkan. Macam Irfan pagi ni masa tengah buat latihan, sekejap-sekejap dia tanya tentang kawan baik dia atau cerita yang dia minat.
No comments:
Post a Comment