Sunday, November 2, 2008

2 November 2008 (Ahad)

Lepas ke bilik PA
Dalam keretapun Irfan buat latihan juga!
Menatap gambar semasa di Gold Coast sambil berborak
Syam dengan dua rakan biliknya sempat berposing
Makan di Bravo - pertama kali Irfan habis makan nasi sepinggan penuh!
Dalam sibuk-sibuk di rumah mertua aku, si Irfan tetap tidur
Irfan order waffle, dan orang rumah aku sweet corn
Sebelum tidur, Irfan sempat buat 4 muka surat latihan dan minum susu
Aku sekeluarga pergi melawat Syam di SSP. Seperti biasa, sebaik sampai ke asrama kita perlu ke bilik PA untuk memaklumkan kepada pelajar bertugas agar membuat pengumuman panggilan pelajar yang nak ditemui. Seperti biasa, Irfan menggalas tugas tu. Tiga kali pengumuman dibuat baru Syam datang.
Puas berbual-bual sambil dia membelek-belek gambar (hardcopy) trip kita orang ke Gold Coast baru-baru ni. Lama juga kita orang kat situ dan dalam pukul 2+ petang kita orang meninggalkan SSP untuk lunch di Bravo kat Puchong Utama. Habis lunch kita bertiga pergi ke KPMC. Tapi department yang kita nak berurusan tutuplah pulak. Lepas short discussion, ambil keputusan ke DEMC di Shah Alam. Hmmmm..... sama je, tutup juga.
Jadi kita orang terus ke rumah mertua aku di Seksyen 2.
Balik daru rumah mertua, kita bertiga ke Subang Parade untuk cari hadiah birthday Syam di Toy r us. Nasib baik ada apa yang kita orang cari. Lepas tu cari kad dan hadiah birthday dari Irfan kat Memory Lane.

1 comment:

Sukimin said...

Bapak Irfan dulu memang tak rajin...hehe. Terima kasih atas doa kau ke atas Irfan. Amin