Saturday, November 8, 2008

MU Tewas Akhirnya

Hmmm....pertama kali posting aku belum ditaip isi kandungannya (baru hantar tajuk je), dah ada orang yang komen. Hebat Pak Din ni! Seronok sangatlah musuh-musuh MU bila melihat MU tewas apatah lagi kalau yang menewaskan MU tu adalah pasukan favourite mereka. Pak Din sekeluarga peminat Arsenal rupa nyer.... Aku lak sekeluarga peminat MU - aku, Ira dan Irfan. Apa-apapun tahniah kepada peminat Arsenal di atas kejayaan Arsenal yang berjaya menterbalikkan rata-rata ramalan yang kebanyakannya meramal MU akan menang. Aku akur dengan kekalahan 1-2 di gelanggang lawan tu .... apa-apapun yang penting kita terhibur denagn persembahan yang ditunjukkan. Pada Pak Din & keluarga, adik ipar aku si Efy dan Arbain aku ucapkan setinggi-tinggi tahniah.

1 comment:

Pak Din said...

Ssemalam dbatalkan semua aktiviti semata-mata nak tengok Red Devils lwn Gunners. Tonton bersama Amirul dan Abg Arif di rumah.
Amat gembira sebab Gunners menang. Biarlah tak dapat juara EPL, asal dapat kalahkan MU, Liverpool dan Chelsea pun dah cukup. Sorrylah Minjuk, kami sekeluarga sokong Arsenal.