Saturday, November 8, 2008

Tengok Skrin Besar

Biasanya kalau kita tengok bola kat kedai mamak, ia akan ditayangkan di skrin besar dengan menggunakan LCD projektor. Mungkin ini antara hasil pelaksanaan PPSMI di sekolah-sekolah yang berjaya merakyatkan penggunaan LCD projektor di merata-rata tempat termasuklah di kedai-kedai makan (hmmmm....jangan sampai LCD projektor tu ada no siri atau cop Hak Milik Kerajaan sudah ler).
Memang hajat di hati nak tengok game tu di skrin besar kat restoran Hakim. Tapi disebabkan lambat sampai, semua tempat dah penuh sesak. Jadi ada tak ada kita orang pergilah ke restoran ini kerana masih ada banyak tempat kosong. Seronok juga tak payah bersesak-sesak tengok game ni...dalam hati tertanya-tanya kenapa kat sini kosong.
Akhirnya terjawab persoalan tu. Rupa-rupanya LCD projektor kat kedai ni kena curi! Tiada rotan, akar pun berguna. Maka ditayangkanlah MU lwn Arsenal (satu game yang besar) di televisyen yang tidak besar.... Apa-apapun feel tu ada juga ler.

No comments: