Sunday, November 2, 2008

Syamira

Semalam Syamira telefon aku masa di Taman Desa Waterpark - so missed call lah sebab phone dalam locker. Budak di asrama tidak dibenarkan membawa handphone ke sekolah, oleh itu mereka hanya menggunakan public phone untuk menghubungi mereka yang di luar sekolah. Jadi kalau missed call sukar juga nak return call atau SMS. Kalau mereka ada akses yang mudah ke internet boleh juga gunakan emel atau aplikasi SMS percuma di site-site yang tertentu Nasib baik malam tadi dia kol semula jadi dapatlah berbual. Dia seronok ceritakan dua result exam dia yang baru lepas. Baru 2 subjects je yang dah tahu resultnya. Hmmm.... satu lagi birthday dia lagi dua hari iaitu 4 November (Selasa). Aku sempat tanya apa dia nak, dia jawab apa-apa ajelah. Akhir sekali dia kirim salam pada auntynya iaitu pesanan yang tak pernah dia tinggal setiap kali dia telefon aku. Lepas tu aku disccuss dengan orang rumah aku apa nak belikan hadiah dia. Orang rumah aku teringat sesuatu yang dia betul-betul 'geram' masa kita orang berempat mengunjungi Toy R Us dulu.

No comments: