Sunday, November 16, 2008

Tips: Penggunaan Labels

Ramai bloggers yang tidak memanfaatkan fungsi Labels pada setiap posting yang dibuat. Ini mungkin disebabkan sama ada mereka tidak rajin atau tidak tahu dan sesetengah kurang pasti tentang tujuan sebenar Labels tersebut. Fungsi Labels merupakan seolah-olah kita mengkategori posting yang kita buat. Kita boleh memasukkan sebarang perkataan untuk dijadikan sebagai kategori. Namun pastikan ia berkaitan dengan isi posting yang dibuat. Labels boleh melebihi dari satu jenis kategori dan setiap satunya hendaklah dipisahkan dengan simbol koma (,).
Labels akan bertindak menjadi penapis (filter) terhadap semua jenis posting yang dibuat. Sebagai contoh, jika kita klik perkataan tips pada ruang Labels di bawah ini, maka kita akan dipaparkan dengan semua posting yang berkaitan dengan tips sahaja. Ini akan dapat memudahkan pembaca untuk memilih posting yang ingin dicari andainya bilangan posting yang telah dibuat sudah terlalu banyak.

No comments: