Sebelum menonton game Arsenal menentang MU di kedai mamak Seksyen 7, aku ke Restoran Khalifah untuk beli dinner dengan orang rumah aku, Irfan dan Dania. Budak berdua tu seronok keluarkan kepala kat sunroof. Cuba tengok gambar, betapa seronoknya mereka berdua.
Namun disebalik kegembiraan tersebut, perhatikan orang yang bertanggungjawab disebaliknya - siksanya Mak Ngah (Dania panggil orang rumah aku mak ngah). Mak Ngahnya terpaksa menjulang si Dania kerana kaki dia tak sampai nak pijak arm rest kereta. Tambah siksa lagi sebab sekarang ni si Dania dah berisi sikit, jadi sesak juga orang umah aku dibuatnya.
No comments:
Post a Comment