Saturday, November 1, 2008

EPL: MU menentang Hull City

Hull City adalah pasukan yang baru sahaja menyertai Premier League musim ini. Sebagai pasukan baru, kedudukannya di tangga ke-5 mengatasi Manchester United yang berada di tangga ke-6 adalah agak sesuatu mengejutkan. Setakat ini Hull City yang dikendalikan oleh Phil Brown sudah mengumpul 20 mata daripada 10 perlawanan.
Sebentar lagi kira-kira jam 11 malam kedua pasukan ini akan bertemu di Old Trafford. Kedua pasukan ini kali terakhir bertemu adalah pada September 1987 juga di Old Trafford. Keputusan pada waktu itu ialah MU membelasah Hull City 5-0. Namun mungkin keadaan perlawanan malam ini jauh berbeza!
Apa-apa halpun member-member yang sokong Liverpool (Raj, Abang, Afindi) mesti tengah seronok sakan sebaik pasukan mereka menewaskan menewaskan Chelsea minggu lepas. Mereka bukan sahaja berjaya melonjakkan ke kedudukan teratas liga malah berjaya meranapkan rekod tanpa kalah Chelsea di gelanggang sendiri sejak sekian lama! Kepada peminat Chelsea (Yusri), syabas juga diucapkan dengan kedudukan di tangga kedua. Hmmm kepada Arbain dan Efy (peminat Arsenal), malam ni the Gunner akan menentang Stoke yang secara on paper mudah akan meratahnya..... Namun bola itu bulat (sebenarnya sfera)

3 comments:

Anonymous said...

Salam cikgu... hehehhe cikgu dah ada blog hebat tuu... saya saja taip nama sukimin tiba-tiba jumpa pulak blog nie. Semoga cikgu sukses dalam segala bidang. Maaf lah tak dapat gi kenduri kahwin ari tu.... ada hal pulak kat kg isteri.

Sukimin said...

Waalaikumsalam Razak! Ala blog ni saja-saja je buat sebab makin berusia ni, daya ingatan makin kurang jadi buatlah catatan dalamblog. Maklum ajelah saya ni kanmalas nak menulis secara mekanis dan kerap diari/nota catatan tu hilang ntah kat mana. Kalau blog ni bolehlah tulis dan baca dari mana-mana tempat asalkan ada akses internet. Daya ingatan makin kurang agaknya sebab banyak sangat makan organ dalaman, kepala ikan, guna handphone (gelombang elektromagnet) dsb. Kalau Razak ada bloh bolehlah berikan addessnya, boleh juga saya linkkan.
Tak dapat datang tak apa.....cuma dengar dari Tee yang kata nak ambik aura. Haha..

Anonymous said...

Salam kembali cikgu... hehehe saya tak de buat blog tapi isteri saya yang rajin buat blog. Kalau free singgah lah. MU jumpa Celtic minggu nie. Harap dapat belasah lebih 3 - 0 .http://ciklinn.blogspot.com/