Sunday, August 21, 2011

BPL: The Gunner tewas di gelanggang sendiri

Tanpa kelibat Cesc Fabregas, nampaknya nasib Arsenal terus dirundung malang. Kalau minggu lepas berkeputusan seri, minggu ni pulak dia tewas 0-2 di tangan Liverpool. Walaupun Arsenal menyerang bertali-arus namun akhirnya tunduk dengan gol sendiri dan jaringan Suarez. Kepada Pak Din, adik ipar aku Efy, Noorsham Yusof, Azmi Ahmad, Hazman Yusof, Noorshamsudin Darus dan lain-lain yang sewaktu dengannya, jangan putus asa.....

Saturday, August 20, 2011

Hidup selepas tidak melanggan Astro

Aku mula melanggan Astro sejak tinggal di Banting lagi iaitu pada tahun 1999. Sebelum tu masa tinggal di Klang, cuma mampu melanggan stesen kabel TV3 punya (lupa lak apa nama dia). Dari Banting sambung ke Putrajaya hingga tahun 2006. Bila aku mula tinggal di Saujana Puchong, mulalah gatal pakai 2 akaun. Masa tu aku tinggal dengan anak pertama aku, Ira Syaqira. Tapi tak lama selepas dia dah dapat lesen kereta pada tahun 2007, dia mula tinggal dengan emaknya. Tak lama kemudian pada tahun 2008 Irfan Syaqir pulak tinggal dengan aku. Yuran langganan Astro ni asyik naik terutama kalau kita langgan pakej sukan. Bermula dengan membayar RM100 lebih sikit untuk kedua-dua akaun tu, akhirnya dia meningkat RM200 lebih. Aku dengar tak lama lagi akan naik lagi. Bulan November kalau aku tak silap. Bila diingat2 balik, taklah aku sempat tengok semua pakej2 yang aku langgan. Mana ada masa nak nengok movie, sukan, AXN dsb. Yang betul2 aku tengok rasanya pakej sukan aje. Tapi pakej tulah yang mahal sekali. Pastu kalau nak Warna, kena tambah bayar. Tambah sakit hati bila balik2 kita disajikan dengan rancangan yang sama. Sakit hati menjadi bertambah, tambah, tambah meningkat apabila banyak iklan. Aku teringat sama Nsib Yang diPertua PIBG sekolah aku. Walaupun dia seorang ahli perniagaan yang berjaya dan isterinya pula merupakab seorang guru (sekolah aku) namun dia tidak menjadi pelanggan Astro. Senang bekerjasama dengan dia dalam bab ibubapa yang tak bayar yuran. Dia akan tanya "Astro ada tak? Kenapa Astro boleh bayar bulan-bulan tapi yuran yang setahun sekali ni tak boleh bayar". Last2 sempena dengan kos sara hidup yang semskin meningkat, lebih baik aku belanjakan duit tu untuk beli benda lain. Dalam zaman serba mahal ni, syarikat semakin untung lantaran kita sebagai pelanggan semakin tinggi membayar yuran. Maka mulai 17 Ogos 2011, bermulalah rumah aku sudah tidak melanggan Astro! Hmmm...setakat ni Alahamdulillah tak ada apa2 perbezaan burukpun. Oleh itu, aku cadangkan "Jom potong Astro!"

Kurang Ziarah Blog

Sejak aku beralih telefon bimbit dari N80 ke iPhone4, susah sikit aku nak update blog ni. Aku ni dari jenis malas menulispanjang-panjang, jadi selalu gunakan gambar untuk cover posting yang aku buat. Masa guna E71, E61, N80 semuanya tak ada masalah untuk upload gambar menerusi telefon tu. Tapi bila guna iPhone ni, dia diaablekan butang pilih gambar. Malaslah pulak aku nak cari apa sebabnya. Mana taknya, banyak kerja berfaedah lain yang aku boleh buat dari nak cari puncanya dan jalan penyelesaiannya. Aku beranggapan yang adik-beradik dan suku-sakat i (iPhone, iPad etc) ni, memang 'kurang ramah' untuk berkongsi apa yang dia ada dengan pengeluar lain. Contoh lain ialah dia tak boleh nak kongsi gambar dengan telefon atau gajet selain dari ahli keluarganya. Dah nak kena cari third party software. Itupun kalau jumpa.

Ke Bandar Baru Bangi

Kereta aku masuk bengkel di Sunway. Lepas hantar kereta sempat singgah rumah adik ipar di saujana puchong. Lepas tu ke bbb singgah rumah along pulangkan baby car seat. Cari baju raya mama Syir di pkns

Wednesday, August 10, 2011

Persiapan surprise birthday Irfan

Aku dengan orang rumah aku senyap-senyap mengaturkan sambutan hari lahir Irfan yang kesebelas. Cari hadiah, cari kad, tempah restoran semua dia tak tahu. Pulak tu kebetulan atuk dan nenek serta Cik Misah akan datang dari Johor.

Tengah berunding di TGIF, IOI Mall dan akhirnya buat booking untuk 7 orang

Beli hadiah. Tema semuanya pasal bola.
Cuba tempah kek Manchester United tapi tak berjaya. Kat Sec Recipe kena amik 1 minggu, kat IOI dia kata tak boleh buat pasal dia tak ada lesen untuk buat kek MU. Akhirnya tempah kek kegemaran Irfan di SR iaitu kek strawberi. Kita orang siap belikan buah strawberi segar lagi di Giant untuk ditambah pada kek tu.
Cari kad di

Monday, August 1, 2011

Melawat sepupu

Semalam sempat melawat sepupu baru Nasr di Bangi

Selamat berpuasa

Selamat menyambut Ramadhan dan menunaikan ibadah berpuasa Niat puasa dan doa berbuka puasa