

Giliran berhari raya di rumah orang tua aku pada tahun ini ialah pada hari raya kedua. Jadi mengikut perancangannya aku tiba di rumah orang tua aku dalam pukul 12.00 tengah hari. Dah set dengan adik-beradik aku yang lain, acara bermaaf-maafan ialah pada pukul 12.30 tengah hari. Sambil bermaafan, duit raya akan bertukar tangan. Selepas tu acara bergambar beramai-ramai diikuti dengan keluarga adik-beradik bersama emak dan bapak. Lepas daripada tu baru makan dan menziarahi rumah sanak-saudara. Biasanya hari raya berikutnya, akan sambung beraya di rumah sanak-saudara dan diakhiri dengan menziarahi rumah adik-beradik satu persatu.
Sekejap lagi aku nak masukkan duit raya pulak ke dalam sampulnya.
No comments:
Post a Comment