Wednesday, May 6, 2009

Akhirnya.....

Keputusan perlawanan adalah 3-1 memihak kepada MU. Haaaa, APA? MU menang? Huh, macam tak caya la pulak Arsenal boleh kalah kat gelanggang sendiri dengan begitu banyak. Agaknya begitulah rungutan penyokong Arsenal (macam Pak Din, Efy, Arbain, Norsham, Am Mansor etc) dan tidak ketinggalan juga oleh musuh MU seperti Usop Muo dan Yusry ex SKS2BK (penyokong Chelsea) , Findi, Raj dan Abang (Liverpool).
Gol-gol telah dijaringkan oleh Park Ji Sung minit ke-8, Ronaldo minit ke-11 dan sekali lagi Ronaldo minit ke-61. Arsenal dapat gol saguhati apabila van Persie menyepak masuk 'hadiah' tendangan penalti yang telah menyebabkan Fletcher dibuang padang. Pada pandangan aku Fletcher tidak patut dipersalahkan kerana kakinya menyepak bola dahulu sebelum mengenai kaki van Persie. Namun apa nak buat sebab umpire terlindung gara-gara berada di belakang mereka berdua. Jadi dia cuma nampak kaki Fletcher diangkat dan diikuti dengan van Persie terjatuh sedangkan melalui tayangan video jelas kelihatan Fletcher menyepak bola dahulu dan follow thru kakinya mengenai van Persie. Kesian dia kerana pasti digantung dan tidak dapat beraksi di final.
Ini tiga orang punya minum. Makannya dah tak nampak sebab dah dikemas kecuali roti bakar Efy yang terbiar akibat tuannya hilang selera akibat kalah.

Game tamat dan kali ini aku yang kena settle bill seperti yang dijanji. Kelihatan sebahagian pelanggan kedai ni beratur nak bayar.

Apa-apapun tempat ini memang happening. Cuma Shahrul dan Hanif aje yang tak ada, kalau tidak pasti lebih meriah. Tengkiu Pak Din!

3 comments:

rafi_reenz said...

huh...punya la banyak kita minum.... time nie mmg dah hilang selera nak mkn dah...Huakakakakaka......

Basuh Baju said...

MU rocks! hahaha

kembara kelana said...

mu akan dibelasah oleh barsa kat rom....kau tak caya kau negoklah min...puh puh puh