Aku banyak benda nak cerita sejak dari semalam tapi entahlah kenapa tak keluar-keluar posting baru. Mungkin blank - tak ada idea ataupun mungkin kekangan masa atau sebenarnya terlalu banyak sampai tak tau mana satu dulu nak buat. Aku teringat dulu-dulu bila aku ada lebih dari satu benda nak buat, aku akan baring2 untuk memikirkan atau tentukan yang mana nak didulukan. Tau akhirnya apa jadi? Hahaha .... akhirnya semua yang aku pertimbangkan tu tak dibuat sebab aku dah ter zzzzzzzz. Walau bagaimanapun aku tembak ajelah cerita pasal iPhone ni.
iPhone ni ialah hp canggih yang internet connected keluaran Apple Inc. Phone ni tak ada keyboard yang betul-betul, so kena guna skrin sesentuhnya aje. Ia mula dikeluarkan di US pada 29 Jun 2007 menggunakan teknologi quad-band GSM dengan EDGE. Generasi kedua dia baru ada UMTS dan HSDPA.
Hari ini nampaknya seharian sebahagian besar peminat gajet kat Malaysia ni bercakap pasal iPhone. Nampaknya YAB PM kita, Pak Lah menjelang hari-hari terakhirnya banyak terlibat dengan majlis-majlis pelancaran. Tadi dia di Cyberjaya dalam majlis pelancaran iPhone. Walau bagaimanapun nampaknya hanya pelanggan Maxis aje yang berpeluang menikmati kecanggihan iPhone.
7 comments:
Tertarik dengan ayat terakhir. Kebetulan saya adalah pengguna Maxis broadband sebab senang, ke mana2 pun boleh usung laptop ni, hehehe... errr, berapa RM harga iPhone tu ye? boleh minta husband belikan untuk ulangtahun hari lahir saya minggu depan... hehehehehe
iPhone dijual pada harga RM2,540 ke atas untuk muatan data sebesar 8 Gigabait (GB) manakala untuk muatan data 16 GB ditawarkan pada harga RM2,960 ke atas.
Hmmm...bolehlah kecek cik abang tolong belikan.
Whoaaaa... mahalnyaaaa! Kena fikir 100x kalau nak beli ni.. RM2.9k boleh buat booking beli rumah baru! Hehehehe..
kalau nak free pun boleh. kena ikat kontrak dengan maxis selama 2 tahun. ada beberapa pakej yang ditawarkan. tengoklah mana yang sesuai kalau berminat
Ahah, saya baru dapat maklumat tentang iPhone dari Maxis. Kena buat kajian dulu ni, hehe.
wak masih tak tido lagi. Tengah siapkan tesis ke? Memang betul, kena kaji dulu. Tak perlu terburu2 tambah lak zaman gawat ni....
Post a Comment