NYON , Switzerland - Penyandang juara, Manchester United mendapat lawan setimpal dalam pusingan suku akhir bola sepak Liga Juara-Juara selepas diundi bertembung dengan juara 2004, FC Porto di sini, semalam.
Buat tahun kedua berturut-turut, empat pasukan England tampil dalam suku akhir dengan Arsenal, Chelsea dan Liverpool memburu satu laluan yang cepat dan lebih mudah ke separuh akhir.
Ketika naib juara 2006, Arsenal diundi menentang pasukan Sepanyol, Villareal yang mara ke separuh akhir tahun yang sama, satu pertemuan suku akhir menyaksikan dua gergasi England yang, Liverpool akan menghadapi Chelsea di Anfield sebelum bertandang ke Stamford Bridge, seminggu kemudian.
Dalam suku akhir lain, juara 2006, Barcelona melayani Bayern Munich di Nou Camp sebelum bermain perlawanan kedua di Jerman. - AFP
No comments:
Post a Comment