Monday, March 9, 2009

Pukul 2 Pagi Baru Sampai Rumah!

tak ada perkataan yang boleh aku komen tentang perkhidmatan PLUS. Perjalanan aku dari R&R Tapah ke Kinrara mengambil masa 7 jam! Biasanya dalam 2 jam setengah dah boleh sampai. Sebagai upah kerana berjaya menyakitkan hati aku dan beribu-ribu orang lain yang menggunakan lebuhraya tu, aku dikenakan bayar tol sebanyak RM23.60. (Ipoh-Damansara). Semuanya ini adalah disebabkan gara2 PLUS menutup laluan arah ke selatan dari km358.? hingga km371.8.
Dari Kuala Kangsar, aku berhenti sebentar di R&R Tapah dan menyambung perjalanan semula pukul 7.10 malam. Tak lama selepas itu tetiba aku aku tengok deretan kereta bergerak macam semut di hadapan aku - alamak kesesakan lalulintas! Aku tak pasti di kilometer berapa aku mula terperangkap dalam kesesakan tu. Macam-macam tekaan mengenai puncanya. Seperti biasa punca yang diteka ialah berlakunya kemalangan. Berjam-jam kereta menengsot-engsot perlahan - jalan kakipun lebih laju! Bila dah berjam-jam tersangkut, maka berpuluh-puluh kenderaaan aku tengok berhenti di tepi. Rata-rata aku tengok adalah akibat kepanasan enjin. Dalam pada itu, aku percaya ada juga yang kehabisan minyak. Juga tidak ketinggalan yang letih dan mengantuk sempat melelapkan mata. Namun terdapat begitu ramai yang terpaksa melepaskan hajat di tepi-tepi jalan. Memang menjadi tontonan umum dari bebola mata dalam deretan kenderaan yang terperangkap. Yang melepaskan hajat tu bukan hanya kanak-kanak malah yang dewasa dan berumur juga turut sama 'membaja' rumput-rumput di tepi lebuhraya tu.
Rupa-rupanya tiada sebarang kemalangan tetapi hanyalah gara-gara tindakan kurang bijak pihak PLUS yang menutup jalan!

No comments: