Wednesday, March 25, 2009

Ribut Pada 25 Mac 2009

Saja aje aku amik tajukyang sama dengan Pak Din. Kat Kinrara ni hujan ribut mula turun kira-kira 4 petang. Hujannya memang tersangat lebat, petirnya berdentum-dentam dan anginnya pulak memang teramat kencang. Masa tu aku masih kat sekolah. Langsir kat bilik aku boleh terbang setingi2nya walaupun tingkat tertutup rapat. Ada poko yang tumbang dan papan gantung iklan pun ikut rebah menyembah bumi. Kat sekolah aku berlangsungnya pertandingan bolasepak peringkat zon. Adalah gunakan meja untuk kegunaan urus setia. Meja guru....diletakkan diu bawah tempat meletak basikal bebudak. Masa ribut tu, meja tu boleh melayang kira-kira 10 kaki dan sikit lagi kena kereta aku. Agaknya kalau tak ada divider mahu dia menghentam depan keta aku. Masa aku nak balik, hujan masih lebat. Sampai pondok jaga masih ramai juga bebudak yang belum balik. Budak2 ni rupa2nya dari tadi main hujan. Kita adalah ketakutan dalam pejabat, dia orang ni lak enjoy kat luar. Aku tolong hantar 3 orang budak sebab rumah dia orang agak dekat juga dengan rumah aku. Salah seorang tu aku tengok pegang cawan plastik bertutup (bekas air beli tepi jalan) dan dalamnya rupa2nya ada burung. Adam kata dia nak bela burung tu.... Cross aje di bawah highway Bukit Jalil (kat simpang Giant Kinrara, jalan jem teruk...nampak satu accident kat seberang jalan. Tapi hala jalan aku tu memang jem sampai jauh ke depan. Lepas hantar ketiga2 budak tu, aku sampai rumah. Aku tengok pokok2 bunga orang rumah aku semuanya tergolek. Poko terkeluar, tanah dia pun ikut sama. Lepas tu aku tengok ampaian beroda kat kat tepi pintu depan rumah aku dah tak ada. Rupa2nya dia boleh bergerak sendiri siap cross parit, tak langgar tiang lak tu san landing kat atas rumput. Hmmmm....macam tak caya dia boleh jalan sejauh kira2 23 kaki!

3 comments:

Pak Din said...

Eh, salah buat posting ke? itulah sangkaan awal aku. Mana boleh posting ribut aku tu masuk blog Minjuk?
Rupa-rupanya ribut juga berlaku di Kinrara, mungkit lebih hebat.
Kancil tu jiran Johari (polis) punya. Kereta Saga baru Johari calar siki9tr sebab kena ranting sahaja.

HBM Consultant said...

Semasa hujan lebat petang tadi, saya dalam perjalanan dari Putrajaya ke Puchong Perdana. Biasanya boleh sampai dalam 20 minit, tapi petang tadi ambil masa sampai sejam setengah sebab cuma boleh memandu dgn kelajuan 30kmj gara-gara hujan terlalu lebat hingga tidak nampak jalan. Mujur jalan tidak sesak, cuma semua kenderaan perlahan dan terlalu berhati-hati. Banyak juga kereta yang berhenti di tepi lebuhraya kerana tidak yakin untuk meneruskan pemanduan. Syukur, tiada kemalangan.

rafi_reenz said...

alamak abg ngah, citer abg ngah nie ade kelakar dan gempak la...Hehehehe.....