Lepas grad dari UPM, aku ditempatkan ke Kuala Kangsar di Sekolah Menengah Raja Muda Musa (RMM). Aku mengajar kat situ dari tahun 1984 hinggalah 1990 - dari bujang sampai dapat anak sorang. Inilah antara kawan-kawan rapat aku masa kat sana. Zainudin Abdul Wahab (dulu aku panggil dia Udin) ni bertukar ke RMM dari SM Raja Shahriman, Bruas (sama sekolah dengan Dato Salleh Husein, bekas Tim. Ketua Pengarah Pelajaran Jabatan Sekolah). Kita berdua merupakan warden asrama RMM - dia ketuanya. Macam-macam kisah yang kita orang kongsi bersama. Masa tu Pengetua RMM ialah Aruah Hj. Adnan Mohd. Ali. Kita orang bertiga memang rapat giler. Tapi sekarang ni Haji Zainudin sudah menjadi seorang usahawan yang berjaya. So semalam aku pergi ke rumah Hj Zainudin ni sempena merai majlis pertunangan anak dia yang kedua, Ain.
Hamil Basiron dan Khalid Ali pulak aku kenal sebab kita orang merupakan jurulatih sofbol sekolah masing-masing. Hamil di SM Raja Perempuan Kelsom sementara Khalid di SMJK Tsung Wah. Biasanya daerah Kuala Kangsar cuma ada empat sekolah aje yang bertanding iaitu sekolah kita bertiga dan satu lagi SM Clifford. Sifu aku dalam melatih sofbol ialah Mr. Naranjan Singh (mendiang). Hamil dan Khalid ni menyewa bujang di Taman Jasa. Antara member lain yang pernah menyewa bersama-sama dia orang kat situ ialah Rafi dan Yusri. Kat situlah aku selalu melepak. Selain dari sofbol, kita bertiga ada hobi lain yang sama iaitu fotografi dan main badminton di samping masing-masing dengan motor. Hamil dengan RG, aku dengan Enduro (scrambler) dan Khalid lak dengan Yamaha Cup.
Dengan Khalid
Khalid dan isterinya Ani
No comments:
Post a Comment