
Tidak lama kemudian giliran Liverpool pula untuk mendahului 2-1 apabila Liverpool mendapat sepakan penalti kerana Evra menjatuhkan Gerrard. Gerrard tidak melakukan kesilapan dengan menyepak ke arah kanan pintu gol. Walaupun agakan van de Saar tepat, namun dia tidak berdaya menghalang bola itu daripada menerjah jaring.
Vidic yang asyik disebut-sebut sebagai seorang pemain pertahanan yang amat dipercayai akhirnya dilayangkan kad merah bila dia menjatuhkan Gerrard kat luar kotak penalti. Sepakan percuma tu masuk pulak tu.....
Akhirnya Liverpool menundukkan MU dengan jaringan 4-1. Huhuhu.....mesti si Raj dan Abang Khadari kesukaan. Pak Din pun tumpang sama gembiralah tu...
1 comment:
Tajuk utama Mingguan Malaysia; Liverpool BELASAH Man. United 4-1 di Old Traford.
Dengan kemenangan tersebut Liverpool masih ketinggalan 4 mata dengan lebih satu perlawanan. Kemenangan tersebut dapat "menyengitkan" perlumbaan untuk kejuaraan EPL.
Tahniah untuk Benitez dan pasukannya.
Post a Comment