Saturday, March 21, 2009

EPL: MU menentang Fulham

Setelah MU kecundang 1-4 kepada Liverpool di gelanggang sendiri Old Trafford, perlawanan kali ini sememangnya amat diharap2kan oleh musuh2 MU agar MU terus mencicirkan mata. Serangan psikologi ke atas MU datang dari pelbagai penjuru. Walau bagaimanapun Benitez yang sememangnya begitu mengimpikan kejuaraan EPL ini menjadi orang yang paling hebat menyerang. Dia ni siap keluarkan CD sambil mencanang-canangkan kepada pengurus2 pasukan lain tentang bagaimana cara mahu menundukkan MU.

Kalau ikut atas kertas sememangnya MU sepatutnya tidak ada masalah untuk menundukkan Fulham walaupun perlawanan berlangsung di tempat lawan di Craven Cottage. Fulham adalah pasukan yang telah dikalahkan MU dalam pertandingan piala FA 4-1 dua minggu lalu. Perlawanan kali ini juga dijangka akan menampilkan kapten MU Gary Neville yang telah berehat selama 10 perlawanan akibat kecederaan. MU mempunyai 3 orang pemain bek kanan yang hebat iaitu Neville, Rafael da Silva dan Wes Brown namun kedua-duanya masih lagi cedera. Dengan Vidic menjalani hukuman gantung akibat kad merah yang diterimanya sewaktu perlawanan dengan Liverpool minggu lepas, dijangka Jonny Evans adakan menggantikannya. Jangan lupa malam ni 10.55 malam di saluran Astro 813.

5 comments:

Pak Din said...

Selain Benitez, ramai lagi peminat bola yang mengharapkan MU terus tergelincir.
Diharapkan bila kalah kepada Fulham nanti, jangan jadikan ketiadaan Vidic, Brown dll sebagai alasan.

Sukimin said...

Askm Pak Din! Game baru aje bermula, pak din dah hantar komen. Just untuk pengetahuan Pak Din MU tak pernah kalah di tangan Fulham di Craven Cottage sejak tahun 1964 lagi.

Pak Din said...

Fulham baru je score lagi melalui pemain gantiannya. Rooney pula kena kad merah.
Masa dah cukup 90 minit. Untuk MU score 2 gol hampir mustahil.
Jangan putus asa MU. Cuba lagi......

Sukimin said...

Memang bola itu bulat. Tak boleh nak harap pada sejarah 45 tahun ke, atau rekod semasa ke, atau peluang di atas kertas.....kalau nak kalah tu kalah juga. Apa2 pun pak din, syabas sebab boleh tunggu sampai habis game. Jap lagi Arsenal lawan newcastle....tunggu ke?

Sukimin said...

sekarang ni chelsea tengah ketinggalan 0-1 kepada tottenham. Wah kalau ini kekal dan dengan kekalahan mu tadi, dah pasti liverpool bersorak besar....raj...abang...findi mesti seronok punya. Hmmmm rasanya peminat arsenalpun mesti tumpang sekaki. Betul tak pak din, efy?