Saturday, March 14, 2009

EPL: MU bertemu Liverpool

Pertemuan yang sangat dinanti-nantikan antara dua musuh ketat ini akan berlangsung di Old Trafford. Kalau semasa Liverpool sedang mendahului liga dengan 5 mata di hadapan MU pada penghujung tahun lepas, perlawanan ini adalah antara yang aku sangat berharap untuk MU menewaskan Liverpool di samping Liverpool seri atau kalah mana-mana game dengan pasukan lain. Namun rupa-rupa belumpun perlawanan ini tiba, Liverpool sudah menggelunsur ke tangga ketiga apabila persembahannya tidak konsisten dan kalah beberapa perlawanan termasuk di tangan pasukan yang dianggap lemah. Sementara MU pula berlaku sebaliknya iaitu ia berjaya mengekalkan prestasi terbaiknya tanpa tewas. Dengan MU mendahului 7 mata dan masih kurang satu perlawanan berbanding dengan Chelsea dan Liverpool, maka perlawanan ini sudahlah tidak begitu mendebarkan lagi .....

No comments: