Monday, November 7, 2011
Al Fatihah buat sahabatku....
Mohd. Said bin Ahmad merupakan bekas rakan sekolah menengah aku di SMSJ. Aku baru sahaja dimaklumkan oleh bekas rakan sekelas aku Member Hj. Siraj yang Said telahpun menghembuskan nafas terakhirnya tadi kira2 jam 3.30 petang. Setelah terpisah kira2 30 tahun, aku bertemu semula dengan arwah pada mini reunion yang diadakan di restiran Pelita, Subang Jaya pada tahun 2008. Dari situ, bekas SPM/MCE 1978 bertemu dalam Majlis Reunion yang ketuainya di Prime City Hotel, Kluang.
Selepas daripada itu, kerap juga kami bertemu. Pernah dia dan anknya Erfan tidur di rumah aku di samping datang open house pada hari raya 2010 lalu. Arwah memang suka sangat dalam hal-hal berkaitan kebajikan. Dia sanggup datang ke KL dari JB dan balik pada malam yang sama semata-mata untuk bertemu rakan lama.
Kali terakhir aku berjumpa arwah sewaktu hari raya aidil fitri di rumahnya di Taman Mawar, Pasir Gudang. Takziah buat Sameha yang juga merupa junior kami di sekolah itu serta 3 orang anak2nya. Semoga rohnya tergolong di kalangan mereka yang beriman.
Al- Fatihah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment