Thursday, October 13, 2011
Minggu yang memenatkan
Sejak akhir minggu lepas hinggalah esok, jadual aku terlalu padat. Mesyuarat pemurnian e-Sspel di Jabatan, menjadi panel dalam forum di Seminar Pengurusan PBS di IAB diikuti dengan menjadi ahli dalam Makmal PBS di KL hingga hari Sabtu. Hari Isnin aku terpaksa bercuti khusus untuk menghadiri perbicaraan di mahkamah, berbincang singkat mengenai e-Sspel di SK Sri Subang Jaya dan bertemu peguam di Shah Alam. Sebelah malam, hingga ke awalnpagi aku menguji aplikasi e-Sspel.
Hari Selasa aku kembali ke sekolah, namun detik2 masa aku dipenuhi dengan pelbagai aktiviti. Bermula dengan Perasmian Hari Kanak-kanak, memberi kursus kepada guru di makmal komputer, membaiki e-Sspel bersama Jeffrey, mesyuarat Hari Graduasi Tahun 6, melancarkan Hari Kanak-kanak sesi petang dan sambung membaiki e-Sspel. Guru dan staf yang berurusan dengan akupun terpaksa berurus di makmal komputer. Sebelah malam hingga ke awal pagi akummenguji e-Sspel.
Hari Rabu, semalam aku hadir sesi temujanji di hospital Putrajaya. Pertama kali dalam hidup aku kena imbas menggunakan teknologi ultrasound. Dulu aku selalu tengok orang rumah aku yang diimbas untuk melihat perkembangan baby tapi semalam giliran aku. Selepas itu aku terus ke Jabatan Pelajaran untuk bersama ahli pasukan KIK ez-Spex dalam sesi persiapan akhir sebelum mempersembahkan e-Sspel di hadapan Pengarah Pelajaran dan barisan panelnya. Sebelah malam aku menguji e-Sspel hingga awal pagi.
Hari ini kami mempersembahkan e-Sspel di bilik mesyuarat pengarah tepat jam 9 pagi. Pengarah, Timbalan Pengarah, beberapa Ketua Sektor hadir untuk mendengar tentang e-Sspel. En. Zahri, Maznah, Nurulbadar, Noorman, Nizam, Jeff dan aku mewakili ez-Spex. Aku kena terangkan bahagian aplikasi sementara Maznah pula bahagian dokumentasi. Alhamdulillah e-Sspel diterima semua yang hadir. Malah Pengarah dan Timbalan menunjukkan keterujaannya terhadap aplikasi ini.
Sebelah tengah hari aku dengan Zahri, Nurulbadar dan Maznah singgah di SK Seksyen 9 untuk menguji pakai e-Sspel dalam kursus PBS KSSR Tahun 2 DST. Seronok apabila mereka juga teruja menggunakannya.
Bila kembali ke kereta, barunaku sedar yang iPhone aku hilang! Aduhai.... Kelam-kabut masng-masing cuba mencari tapi tak jumpa. Balik ke JPN, dengan menggunakan iPad 2 Zahri dan perisian Find iPhone, aku dapat mengesan lokasi iPhone aku. Di Mahligai! Zahri sangat membantu. Aku segera ke Celcom untuk mematikan SIM cardnya dan mengambil yang baru. Dalam perjalanan, aku telefon sekolah SK Seksyen 9 untuk meminta membuat pengumuman agar sesiapa yang menjumpainya memulangkannya. Namun dengan. Tidak disangka Pn. Zan yang menjawab tmelefon memberitahunyang murid telah menjumpainya dan menyerahkan kepada guru. Guru tersebut telahpun menyerahkannyanke pejabat. Alhamdulillah! Aku batalkan perjalanan ke Celcom dan terus ke sekolah tu.
Sekarang ni aku sedang siapkan Hujah Bertulis untuk diserahkan ke mahkamah kerana deadlinenya esok. Dan esok aku ada 2 mesyuarat di PPD dan sebelah malam perasmian pskpp dinseri puteri. Aku pulak pengurus badminton daerah sepang. Adohai....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment