Wednesday, September 14, 2011
Program Pembangunan Prestasi Sekolah (SIP)
Program ini merupakan usaha yang komprehensif dan bermatlamat tinggi untuk memotivasi, membantu dan mencabar sekolah untuk meningkatkan prestasi murid di sekolah masing-masing. Ia terdiri daripada tiga bahagian yang akan membentu sekolah meningkatkan prestasi sedia ada, iaitu penyenaraian prestasi sekolah, Toolkit Pembangunan Sekolah (School Improvement Toolkit) dan rangkaian servis untuk membantu sekolah yang berprestasi rendah.
Program ini yang dilancarkan sebagai usaha Kementerian Pelajaran Malaysia bagi memastikan matlamat Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) Pendidikan dapat dicapai selaras dengan komitmen dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP). program ini juga sebagai tindakan komplemen untuk memastikan inisiatif yang dirancang di bawah sub NKRA Pendidikan iaitu Prasekolah, Litersi dan Numerasi, Sekolah Berprestasi Tinggi serta Tawaran Baru untuk Pengetua/Guru Besar mampu melonjakkan prestasi murid.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment