Thursday, April 16, 2009

Permata Pintar

Program permata pintar akan dilaksanakan dalam beberapa fasa dan dimulakan dalam usaha mengesan pelajar pintar. Kanak-kanak yang layak untuk menduduki ujian ini ialah yang berumur antara 9 - 15 tahun. Mereka perlu melalui ujian saringan IQ PERMATApintar UKM1 secara atas talian. Mereka yang berjaya akan melalui ujian saringan fasa 2 PERMATApintar UKM2 di kampus UKM Bangi dan seterusnya UKM3. Bagi mereka yang berjaya melepasi saringan ke-3, akan terpilih untuk belajar di sekolah khas yang dibina di UKM yang dijangka siap pada tahun 2011.
Ujian PERMATApintar UKM1 ini terbuka kepada sesiapa sahaja dan boleh dibuat melalui capaian internet di http//www.permatapintar.com.my. Selamat mencuba!

No comments: