Saturday, April 11, 2009

11.04.09: Diari Hari Ini

Sekolah ganti sebagaimana yang dijadualkan pada hari ini dibatalkan di saat2 akhir. Makluman pembatalan hanya melalui telefon daripada PPD. Surat edaran kepada ibubap dah lama buat mengenai kelas ganti pada hari ini. So kelam-kabut dibuatnya PK HEM aku uruskan pemakluman kepada ibubapa dan pemandu bas semalam. Arahan pembatalan baru terima semalam. So sebab sekolah ganti dibatal, mesyuarat AJK PIBG kali pertama selepas mesyuarat agung dicepatkan dari jam 2 petang ke 8.30 pagi. Jadi pepagi lagi aku dah mesyuarat. Lepas mesyuarat betulkan masalah network kat makmal komputer. Balik lunch dengan orang rumah, irfan dan syam. Orang rumah aku masak udang yang kita orang tangkap semalam. Best giler!!!! Lepas tu ke Saujana Puching sebab ada temujanji dengan Alan dan Chua. Leapas tu merayau sekejap kat kawasan cari apa lagi....kolam udang! Balik, ni nak hantar orang rumah ke IOI sebab dia ada temujanji kat situ. sementara tu bolehlah aku dengan syam dan irafn merayau2......

2 comments:

fati said...

Anak aku sekolah tadi Min...Usop pun rasa aku dia sekolah gak ( smlm dia called), pas tu adik kat JB called kata anak dia gi sekolah ganti gak hari ni...KL je kot tangguh?

HBM Consultant said...

Selangor sahaja yang batalkan. Itu pun, bukan semua. Ada sekolah-sekolah tertentu sahaja (yang dapat surat). Atau mungkin juga semua diarahkan batal tetapi sekolah-sekolah yang tidak mendapat surat, tidak membatalkannya. Haru betul...