Tuesday, April 21, 2009

Sabar ajela.....

Nampaknya Pak Din dan Efy memang terlalu gembira atas kekalahan MU. Kedua2nya membuat posting kat blog masing2 sebagai tanda kegembiraan di atas kegagalan MU untuk merangkul 5 piala semusim. Perhatikan blog Efy ini:
Kecundang utk Piala yang ke 5....
Ha......MU telah tewas semasa berentap dia Everton....So apa dah jd pada MU??? Bagi peminat MU seperti abg ipar ku, sila la bagi komen ada diatas kekalahan MU utk memiliki piala ke 5...... Hahahahhaha.............
dan ini pula petikan dari blog Pak Din: Final FA Cup: Chelsea lwn Everton Tahniah untuk Moyes dan pasukannya yang telah berjaya ke peringkat akhir Piala FA dengan tewaskan MU (walau pun dengan jaringan penati). Hmmm....Pak Din dan Efy siap bagi komen lagi dalam aku punya posting ak yang bertajuk Tendangan Penalti Pak Din said...
MU tidak menang game ni tak pe.... asal dapat turunkan pasukan terkuat semasa lwn Gunners pada semi-final nanti. Namun begitu, lagu ini khas ditujukan kepada Minjuk dan semua penyokong MU: Zainal Abidin, Kita Serupa......
rafi_reenz said... hahahahahaaa.....yup btl tu Pak Din....Hahahahhahahaha sekali lagi.... Pada hemat aku kedua-dua 'musuh' aku ni cuma nak memujuk hati masing2 (agaknya) aje kerana Arsenal juga telah tersingkir dalam Pila FA ni di tangan Chelsea. p/s Sekarang ni aku tengah cari lokasi terbaik utk menyahut cabaran Pak Din dan Efy tengok game MU vs Arsenal dalam perlawanan separuh akhir Piala Liga Juara-Juara di kedai mamak yang ada skrin besar di kawasan Puchong ni....any suggestion?

No comments: