Wednesday, April 15, 2009

Liga Juara-Juara

Pagi nanti dalam pukul 2.30 MU akan menentang Porto. Aku harap MU mampu memecahkan rekod tanpa kalah Porto terhadap kelab Inggeris di gelanggang mereka. Kemasukan Rio Ferdinand semula dilihat mampu menguatkan benteng pertahanan yang bwgitu rapuh sejak dua menjak ni. Mengenai perlawanan Liverpool dengan Chelsea semalam, seperti yang aku agak Liverpool memang begitu mengerikan pengurus, pemilik, pemain dan peminat Chelsea. Jaringan 8 gol memang di luar dugaan sama sekali. Namun Liverpool terpaksa akur perjalanannya terhenti di suku akhir sahaja.... Pada Raj dan Abang, jangan sedih sangat. Macam Benitez kata, sekarang Pool akan memberi lebih tumpuan dalam liga domestik - menyingkirkan MU dari tahta liga!

No comments: