Sunday, April 19, 2009

FA Cup: MU Turunkan Pemain Muda

Kelibat pemain senior seperti Rooney, Ronaldo, Van der Saar, Evra, Giggs, Neville, Carrick dan Scholes tidak kelihatan dalam barisan awal yang diturunkan malam ini. Antara barisan muda yang diturunkan ialah MacHeda, Fabio, Rafael, Welbeck, Anderson, Gibson dan Foster. Yang aku tertarik nak tengok ialah si kembar Rafael dan Fabio. Dua2 kembar Brazil ni lama dah tak main sebab cedera. Seorang main bek kiri, sorang lagi bek kanan. Dulu MU ada juga kembar iaitu Gary dan Phil Neville. Namun Gary hari ini di bangku simpanan sementara kembarnya menjadi kapten Everton. Apa yang menarik lagi ialah Everton selain kaptennya Phil Neville, ada 2 lagi bekas pemain MU iaitu Tim Howard (goal keeper), Louis Saha (penyerang). Dah tentu mereka bertiga ini mempunyai motivasi yang tersendiri. Hmmm...adakah MacHeda berjaya kali ini menjaringkan gol kemenangan? Tunggu dan lihat. p/s Pak Din, Efy, Raj dan Abang tengok ke game ini?

No comments: