Thursday, April 16, 2009

Liga Juara-Juara: MU dan Arsenal ke Separuh Akhir

MU berjaya menewaskan Porto 1-0 hasil jaringan Ronaldo di gelanggang lawan. Rembatan dari jarak 39.2 meter dengan kelajuan bola 62 km/j itu menerjah cantik ke penjuru kiri pintu gol pada minit ke-6. Dengan kemenangan ini MU berjaya memasuki perlawanan separuh akhir dengan agregat 3-2. Dalam satu lagi perlawanan yang berlangsung di highbury, Arsenal membelasah Villareal 3-0. Dengan kedua-dua keputusan ini, 3 pasukan dari liga BPL berjaya memasuki perlawanan separuh akhir iaitu bersama-sama Chelsea. Hanya Barcelona yang dari SEPANYOL AKAN BERSAMA MEREKA.

1 comment:

Pak Din said...

Nampaknya Arsenal terpaksa tewaskan MU untuk mara ke akhir Champions League. Malam perlawanan tu saya cadangkan kita tonton bersama di kedai mamak screen besar. Siapa menang kena belanja... Setuju?