

Kedua-dua penyokong Arsenal sedang bermurung
Seperti yang dijanjikn aku, Pak Din dan Efy masing-masing memakai jersi pasukan kesukaan masing-masing.
Yang ini pulak ialah yang tipu punya tapi nampak macam sama.
Aku masukkan username dan password yang tipu-tipu dan klik LOGIN. Fuhh... macam berjaya aku punya login tu dan dia mintak aku masukkan no TAC.
Akupun masukkan TAC no 123456 dan proceed. Sekali lagi dia tunjukkan yang aku dah berjaya dan dia ucapkan terima kasih.
Bayangkan kalau kita terpedaya dan berikan username, password dan no TAC yang betul - tak ke naya kita!
Jenahak
Pagi ni aku dengan orang rumah hantar Irfan dan kawannya Kimi & Aiman pergi latihan bola kat Stadium Panasonic, Shah Alam. Sementara dia orang berlatih kita berdua pergi sarapan kat Lontong Klang, Seksyen 7. Beli bungkus bawak ke rumah mertua. Bapak mertua aku mancing kat Klang dapat ikan jenahak 3 kilo seekor. Banyak ekor juga yang dia dapat. So orang rumah aku kena masak hari ini ikan dan ketam. Pukul 10 aku dgn Efy ke pasar Seksyen 6 dan lepas aku terus ambil bebudak kat stadium. Nasib baik ada Iffah yang temankan bebduak ni. Lepas lunch, kita orang balik dalam kul 1 lebih. Lepas hantar Kimi dan Aiman, terus balik umah. Orang umah aku bersiap nak ke Melaka. Lepas tu dalam kul 3 lebih, aku hantar orang rumah aku ke E2, Parcel E. Irfan tido sepanjang jalan. LDalam kul 4 lebih, bila orang rumah aku dah bergerak ke Melaka menaiki kereta Jabatan, aku dengan Irfan bertolak ke SSP untuk melawat Syam. Aku dah siap bawak bekalan mingguan dia. Sejak Jumaat lalu dia camping kat Bagan Lalang dan baru je balik arini. Tapi selepas aku tunggu lebih dr setengah jam, dua pengumuman panggilan Syam dibuat dan respon rakan sebiliknya mengatakan dia tak ada maka baliklah aku tanpa dapat jumpa dia.