Aku tadi dah register untuk gunakan perkhidmatan WiMax P1. Bagi perkhidmatan di rumah, ada 3 pakej ditawarkan iaitu Lite, Plus dan Pro. Aku ambik yang pakej Lite aje - speed downlink dia 400 kbps & 150 kbps untuk uplink. Bayaran bulanan dia RM49 aje. Tapi apa yang tak bestnya ialah threshold dia 5GB aje!
Sekarang ni aku gunakan Celcom 3G unlimited usage. Downlink dia 384 kbps aje. So far kira ok aje. Ada tak ada mungkin caj dia mahal sikit iaitu RM68 sebulan berbanding dengan P1 WiMax ni.
Jadi aku bercadang nak test guna WiMax dalam 10 hari aje, kalau OK baru boleh ambik secara tetap 2 tahun. Oh ya, satu lagi problem ialah coverage dia. Kalau setakat kat rumah aku sekarang ni kira OK, tapi kalau ke kawasan Bandar Baru Salak Tinggi esok tak pasti lak....
Check coveragenya di sini:
Test your broadband speed here:
Celcom 3G aku ni sekarang:
Download Speed: 300kbps (37.5 KB/sec transfer rate)
Upload Speed: 48 kbps (6 KB/sec transfer rate)
Latency: 279
No comments:
Post a Comment