Aku baru aje dapat akses internet menggunakan WiMax setelah terkial-kial sejak semalam. Aku bandingkan kelajuan kedua-dua broadband itu. Dari segi downlink memang laju WiMax ni tapi pelik pulak sebab uplink dia lebih slow berbanding dengan 3G.
11/02/09 9.13 pm: Respon pada Comment Pak Din:
Mari bandingkan kelajuan kedua-dua jenis teknologi ini iaitu 3G dan WiMax.
Download speed ialah kelajuan data yang kita muat turun dari internet atau dipanggil juga sebagai downlink.
Upload speed ialah kelajuan data yang kita muat naik ke internet atau dipanggil juga uplink.
Latency ialah tempoh masa arahan yang kita berikan sampai ke destinasinya.
WiMax
Download Speed : 1141kbps (142.6 KB/sec transfer rate)
Upload Speed : 29 kbps (3.6 KB/sec transfer rate)
Latency : 120 ms
3G
Download Speed : 347kbps (43.4 KB/sec transfer rate)
Upload Speed : 57 kbps (7.1 KB/sec transfer rate)
Latency : 245 ms
Kesimpulan: Ini merujuk teknologi dan jenis pakej yang penguji langgan dan persekitaran pada masa kedua-dua teknologi ini diuji. Ia tidak menggambarkan keupayaan kedua-dua teknologi secara menyeluruh.
WiMax laju aje kalau kita download (baca webpage, tengok utube dsb) tapi bila kita nak hantar bahan keluar (seperti hantar emel, buat posting dsb) ambil masa yang lebih lama berbanding dengan 3G. WiMax lebih cepat arahannya sampai ke destinasi - contoh kita klik nak baca emel, signalnya laju aje sampai ke server emel kita. Bila server terima arahan, baru emel tu didownload. Jadi tempoh masa emel tu didownload bergantng kepada speed downlinknya.
2 comments:
so kesimpulannya mner yg terbaik bang ngah?Ader gak nampak banner P1WiMAx nie yg bersepah2di tiang2 lampu jln......
masBetul ke ulasan perbandingan wimax & 3G ni... Dah berulang kali baca. Mungkin aku silap baca....
Post a Comment